5 Tempat Makan Ikan Bakar Di Melaka Untuk Serang

Melaka sememangnya terkenal dengan tempat perlancongan untuk rakyat Malaysia dan juga luar negara. Sesiapa yang pergi ke Melaka, rasanya tidak sempurna perjalanan atau percutian itu jika tidak singgah sekejap untuk menikmati masakan berasaskan makanan laut.

Contoh makanan yang sering dikaitkan dengan Melaka adalah asam pedas Melaka ataupun ikan bakar. Ikan bakar merupakan salah satu daripada perkara menarik di Melaka.

Artikel kali ini akan berkongsi tempat makan ikan bakar di Melaka patut anda pergi. Antaranya Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung Melaka,Ikan Bakar Pernu Umbai Merlimau Melaka, Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay dan Medan Ikan Bakar Melaka Serkam.

 

#1 Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung Melaka Malaysia

Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung

Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung

Tempat ini tidak perlu diperkenalkan kepada penggemar ikan bakar. Sebut sahaja Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong, andasudah dapat bayangkan kesedapan ikan bakarnya yang menajdi pilihan ramai.

Lokasi medan ini terletak betul-betul di muara Sungai Duyong. Kedai makan ini sememngany terkenal dan dikatakan terbaik dan tersohor di Melaka.Alamatnya pula di KM4-5, Jalan Padang Temu, 75460 Permatang Pasir, Melaka.

Pelbagai menu seafood anda boleh pilih di sini. Antaranya seperti ikan siakap, ikan jenahak, kupang, sotong dan kepah. Sudah semestinya menu kesukaan kami adalah ikan jenahak bakar dan sotong.Sotong goreng tepungnya dan juga udang masak mentega pasti mengliurkan tekak anda.

Satu sahaja kurang menarik di sini. Anda perlu beratur sebanyak dua kali. Pertama adalah untuk mendapatkan meja. Kedua pula adalah untuk memesan ikan bakar. Boleh jadi penat jika beraturnya panjang. Tetapi kami percaya, nikmat apabila mendapat ikan bakar yang telah dipesan itu lebih jauh menarik dan mengubati kesabaran ketika beratur.

Di sini ikan dan menu lautnya segar.  Mungkin kerana lokasi kedai ini yang terletak berdekatan dengan jeti. Jadi sudah semestinya stok ikan segar sentiasa sahaja ada.

Harga juga dikatakan berpatutan dengan masakan dan ikan yang diterima. Sebab itulah mungkin tempat ini semakin dikenali ramai. Servis juga dikatakan cepat walaupun terpaksa beratur sebanyak 2 kali.

Untuk sampai ke sana, di sini kami kongsikan koordinat GPS: Lat/Lng 2.174706,102.28884

 

#2 Ikan Bakar Special Encik Yusof

Ikan Bakar Special Encik Yusof

Tempat ikan bakar ini mungkin tidak seterkenal seperti tempat ikan bakar Melaka yang lain. Tetapi ianya turut berada dalam senarai kami. Kedai yang dimaksudkan adalah Ikan Bakar Special Encik Yusof. Ada yang berkongsi bahawa tempat ini wajib mereka pergi apabila pulang ke kampung.

Antara menu yang dicadangkan adalah Ikan Bakar Siakap Masak sambal. Memang wain cakap orang!Sangat disyorkan oleh orang ramai dan orang lama. Sememangnya tempat makan yang dibawah radar umum. Ianya terletak di Anjungbatu, Merlimau, Melaka.

 

#3 Ikan Bakar Umbai Melaka /Ikan Bakar Parameswara / Ikan Bakar Pernu Umbai Merlimau Melaka

Medan Ikan Bakar Parameswara

Medan Ikan Bakar Parameswara

Tempat makan ini juga dikenali sebagai tempat Ikan Bakar Umbai Melaka ataupun sebagai Ikan Bakar Parameswara. Ianya juga dikenali sebagai Medan Ikan Bakar Pernu Umbai Merlimau Melaka kerana lokasi yang terletak di Merlimau.

Ikan Bakar Umbai ini merupakan salah satu tempat ikan bakar yang turut menjadi pilihan ramai orang jika datang ke Melaka. Disini juga mempunyai pelbagai jenis seafood untuk dipilih sama seperti Medan Ikan Bakar Sungai Duyong.

Apa yang membezakan medan ikan bakar ini adalah apda cara membakar dan sos/sambal yang disediakan.Di sini sama juga seperti medan ikan bakar yang lain. Hanya perlu datang ke kaunter, pilih ikan yang berkenan dan timbang. Kemudian pilih sahaja masakan yang berkenan pada hati.

Dikatakan masakan sambal di sini sedap. Cadangan ada yang mengesyorkan ketam rempahnya.

Waktu operasi untuk Ikan Bakar Umbai ini pula bermula daripada tengahari sampailah lewat malam. Cuma jangan datang pada hari Isnin kerana ianya ditutup.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 06-2616106.

Untuk sampai ke sana, di sini kami kongsikan koordinat GPS: Lat/Lng 2.156199,102.336036.

#4 Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay, Melaka

Medan Ikan Bakar Alai

Medan Ikan Bakar Alai

Medan ikan bakar ini juga sering menjadi tumpuan ramai.Dikenali sebagai Ikan Bakar Alai ataupun Ikan Bakar Crystal Bay. Ianya terletak di Crystal Bay, Alai, Melaka.Menu di sini adalah yang dicadangkan adalah sotong goreng tepung, sup ketam dan kelah masak masam manis.

Pelbagai gerai di sini yang menjadi pilihan yang boleh anda cuba. Berdasarkan cadangan, Rose & Ali Ikan Bakar adalah pilihan iaitu gerai no. 7.Tetapi banyak sahaja gerai lain yang boleh dicuba kerana semuanya nampak sahaja menarik.

Untuk sampai ke sana, di sini kami kongsikan koordinat GPS: Lat/Lng 2.156199,102.336036.

 

#5 Medan Ikan Bakar Melaka Serkam

Medan Ikan Bakar Serkam

Lokasi ini terletak sedikit jauh daripada bandar Melaka jika dibandingkan tempat ikan bakar Melaka yang lain.Ianya lebih berdekatan dengan Muar.Rasanya itu bukan menjadi alasan untuk tidak ke sana bukan?

Konsepnya juga hampir sama sahaja dengan medan ikan bakar yang lain yang biasanya terletak derdekatan dengan jeti.

Waktu operasi untuk Ikan Bakar Serkam ini pula bermula dari 4 petang sehinggalah pukul 2 pagi.

Untuk sampai ke sana, di sini kami kongsikan koordinat GPS: Lat/Lng 2.136029,102.382995.

 

Kesimpulan

Semoga anda menyukai 5 tempat ikan bakar di Melaka yang telah ditulis oleh kami. Semoga ianya dapat menjadi panduan kepada anda apabila datang bercuti di sini. Susah juga untuk menentukan yang mana paling sedap,kerana ianya soalan subjektif. Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan resepi rahsia.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya kepada kenalan atau jadikan simpanan masa hadapan. Manalah tahu anda ingin datang ke sini. Selamat mencuba dan jangan lupa dan kongsikan pengalaman anda di bawah.

 

Artikel Menarik Lain:

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment