King Of Lamb atau nama restorannya Malaya Grill Sungai Buluh menghidangkan menu yang berasaskan Western dan Fusion Nasi Arab.
Di samping suasana restorannya yang selesa, Malaya Grill juga menjanjikan rasa yang istimewa dan tersendiri daripada 13 jenis herba dan rempah ratus terpilih.
Salah satu keistimewaan restoran ini adalah mereka cuba menghidupkan sunnah Nabi SAW dengan menghidangkan makanan di dalam talam.
Kepakaran Malaya Grill adalah menyediakan kambing golek bercita rasa tinggi dengan kelazatan dan aroma terbaik.
Bukan sahaja anda boleh dapatkannya di restoran , malah mereka juga membuka katering untuk acara dan majlis tertentu.
Secara umumnya, Malaya Grill fokus kepada dua menu utama iaitu Nasi Arab dan makanan Western.
Nasi Arab yang disediakan adalah seperti Nasi Arab Ayam Grill, Nasi Arab Ayam Crispy, Nasi Arab Kambing Grill, Nasi Arab Kambing Crispy, Nasi Arab Shank Grill, Nasi Arab Shank Kari Kaw dan pelbagai variasi Nasi Arab lagi.
Setiap juadah Nasi Arab yang disediakan ini anda boleh memilih porsi untuk makan satu orang, set talam untuk dua orang dan set talam untuk tiga ke empat orang.
Manakala makanan Western di sini juga sangat banyak pilihan. Antara hidangan berasaskan ayam dan kambing yang menjadi pilihan pelanggan adalah Grilled Chicken, Crispy Chicken, Chezy Crispy Chicken, Kambing Sell Out, Shanky Lamb, Kambing Crispy dan macam-macam lagi.
Selain itu, untuk skala makan besar ada juga pakej Kambing Panggang Golek, pakej Kambing Jimat dan pakej Kambing untuk Aqiqah. Mereka juga mengambil upah masak jika anda ingin menggunakan kambing anda sendiri.
Seperti yang dimaklumkan di atas, Malaya Grill terkenal dengan makanan Western. Justeru itu, antara yang disediakan selain ayam dan kambing adalah Pasta Carbonara Chicken Grill, Pasta Bolognese Meatball, Nachos + Sos Bolognese, Mashed Potato dan lain-lain.
Seterusnya, jika anda datang bersama anak kecil, terdapat set untuk kanak-kanak semisal Nasi Arab Kids, Sosej + Fries dan Fries + Nugget.
Jangan lupakan minum dan Ice Blended pelbagai jenis yang disediakan seperti Lemon Tea, Mango Peach, Ice Blended Chocolate Waffel dan macam-macam lagi.
Bagi peminat daging dan makanan Western, anda boleh mengajak rakan dan keluarga untuk datang beramai-ramai merasai kehangatan kambing panggang yang terkenal di Malaysia ini.
Lokasi: 107, Jalan Nautika A U20/A, Pusat Komersial Tsb, 40160 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11 am – 11 pm), Jumaat (2 pm – 11 pm)
No Telefon: 0192800761