Ikan Bakar POWER Restoran Tasik Raban Lenggong Perak

Restoran Tasik Raban ini ada 3 cawangan. Satu di Lenggong dan dua lagi di Ipoh, Perak. Menu istimewa Restoran Tasik Raban ialah ikan bakar, ulam-ulaman, gulai tempoyak, ikan pekasam, dan pelbagai jenis masakan kampung.

 

Restoran Tasik Raban
Image via KisahMakan

Pelanggan yang datang ke restoran ini jumlahnya memang ramai. Restoran Tasik Raban menerima kira-kira 400 sehingga 500 pelanggan sehari. Ia sentiasa penuh terutama semasa hari cuti. Cuma, ia dibuka hanya pada pukul 11:00 pagi sehingga 5:00 petang kecuali cawangan Medan Stesen yang ditutup lewat sedikit iaitu pada pukul 11 malam.

Jadi, untuk mengelakkan daripada tidak mendapat tempat, anda digalakkan untuk datang awal. Sekiranya anda ke restoran ini semasa bulan Ramadan, pastikan anda telah menempah meja sebelum anda datang. Pada bulan Ramadan, Restoran Tasik Raban bermula jam 3 hingga 8 malam sahaja. Mereka juga menyediakan gerai di stadium pada bulan tersebut.

Pelanggan mereka pula datang daripada pelbagai tempat dan latar belakang. Kalau anda hendak tahu, Restoran Tasik Raban pernah muncul di rancangan Discover Perak. Pada masa itu, pengacaranya ialah Xandria Ooi.

 

Ikan Bakar Terbaik

Semua seronok dengan pilihan ikan bakar dari beberapa pilihan seperti tilapia, siakap, kaloi, patin, dan sebarau. Ikan bakar disajikan dengan sambal asam sebagai pencicah. Ayam bakar di Restoran Tasik Raban juga tidak kurang hebat pujiannya daripada pelanggan.

Konsep layan diri membolehkan pelanggan bebas mengambil masa untuk memilih makanan pilihan mereka. Anda boleh ambil sebanyak mana nasi yang anda mahukan. Hendak memilih itu memeningkan kepala juga kerana ada terlalu banyak pilihan yang semuanya nampak sedap.

Restoran Tasik Raban

Restoran Tasik Raban
Imej via jommjalan

Khabarnya mereka ada kira-kira 80 jenis lauk-pauk. Bagi yang menggemari ulam-ulaman, mereka ada pelbagai jenis ulam termasuk daun selom, ulam raja, pegaga, daun betik, pucuk ubi, bendi, temu lawak, pucuk paku dan sebagainya. Menurut beberapa pelanggan, apa yang menarik adalah sambal mereka atau dikenali juga sebagai bumbum.

Pelanggan rata-rata bersetuju bahawa harga yang dikenakan adalah berpatutan. Lebih-lebih lagi kualiti makanan, kebersihan, dan layanan juga amat baik.

 

Lokasi Restoran Tasik Raban Lenggong

Restoran Tasik Raban di Lenggong terletak di Kampung Kota Tampan, Jalan Baling. Ini adalah lokasi pertama restoran tersebut atau ‘ibu pejabat’ bagi semua cawangan Restoran Tasik Raban. Jika anda dari Kuala Kangsar ke Gerik, restoran ini terletak selepas simpang Maktab Rendah Sains MARA dan sebelum Hutan Lipur Lata Kekabu.

Dua lagi cawangan mereka terletak di Jalan Kompleks Sukan dan Medan Stesen di belakang Tesco. Mereka mempunyai kira-kira 20 orang pekerja bagi menyiapkan semua juadah yang bukan sikit jumlahnya.

Pengurus Restoran Tasik Raban ialah Jamaliah Desa atau mesra dengan panggilan Mak Teh. Mak Teh dan suaminya ialah pengasas restoran ini. Walaupun begitu, suaminya telah pun meninggal dunia. Perniagaannya telah berkembang dan telah beroperasi selama lebih 10 tahun.

Restoran Tasik Raban menyediakan surau selain tandas di restoran mereka. Ini amat memudahkan pelanggan untuk menunaikan solat. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan jika ingin mengadakan jamuan. Ada beberapa nombor yang anda boleh hubungi iaitu 019-5215657, 017-5050424, dan 013-5118659.

Sebenarnya agak mudah untuk anda melihat ‘review’ pelanggan terhadap Restoran Tasik Raban kerana ada banyak blog dan laman web berkaitan makanan yang memaparkan tentang mereka. Bagi mereka yang menggemari makanan dan sering menjelajah mencari makanan, sila letakkan Restoran Tasik Raban di dalam senarai anda.

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment