,

11 Tempat Makan Best Di Shah Alam Pilihan Pembaca

nasi lemak ciast

Kali ini kami ingin kongsikan 11 lagi tempat makan best di Shah Alam yang patut anda cuba. Ya, seperti artikel yang telah dikongsikan sebelum ini. Artikel itu telah berjaya menjadi bualan ramai orang. Di ruangan komen, kami dapat lihat pelbagai lagi senarai tempat makan menarik telah dikongsi.

Jadi kali ini sebuah lagi artikel tentang tempat makan menarik dan best di Shah Alam ditulis sekali lagi.Tetapi kali ini bukannya daripada kami, ianya datangd aripada pembaca. Semoga artikel ini membantu buat anda yang gemar mencari dan mencuba maknanan.

#1 Restoran Zam Zam Arabic

Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/G (Seksyen 9), 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Restoran Zam Zam ini menyediakan masakan arab yang boleh dikatakan adalah terbaik di Shah Alam. Keadaan dan hiasan dalam juga menarik dan selesa. Pendek kata, sesuai untuk mereka yang mahukan suasana yang kondusif dan privasi.
Pelbagai komen dan pendapat positif dapat anda temui mengenai Restoran Zam Zam ini.

restoran zam zam
restoran zam zam

Dikatakan nasi arab di sini adalah original dan menyelerakan. Ada pendapat menyatakan bahawa daging lambnya adalah yang terbaik dan patut dicuba. Tidak pula ada yang mengsyorkan Ayam Mendy.

#2 Restoran Pak Mal Nasi Ayam

Jalan Telok Belanga 10/1 (Seksyen 10), 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Pernah dengar Nasi Ayam Pak Mal? Jika tidak, ini masanya untuk mencuba keenakkan nasi ayam di Seksyen 11 ini. Antara tempat makan yang wajib dicuba di Shah Alam.

nasi ayam pak mal
nasi ayam pak mal

Servisnya dikatakan cepat. Versi nasi ayamnya pula dikatakan antara yang terbaik berbanding nasi ayam tempat lain. Antara keistimewaannya adalah pada sos.

Ada mengatakan bahawa sosnya sedikit cair, tetapi sangat sedap kerana rasa pedasnya. Adakah anda setuju ini sebagai kedai nasi ayam terbaik di Shah Alam?

#3 Restoran Soto Shah Alam

Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Restoran ini sesuai untuk diterjah sewaktu sarapan. Pelbagai makanan anda boleh temui di sini. Boleh jadi rambang mata jadinya jika makan di sini. Dikatakan, soto dan roti canai adalah menu yang wajib dicuba di sini.Ada juga mencadangkan untuk mencuba daging lemak cili apinya.

restoran solo shah alam
restoran solo shah alam

Harganya berpatutan dan dikatakan murah. Boleh dikatakan keistimewaannnya adalah pada lauk-pauknya yang pelbagai.

#4 Nasi Lemak Ciast

Gerai 1,2,3 (Jalan 19/2B Seksyen 19), 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Jika ingin mencari nasi lemak yang sedap atau power, tempat ini mungkin boleh menjadi salah satu pilihan anda. Apa kata anda mencuba Nasi Lemak CIAST?

nasi lemak ciast
nasi lemak ciast

Tips yang dikongsi ramai adalah nasi lemak berlauk paru yang dikatakan sangat sedap. Anda juga boleh mencuba gabungan rendang kerang. Memang pergh bunyinya! Sambal sotongnya juga tidak ketinggalan menariknya.

Nasi lemaknya mendapat pujian ramai orang. Yang penting jangan lupa untuk meminta sambal lebih daripada kebiasaan apabila berada di sini.

Ramai turut mengatakan nasinya banyak dan lauk-pauk pula melimpah-limpah. Senang cerita memang kenyang apabila membeli makanan di sini.

#5 The Sumbs, For Foodie By Foodie

7-04-01 Persiaran Alami Pusat Perniagaan Worldwide (Seksyen 13), Shah Alam, Selangor, Malaysia

Jika anda mencari sedikit kelainan daripada tekak Melayu, mari kami bawakan ke The Sumbs. Restoran ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba makanan ala-ala Eropah, cewah. Hampir kesemua di sini adalah makanan western.

the sumbs
the sumbs

Ianya sesuai untuk datang secara berjemaah atau keluarga.Makanannya juga tidak lama untuk menunggu. Menu churos dan pasta carbonara antara menu yang menjadi pilihan ramai.Dendeng daging sandwich juga menarik untuk dicuba.Tetapi apa yang wajib anda order di sini adalah churosnya. Jangan lupa ya!

