Tempat Makan Sedap di Johor Bharu

Sudah lama tidak ke Johor. Masa saya singgah di sana, antara kenangan yang  saya masih ingat sampai sekarang ialah tentang keenakkan makanannya. Betul, negeri-negeri lain pun saya pernah pergi, tapi masing-masing mempunyai masakan istimewa yang di jadi identitikan bagi sesebuah negeri tersebut.

Tetapi bagi pendapat saya sendiri ya, negeri Johor mempunyai banyak makanan istimewa yang boleh anda cuba. Kali ini style ala jalan-jalan cari makan. Kalau saya atau anda berpeluang ke johor nanti, jangan lupa try masakan special di bawah ni. Cuba tau jangan tidak cuba, pasti anda akan tergamam dengan kesedapannya

Mee Rebus

mee-rebus-haji-wahid

mee-rebus-haji-wahid-2 mee-rebus-haji-wahid-3

mee-rebus-haji-wahid-3

Di Johor Bharu yang paling terkenal sekali ialah Mee Rebus Hj Wahid yang terletak di Plaza Angsana atau berhampiran kotaraya. Saya dah mencuba mee rebus nye, memang sedap!

Kuahnya memang hirup sampai habis lah dan bertambah lazat kalau ditaburkan dengan penderam yg ranggup macam keropok itu, memang sodap la! kalau anda  nak cuba mee rebus letak sum-sum tulang pula, boleh lah anda singgah di Stulang Laut.

Selain dari Johor Bharu, anda juga boleh ke Pulau Tioman dengan menaiki feri ikut jeti mersing, tidak jauh dari situ, ada satu warung yang berhampiran simpang tiga. Mee rebus dia memang sedap dan lazat. Resepi untuk kuah mee rebus dia istimewa sebab ada letak taucu, yang saya rasa jarang-jarang orang letak kan, terutama sekali mee rebus di kawasan utara.

 

Laksa Johor

Resepinye lebih kurang sama dengan laksa di utara tetapi yang membezakan laksa johor dan laksa utara ialah kuahnya di letakkan santan dan tidak menguna kan laksa beras tetapi mengunakan spaghetti.

Apa yang saya dengar, kalau nk cuba laksa johor yang paling lazat dan sedap di kawasan Johor Bharu, anda boleh lah singgah ke Kampung Melayu. Waktu pagi sudah ada orang yang menjualnya.

 

Soto Ayam
Kalau pergi johor memang tidak sah kalau tak cuba soto. Lihatlah betapa eratnya talian kasih negeri johor dengan makanan yang bernama soto ni, jadi pergi mama-mana tempat di johor, pasti mudah nak cari warung atau restoran yang menjual soto dengan kuahnya yang pekat, carik_carikkan daging ayam,  taugeh, nasi impit dan di campurkan lagi dengan sambal kicap, memang sedap!

 

Apa lagi? Marilah singgah ke tempat-tempat ini bila anda di Johor Bharu ok?

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment