Mee Besen Melaka Makanan Sedap Di Melaka

Pernah dengar Mee Besen Original Melaka, Malaysia? Ianya menjadi bualan orang dalam awal tahun 2016 hingga sekarang. Antara makanan sedap di Melaka yang patut cuba kata orang.Ianya terletak di Durian Daun Melaka.
 

Info Mee Besen Ori Melaka

  • Pusat Niaga Durian Daun,Jalan Puteri Hang Li Poh, Kampung Bukit Gedong, Melaka 75100
  • +60 10-273 7895
  • Dibuka setiap hari kecuali Isnin (3.30petang ke 10 malam)

Mendengar perkataan besen,pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana seseorang itu boleh menghabiskan makanan yang dihidangkan dalam besen besar.Mampukah ianya dihabiskan?

Jangan risau, sebenarnya, besen tersebut hanyalah bekas untuk mengisi makanan yang dipesan dan dinikmati oleh ramai orang. Anda akan diberikan mangkuk kecil untuk digunakan bersama-sama.
 

Kelainan Mee Besen Ori Durian Daun

Pemilik restoran Mi Besen Ori Melaka adalah Nor Faezah Khalid, 25, dan suaminya, Azlan Idris, 31, yang telah memulakan perniagaan tersebut pada awal tahun 2016.

Asalnya ianya dibuka bersama butik.Tidak disangka, perniagaan yang diusahakan tanpa sengaja mendapat sambutan ramai. Bukan sahaja orang Melaka, orang dari luar Melaka juga datang untuk mencubanya.

Mee Besen Durian Daun
Mee Besen Melaka

Imej via Facebook

Di restoran ini, saiz hidangan mi besen daging atau ayam itu boleh dinikmati dalam tiga pilihan saiz.
Anda boleh pilih saiz S untuk hidangan dua hingga tiga orang, saiz M (3-4 orang), Size L (4-6 orang) yang masing-masing berharga RM6, RM10 dan RM15. Harga bagi kami yang cukup-cukup murah.

Di sini, anda mempunyai pilihan untuk tiga pilihan untuk menu mi. Anda boleh memilih mi soya, kuey tiaw dan mi kuning. Hidangan ini akan dilengkapkan dengan pilihan seperti sayur sawi, taugeh dan fishball.
 

Talam Western Yang Murah

Ada menu lain? Haah, jangan risau untuk peminat masakan barat. Selain hidangan mi besen, pengunjung juga boleh menikmati keunikan makanan barat yang dihidangkan dalam talam atau dikenali sebagai Talam Western berharga RM35.

Banyak pilihan makanan anda dapat dalam talam ini yang boleh dimakan antara tiga hingga empat orang. Dalam Talam Western ini terdapat empat jenis makanan termasuk chicken chop dengan sos istimewa, kentang goreng, spageti cabonara dan bebola daging ala Ikea.

Di zaman makanan hipster ini, minumanan istimewa jangan dilupakan. Haha.

Mee Besen Durian Daun

Imej via Facebook

Anda boleh pilih untuk menikmati pelbagai pilihan minuman istemewa seperti big chocolate candy, big delicious, white lulu nestume, chocolate candy cocolicious, rebina soda laici big, nestum float, chocolate float. Anggaran harga pula antara RM3.50 hingga RM10.90.
 

Senarai Menu

Harga Mee Besen

  • Saiz S RM 6 ( 2 Orang)
  • Saiz M RM 10 ( 4 orang )
  • Saiz Superbig RM 15 ( 4@ 5 Orang)
  • Saiz Jumbo RM 30 ( 7@ 8 Orang)

Talam Western

  • Mini Talam Rm 17.50 ( 2 Orang )
  • Talam Western RM 35 (3 @4 Orang )
  • Cendol Durian D24 (RM 5)

Menu-menu lain

  • Pizza Besar RM 69.90
  • Shellout RM 35 ( 2 pax)
  • Free air dan nasi -Air boleh refill
  • Spagetti Aglio Olio Seafood RM 30 (4 Orang)
  • Nasi Goreng Lambak Seafood RM 20 ( 5 Orang)

Rujukan

Utusan, Facebook Mee Besen Ori Melaka, notachentamummy

Pendapat Anda?

Add Comment