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan staffnya sangat baik, makanan yang sedap serta murah.Yang penting terdapat pelbagai menu anda boleh cuba disini.

#6 Restoran Temerloh Dataran Otomobil

2G Jalan Pahat J,15/J,Kompleks Dataran Otomobil,Seksyen 15, Shah Alam, Malaysia

Bagi penggemar ikan patin, masakan ala Pahang juga boleh didapati di Shah Alam. Jika anda inginkan merasai keenakkan ikan patin, Restoran Temerloh adalah jawapannya. Dikatakan masakan pahang di sini adalah terbaik.

Ada juga pendapat mengatakan bahawa bahawa ianya lebih sedap daripada versi kedai ikan patin yang dijual di Pahang. Betulkah? Jadi apa kata anda terjah sendiri untuk mencuba.

#7 Restoran Masak Lemak Cili Api

Setia Prima, Bandar Setia Alam, Selangor, Malaysia

Restoran ini sedikit jauh daripada seksyen-seksyen lain, namun masih boleh dikatakan dalam Shah Alam.Restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Masak Lemak Cili Api.

restoran mask lemak cili api

Jika anda adalah peminat makanan negeri, mungkin kedai ini sesuai untuk dicuba. Masak lemak cili apinya dikatakan terbaik.Sangat berbaloi. Tetapi awas, mungkin ini bukan untuk anda yang tidak sukakan pedas. Rata-rata sangat berpuas hati apabila makan di sini.

#8 Restoran Pak Su

Jalan Dawai 16/2 (Seksyen 16), 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Untuk makanan tengahari, restoran ini adalah salah satu tempat yang menarik untuk dicuba. Terdapat pelbagai lauk-pauk yang menarik dapat anda makan. Contohnya seperti aneka bubur, mee, lauk-pauk dan ikan bakar.

restoran pak su

Harganya pula tidak mahal dan berpatutan. Air juga dikatakan diberikan secara percuma. Mahu apa lagi?Kedainya bersih dan ramai memuji keadaan kedai yang selesa.

#9 Restoran Orkid Thai

17, Jalan Tengah Ampuan Zabedah (F9, Section 9), 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Seterusnya mari kita beralih pula kepada masakan ala Thai. Mungkin Restoran ini anda pernah terjah. Ramai mengatkan restoran ini adalah tempat masakan Tom Yam kegemaran mereka.

restoran orkid thai
restoran-orkid-thai-1

Ikan Stim Ala Thainya antara menu boleh dipilih.Terdapat beberapa pilihan ikan anda boleh cuba iaitu kerapu atau siakap. Tetapi ramaa memuji keenakkan ‘salted egg squidnya’. Memang patut cuba!
Harganya pula berpatutan dan bahagian yang diberikan juga banyak.

#10 Restoran Azira

Jalan Ceongsam 10/11 (Seksyen 10), 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Seterusnya adalah Restoran Azira di Seksyen 10. Restoran ini mendapat komen yang positif untuk warga Shah Alam sendiri. Sesuai diterjah pada waktu sarapan dan lewat sarapan.

restoran azira
restoran azira

Pelbagai lauk pauk di sini. Komen pembaca, lauknya banyak.Tidak tahu apa yang hendak dipilih.Laksa Johor adalah menu yang dicadangkan jika anda berada di sini. Ataupun anda boleh juga memesan Nasi Ayam yang turut mendapat pujian ramai.

Ada yang menyatakan bahawa tempat ini adalah tempat terbaik untuk pencari makanan Johor. Sangat banyak pilihannya.

#11 Pecel Lele Shah Alam

Jalan Berangan (Kampung Padang Jawa), 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Akhir sekali adalah Restoran Pecel Lele di Padang Jawa. Restoran ini menyediakan makanan masakan Indonesia. Menu yang dicadangkan di sini adalah pecel lele dan ayam penyet.

pecel lele shah alam
pecel lele shah alam
pecel lele shah alam

Ada yang memberi komen bahawa Ayam Penyetnya adalah murah dan sedap di Selangor.Rata-rata mengatakan harganya murah dan tidak mahal. Selain itu, anda boleh mencuba extrajoss anggur.

