Jika berkunjung ke Sarawak atau berdekatan dengan Pekan Bau, jangan lupa singgah makan laksa di Lala Laksa. Pelbagai jenis laksa boleh anda nikmati di sini, menu laksa yang disajikan memang unik belaka. Sukar ditemui di luar sana.

Lala Laksa Sarawak ini membolehkan anda makan di kedai ataupun bungkus pun tiada masalah. Tempat makan disediakan agak penuh, jadi anda boleh datang beramai-ramai bersama kawan dan keluarga. 

laksa sarawak
Imej via [fb]

Teringin nak rasa laksa Sarawak atau masakan laksa Sarawak yang beraneka jenis, Lala Laksa akan berikan anda pengalaman tersebut. Sebab menu-menu mereka memang sangat menarik. Jom lihat antara menu makanan Lala Laksa yang disediakan.

Menu Laksa Di Lala Laksa Sarawak

laksa sarawak
Imej via [fb]

Hidangan utama Lala Laksa Sarawak adalah Laksa Sarawak Chicken Skin. Bagi penggemar kulit ayam, ini adalah kesempatan terbaik untuk anda nikmati kulit ayam bersama laksa sarawak ini. Sangat sedap!

Kuah laksa Sarawak ini juga rasa berlemak dan pekat. Harga laksa Sarawak di sini sangat berbaloi dan berpatutan. Tidak terlalu mahal, cuma berbelas ringgit sahaja anda dah dapat semangkuk laksa yang penuh dengan kuah pekat!

laksa sarawak
Imej via [fb]

Antara menu laksa yang terdapat di sini adalah laksa biasa, laksa special, laksa chicken skin, kampua wanton noodle, mee daging dan lain-lain lagi. Anda juga boleh memesan makanan tambahan seperti telur padi, pataya egg, sambal dan kaki ayam. 

laksa sarawak
Imej via [fb]

Menariknya, dalam laksa ni penuh dengan lauk seperti daging, udang, hirisan telur dadar dan lain-lain lagi. Jika tidak tahu cara makan atau cara tempah laksa sarawak ini, pekerja restoran akan bantu jelaskan kepada anda berkenaan menu tersebut. 

laksa sarawak
Imej via [fb]

Memandangkan bukan orang Sarawak sahaja yang datang makan di sini, tetapi penduduk luar negeri turut mengunjungi Lala Laksa ini. Jadi, tiada masalah untuk anda cuba laksa Sarawak yang popular di sini.

Hidangan Lain Di Lala Laksa Sarawak

Selain laksa, anda juga boleh mencuba menu bubur ayam pada waktu sarapan pagi. Bubur ayam ini disajikan bersama telur masin, telur padi, ayam cincang dan juga ikan bilis. Agak unik dan menarik kombinasi hidangannya kan?

laksa sarawak
Imej via [fb]

Jom Singgah Di Laksa Sarawak Lala Laksa 

Apa yang boleh dikatakan adalah Lala Laksa Sarawak tidak kedekut dengan hidangan mereka, pasti kenyang sampai ke petang bila menjamu selera di sini. Sekiranya anda ingin membuat tempahan secara individu atau kuantiti yang banyak, Lala Laksa akan membantu anda mendapatkan laksa Sarawak yang sedap dan menyelerakan. 

Jom baca juga tempat menarik di HH Kek dan Kopi Ipoh, Satay Station Cyberjaya dan Little Penang Cafe.

Alamat: Lala Laksa Cafe 98, Pekan Bau, Jalan Joseph Valentine Cotter, 94000 Bau, Sarawak.

Waktu Operasi: 7 Pagi – 3 Petang

No Telefon:  012-8467880

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.