Steamboat Shah Alam : Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan Pilihan Ramai?

Hari ini kami ingin tuliskan tentang restoran yang menyediakan makanan steamboat. Sebenarnya di Shah Alam banyak sahaja restoran steamboat yang menarik. Tetapi artikel ini ingin fokuskan pada Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan.

 

Info D’Kayangan Steamboat Buffet Shah Alam

D’Kayangan Steamboat Buffet Shah Alam beroperasi dengan menyajikan sajian istimewa dan sudah pasti ia memenuhi selera masyarakat tempatan terutamanya masyarakat Melayu.

d'kayangan steamboat

d'kayangan steamboat

Imej via Facebook

Secara mudahnya, konsep keseluruhan masakan bagi restoran ini ialah grill, steam, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Pelbagai menu yang istimewa yang disyorkan ramai. Antara keistimewaan yang terdapat di sini ialah sup tomyam, sup ayam dan sos BBQ. Bagi penggemar daging kambing pula, restoran ini turut menyediakan kambing panggang setiap hari dan sangat lazat dan menyelerakan.

Restoran ini memperkenalkan konsep ‘ALL YOU CAN EAT’.Ianya mempunyai dua bahagian konsep iaitu grill dan steamboat. Kiranya, anda boleh sahaja memilih untuk merendam makanan pilihan di dalam kuah sup atau kuah tomyam. Ataupun anda boleh pilih untuk grill di atas kuali leper panas. Ini semuanya terserah kepada anda.

 

Steamboat Shah Alam Murah

Harga pula bagi kami tidaklah terlalu mahal. Harganya hampir sama sahaja dengan restoran steamboat ang eprnah kai makan. Dengan harga yang ditawarkan, anda boleh menikmati pelbagai pilihan makanan laut yang segar dan dijamin halal seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah, ayam dan banyak lagi bersama minuman percuma sejuk atau panas.

Harganya antara RM25- RM35 bergantung apda hari tertentu. Ada hari ianya murah , dan ada hari ianya sedikit mahal. Jadi jika anda ingin sesuatu yang murah apabila makan steamboat, kedai ini sangat disyorkan pada hari-hari tertentu. Rujuk facebook mereka untuk waktu-waktu promosi. Untuk facebook klik sini.

Untuk yang suka makanan yang sedikit sihat, restoran Steambot BBQ D’Kayangan turut menghidangkan buah-buahan, pencuci mulut, aiskrim dan ais batu campur (ABC).

 

Kambing Golek Pun Ada!

Untuk peminat kambing golek, pasti anda akan gembira mendengar berita ini. Restoran ini turut menyediakan kambing golek dalam set steamboat dan grill ini. Pasti mengiurkan apabila melihat kambing ini diperap dengan pelbagai rempah dan digolekkan di atas api arang BBQ. Lebih enak apabila dimakan bersama sos lada hitam.

Untuk pengetahuan korang resepi sos dan bahan perapan di Restoran D’Kayangan Steamboat BBQ adalah disediakan khas oleh Chef Shahnizam. Chef ini dikatakan mempunyai pengalaman yang sanagt luas dan telah berkhidmat selama 15 tahun didalam bidang perhotelan dan kulinari bertaraf antarabangsa.

 

Alamat dan Waktu Operasi

Anda boleh berkunjung ke restoran ini yang bertempat di Apartment Servis Sri Acapella, Seksyen 13, Shah Alam. Restoran Tupai-Tupai dan bersebelahan Kafe Hayaki merupakan ‘landmark’ utama restoran ini. Untuk memudahkan kerja, anda boleh sahaja Waze atau Goggle Map sahaja dengan menaip “D’Kayangan Steamboat BBQ”.

Restoran beroperasi setiap hari dari pukul 5petang-2pagi.

 

Penempahan Untuk Majlis

Oh, anda juga boleh membuat aktiviti ataupun majlis di sini. Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan untuk majlis keraian, majlis berbuka puasa dan majlis rasmi boleh hubungi: 017-327 7904 / 012-297 1091 / 03-5523 4979.

Pendapat Anda?

Penaja

One Response

Add Comment