Itulah 11 tempat makan best di Shah Alam pilihan pembaca. Apa pendapat anda? Masih ada yang tertinggal?

Kredit : Foursquare
 
 

Artikel Menarik Lain

Comments

Leave a Reply
  1. Maaf x setuju dgn restoran soto. Kedai koto, cuba tgk bahagian soto/sup/mee, sgt2 koto. Lauk pula recycle dr lauk semalam. Ada yg dari pagi sampai ke malam. Bila nak.makan lauk dah nak basi. Harga murah? Nasi putih+sambal paru rm9++, owner makcik yg kurang ajar. Saya masih igt lagi dia ckp dkt saya ” kalau x mampu jgn ambil banyak2″ walhal hanya nasi dan sambal paru sahaja.

  2. Xsdp lngsung nc ayam pak mal tu.xde credit lngsung nk bg.siapa yg kata sedap tu mmg la tekak xde taste.lg sdp nc ayam dpn masjid kat bdr sultan suleiman,pnabuhn klg..

  3. Ohh tidak
    Kedai soto dan nasi ayam pak mal pun tersenarai ?
    Hmmm…Both are overrated and tasteless
    Sbg org yg dah lama duduk shah alam tau lah

  4. Ermmm soto, pecal lele,nasi ayam pak mal xsdap la….
    Cuba try restoran dana seafood damansara & cafe chicken rice guys belakang hakim lama seksyen 7 worldwide

  5. Kedai soto tu totally overprice klu nk vompare dengan rasa..pernah ambil tauhu telur sikit pon di cas rm10. Pak Su ok..harga berbaloi dengan rasa. Seksyen 7 banyak jugak tempat best. Selalu makan dekat RZ nasi kukus,wong solo,cinta sayang..

  6. Pak Mal biasa je. Pecel lele pun biasa jgk.. tp sebab MURAH & free flow nasi & sup.. so ramai students Uitm kesana.

    Restoren Jemari tomyam dia sedap! Restoren Foodilicious dkt blkg Unisel pun sedap utk western, harga berpatutan. portion pun bole tahan.

  7. Terima kasih.. Utk info .. Hanya restoran azira, orchid thai , parcel lele,,yg ok,. minta maaf ,, yg lain tu taste hanya biasa shj..

  8. wong solo shah alam xde ke??? ayam penyet teeeeerrrrrrbaaaaikk! Berbaloi dgn harga.., sllu terngiang2 rse sambal die,, sedap x hengat! 🙂

  9. #1 Nasi arab di Zam Zam memang sedap! Anak2 suka Mandy Chicken nya. Servis ok, suasana memang class laa, dan harganya pun boleh tahan takdelah mahal sangat, sama standard seperti Nasi Arab yang lain, despite of restorannya yg nampak sangat eksklusif tue.

    #7 Masak lemak cili api nya memang sangat sedap. Pure Negeri Sembilan, gitu. Cuma, jangan terkejut dengan harganya. Boleh tinjau2 dulu pricelist di dinding sebelum nak order. Jika nak tapau, staff di kedai akan ambilkan, customer tak boleh ambil sendiri. Dan, lauk akan ditimbang berat, per 100g kalau tak silap.

    -warga Setia Alam

  10. Restoren Soto berbaloi? Kah kah. Mahal nakharom, tapi pilihan lauk bolehlah. Restoren Umi Seksyen 7 pun sedap.

    Pak Mal totally out. Tak tahu macam mana orang kata sedap sangat bla bla, rasa tak boleh telan da.

    Azira not bad, Nasi Ayam dia bolehlah, belum tahap sedap melampau lah.

  11. banyak lagi yang best. Seperti HOMST, Chinese Muslim restaurant dekat belakang Tesco sana. Zam zam mmg OK. Azira pun ok.

  12. Restoran soto.. Mahai weehhh… Kedai dah besa pun jual makanan mahal2.. Should masuk list restoran hatinie, wong solo, pelpero..

