, ,

Resepi Dimsum Mudah Dan Wantan Yang Viral

Resepi Dimsum Wantan

Teringin masakan ala Cina? Jom kita cuba resepi daripada Leeya Leana. Resepi dimsum mudah dan wantan. Resepi ini telah mendapat perkongsian hampir 5000 di Facebook. Kredit resepi dan gambar kepada beliau.

 

Langkah-Langkah Membuat Dimsum & Wantan

 

Resepi Dimsum 1

Bahan-bahan untuk kulit dimsum dan wantan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan air panas

Cara-cara

Campurkan tepung gandum dan jagung masukkan air panas kemudian gaul sampai menjadi doh dan tidak melekat di tangan.

 

Resepi Dimsum 2

Ini doh yang sudah siap diuli tadi. So korang boleh warna kan ikut suka korang. Memandang kan tadi tiada warna hijau jadi Leya campurkan warna biru dan kuning. So jadilah hijau.

 

Resepi Dimsum 3

Ok, selepas dah uli korang kena canai doh jadi macam ni. Jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Sedang-sedang sahaja.

 

Resepi Dimsum 4

Bahan untuk isi

  • Isi ayam
  • Telur
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Kalau ada cendawan boleh masukkan sekali lagi sedap

 

Resepi Dimsum 5

Cara-cara

Gaul semua bahan di atas kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan garam secukup rasa. Sudah siap gaul masukkan dalam peti sejuk sementara nak buat kuah.

 

Resepi Dimsum 6

Bahan untuk kuah

  • 1/2 cawan air
  • Kicap manis
  • Cili sos
  • Tomato sos
  • Sos tiram
  • 1/2sudu cuka mkn
  • Gula & garam
  • Air perahan limau

Cara-cara

Masukkan air disusuli semua bahan diatas. Kacau sampai sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa disusuli air perahan limau. Kalau nak bagi pekat bancuh 1 sudu tepung jagung dan masukkan dalam sos.

Kacau sampai mendidih dan tutup api.

 

Resepi Dimsum 7

Kemudian korang bolehlah buat ikut ‘creativity’ korg. Yang ini yang sebelum masak tau. Bila korang da buat lepas tu korang bolehlah kukus.

 

Resepi Dimsum 8

Taraaa nilah hasilnya selepas siap kukus. Sedap gila. Rasa sama sahaja macam korang beli kat kedai.

 

Resepi Menarik Lain Yang Viral & Perkongsian Ramai

Resepi Ayam Bakar

Resepi Kek Lapis Cheese

Resepi Donut Gebu

Resepi Kek Batik

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Resepi Ayam Bakar 2

Resepi Ayam Bakar Ala Nandos Sedap

Kupas Lemon

5 Tips Masakan Best Patut Cuba #Kami Suka No.4