Antara nasi arab anda perlu jengah juga adalah Nasi Arab Shah Alam. Terbaik dan menarik. Kami tidak mampu berkata. Hanya satu perkataan sahaja, ‘Awesome’! Lebih menarik lagi, cawangannya lebih daripada 5 dan semakin bertambah hari demi hari.
Untuk yang tidak tahu tentang kedai ini, hari ini kami celoteh sedikit tentang kedai makan ini. Ianya terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Warna temanya pula adalah kuning. Jadi, kalau nampak kedai kekuningan , maka anda berada pada tempat yang betul.
Lot 3, Kompleks Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam
Apa yang patut dicuba?
*Semua sedap dan kami tidak mampu hendak berkata apa.
*Kalau anda peminat ayam ‘roasted’ , maka ini antara menu wajib anda pilih.
*Kalau hendak kelainan bolehlah ambil ayam kabshah.
*Cubalah kebab dan aukdahnya
Sekadar informasi untuk pembaca sekalian. D’Arab Cafe dimiliki oleh Hj. Mohd Hairudin bin Md Top yang berasal dari Tangkak, Johor Darul Takzim. Objektif kedai ini adalah untuk membawa citarasa Beriani Arab yang berbeza dan unik. ternya mereka berjaya. Lokasinya dan cawangan D’Arab Cafe sangat banyak.
D’Arab Cafe juga menyediakan perkhidmatan Katering untuk pelbagai majlis di sekitar Lembah Kelang. Tempahan boleh dibuat bila-bila masa.Jadi apa lagi untuk yang bakal berkahwin. Apa kata kenduri menggunakan nasi arab sebagai menu utama.
D’Arab Cafe juga sedia menerima tempahan penghantaran packing ke pejabat-pejabat di sekitar Shah Alam, PJ dan Bangsar apabila tempahan dibuat sehari sebelum penghantaran.Oh boss, lihatlah tulisan kami! :-