  13. Korang rate ikut rasa tekek sendiri ke? Soto seksyen 8 tu ape yang sedapnyer…dah la harga mahal, lauk recycle…lorang tak pernah cuna kakyah nasi kerabu kat seksyen 11? Marbeles sangat2 nasi kerabu nasi berlauk nasi dagang dan nasi lemak dia…rasa mmg ori pantai timur…

  14. Soto koto! Memang kerek bingai makcik cashier tu. Hot Pindang Kitchen takde ke? Aku rajin makan sana wey, harga ok dan tempat pun bersih. Jangan nak rate ikut tekak je beb.. kena tengok juga kebersihan restoran.

  15. X sedap pecal lele di pdg jawa tu…yg sedap di Wong Solo seksyen 7 terbaik….nasi arab yg sedap di Aroma Hijrah TTDI Jaya Shah Alam..terbaik…

  16. Soto kotor & mahal..nak2 kalo makcik yg kira..ayam penyet padang jawa pun xsedap..sedap lg wong solo…untuk lunch, yg sedap nasi kak wok di ttdi jaya..dan juga kedai Pak Lah (Restoran Sri Ttdi) di Ttdi jaya.. Pilihan lauk byk, harga ok, lauk cukup rasa..time lunch sgt ramai org tertumpu ke restoran ni..
    🙂

  17. Restaurant hartinie tu dkt mana? pls pencerahan.

    Selalu Pegi soto tu jugak tp boleh lah. Just because of byk choice sbb ahkak memilih sikit lauk lauk ni. Soto dia xsedap sgt pon. Harga mahai ok sapa cakap berpatutan tu mesti ada 2.6billion dlm bank

  18. Ramai betul kondem restoran soto tu… entahlah..jangan sabotaj dah ler… kalau betul, tuan punya silalah ambil perhataian..

  19. Komen kat saji.my ni ,sesiapa pun orang yang sama leh komen berulang-ulang kali dengan tukar nama yang berlainan.

    So kurang kredibiliti komen dan reviu dia org.

  20. Aku pergi restoran soto dr dia 1kedai sampai jd 4 kedai la ni..biasa je x kotor pn..lantai bersih, meja bersih..lg pun aku slalu nmpk sorg aunty chinese muslim ni masak,tokey kedai soto maybe..boleh nmpk coz tmpt masak tu pasang cermin..ok je,sedap pn sedap..klu betul apa yg dikritik tu takkan maju sesangat2 sampi sekrg kedai tu?…yg cashier tu perempuan chinese muslim gk anak yg masak tu..ok je mana ada sombong biasa je…korg x kenal dh ckp mcm2..x elok fitnah mcm tu?

  21. Aku pergi restoran soto dr dia 1kedai sampai jd 4 kedai la ni..biasa je x kotor pn..lantai bersih, meja bersih..lg pun aku slalu nmpk sorg aunty chinese muslim ni masak,tokey kedai soto maybe..boleh nmpk coz tmpt masak tu pasang cermin..ok je,sedap pn sedap..klu betul apa yg dikritik tu takkan maju sesangat2 sampi sekrg kedai tu?…yg cashier tu perempuan chinese muslim gk anak yg masak tu..ok je mana ada sombong biasa je…korg x kenal dh ckp mcm2..x elok fitnah mcm tu

  22. Mmg betul pun apa yg orang komen psl Restoran Soto tu. Lauk dia mmg byk tp x kan semua habis kan? So apa dia buat? Jual balik la esoknya. Penah wife tapau lauk sotong, blk umah baru noticed dh berbau, tgk kat tgh perut sotong tu dh buruk. Geli weh. Pasal harga mahal tu pun 1 hal. Kalau makcik tu kira, mmg parah la kena kapak. Dh byk komen kat sini, takkan x sampai ke owner.

  23. Jika mencari Nasi Ayam pilihan kami Tam Nasi Ayam di seksyen 23. Sebelah Aeon Big. Tempat kedua Ehsan untuk makan Chapati. Sedap Dan berbaloi harga. Nak cari itik Bakar kat Jalan Kebun Itik Gembo Dan last sekali nak rasa Western kat Ideaa Station Bukit Jelutong.
    .
    Kami kechik ja tapi kalau nak rasa makan Seafood ShellOut boleh sama singgah kat My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam pula.
    .
    Boleh la mai ziarah dulu kat bwh ni fb.com/mystorycafekk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Nasi Lemak Bumbung

9 Nasi Lemak Sedap Kuala Lumpur!

Sambal Goreng Ikan Bilis Sedap

Resepi Sambal Goreng Sedap 100++ Ribu Perkongsian Facebook