Adalah normal jika mendengar masakan sarapan yang popular di Kelantan adalah nasi kerabu atau nasi dagang. Tetapi jangan dilupakan nasi berlauk. Ianya biasa disajikan dengan masakan seperti gulai ikan tongkol, gulai ayam atau ayam goreng.

 

Nasi Kak Wok Kelantan Di Shah Alam

Nasi berlauk adalah juadah yang terkenal di Kelantan selain nasi kerabu dan nasi dagang. Tetapi itu bukan bermakna anda perlu terbang ke Kelantan untuk mencubanya. Anda boleh sahaja mencubanya di Shah Alam. Mudah bukan?

Artikel ini ingin berkongsikan tentang keenakkan nasi berlauk Kedai Nasi JJ Kak Wok. Kedai ini juga dikenali sebagai nasi kak wok Shah Alam dan sangat terkenal di kawasan ini.

 

Nasi Berlauk Versi Kedai Nasi JJ Kak Wok

Nasi Kak Wok adalah nasi berlauk versi Kelantan. Namun, versi Kak Wok adalah jauh lebih baik. Ianya membuatkan ramai orang sanggup beratur untuk makan di sini.Tiada siapa akan dapat menafikan keenakkannya. Kedai Nasi JJ Kak Wok ini memang berstyle. Ianya unik.

nasi kak wok
nasi kak wok shah alam
kedai nasi jj kak wok

Imej via Foursquare

Nasi Kak Wok adalah gabungan nasi berlauk antara gulai yang berlemak, serta beberapa ketulan kecil ayam goreng dan sambal. Sajian ini asalnya bermula daripada Mek Wok Hassan atau Kak Wok yang menyajikan masakannya di Kampung Lundang Kota Bahru pada 35 tahun dahulu.

Jika anda di sini, jangan hendak dicari benda lain sebagai . Ianya hanya ada satu sahaja hidangan utama dan satu-satunya sahaja. Ianya terdiri daripada lauk ayam yang dipotong secara kecilan sambil dimakan bersama kari. Kami percaya, sekali anda mencubanya, pasti anda akan tidak sabar untuk pergi untuk kali kedua.

Tetapi jika ingin merasai keenakan kari ikan tongkol, anda perlu datang ke kedai ini awal. Menurut pengusaha, dia hanya masak satu periuk sahaja ikan tongkol. Apa yang istimewa untuk menu di sini adalah beras yang digunakan.

 

Rahsia Resepi Nasi Kak Wok Sedap

Menurut pengusaha, beras yang digunakan adalah beras Siam yang berkualiti. Ianya mampu tahan lama dan tidak basi.

Manakala untuk memastikan kesegaran, ayam dan gulai dimasak secara berperingkat dalam skala yang kecil.Ini dapat memastikan ayam yang dimakan tidak dibiar terlalu lama.

 

Harga & Info Kedai

Harganya pula tidaklah mahal. Harga semasa ianya ditulis adalah RM4.50. Harga yang cukup murah. Mana ada harga sebegini di kawasan Kuala Lumpur ?Sememangnya ianya sedap dan murah.Terkini harganya sudah berupa menjadi RM5.00 untuk tahun 2015. Walau bagaimanapun, bagi kami harga ni masih lagi murah berbanding menu-menu lain.

Alamatnya pula ada seperti dibawah.

Kedai Nasi JJ, 50, Jalan Opera J U2/J, TTDI Jaya, Shah Alam

Waktu Operasi :

8.30pagi – 6petang (Isnin ke Jumaat)

8.30pagi ke 3petang (Sabtu dan Ahad).

60 12-685 7674

Bagi yang gemar mencari makanan waktu malam, alamatnya tidaklah dapar merasai keenakkannya. Ianya hanya dibuka pada sebelah siang hari. Pada lewat yang dapat diperolehi adalah pukul 6 petang. Jika lebih daripada itu, alamatnya melepaslah.

Tips yang ingin makan disini adalah sambalnya. Memang terbaik. Sambalnya mendapat pujian orang ramai. Disini, ianya mengamalkan konsep layan diri.

Maksudnya anda perlu beratur untuk mendapatkannya. Awas, jika tidak kena masanya, anda mungkin terpaksa beratur panjang.Giliran beratur ini boleh jadi 5 minit, ataupun 30 minit. Semuanya bergantung pada waktu puncak waktu makan.

Jadi, apalagi! Jom terjah dan makan di sini. Pasti membuatkan tidur anda lena. Oh Kedai Nasi JJ Kak Wok!

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.