, ,

Resepi Ayam Bakar Ala Nandos Sedap

Resepi Ayam Bakar 2

Siapa di sini pernah makan ayam nandos? Mesti terliur apabila terfikirkan ayam panggangnya yang diperap dengan pelbagai herba.

Oleh itu, di sini kami kongsikan resepi ayam bakar ala Nandos yang boleh anda cuba. Resepi da gambar ini telah dikongsi oleh Puan Afrina Zulqarnaen di Facebook.

Resepi Ayam Bakar 1

Resepi Ayam Bakar 2

 

Bahan-Bahan

  • Ayam bahagian kepak atau paha 2kg
  • Sos tomato 240g
  • Sos cili 240g
  • Gula 120g
  • Garam 2 sudu mkn
  • Serbuk lada hitam 2 sudu mkn
  • Serbuk paprika 4 sudu mkn (atau lebih )
  • Bawang putih tumbuk lumat 2 sudu mkn (atau lebih)
  • Majerin 120g

 

Cara-cara

#1 Dalam periuk, masuk majerin bawang putih

#2 Sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam, serbuk paprik, garam, dan gula letak atas api guna api perlahan.

#3 Kacau sehingga mendidih.

#4 Dah masak tutup api. Sejukkan.

#5 Gaul bersama ayam yg kita sedia tadi gaul lebih kurang 10 minit biar rata.

#6 Tutup dengan plastik simpan dlm peti ais selama 1 malam.

#7 Kemudian bakar dalam oven dgn suhu 180’C selama 1 jam. Selepas 30 minit pertama terbalikkan.

Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan pengalaman anda.

 

Resepi Menarik Lain Yang Viral & Perkongsian Ramai

Resepi Dimsum Mudan

Resepi Kek Lapis Cheese

Resepi Donut Gebu

Resepi Kek Batik

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Resepi Kepak Ayam

Resepi Kepak Ayam BBQ Ala Pizza Hut

Resepi Dimsum Wantan

Resepi Dimsum Mudah Dan Wantan Yang Viral