Siapa tak terliur jika melihat sotong yang besar sebagai hidangan untuk menjamu selera. Tambahan pula dimakan bersama rojak ataupun mee goreng. Sudah pasti meleleh air liur dibuatnya.

Kalau anda nak tahu, di Kampung Durian Daun, Melaka ini mempunyai sebuah kedai makan yang menghidangkan menu istimewa iaitu sotong sebagai hidangan utama. Kedai makan ini diberi nama Warung Hijau Rojak Sotong kerana kedainya berwarna hijau.

rojak sotong

Imej via facebook

Kedai ini menjual menu yang sangat istimewa iaitu rojak sotong. Sotongnya pula adalah agak besar dan puas hati jika anda dapat menikmatinya. Warung Hijau Rojak Sotong ini sering menjadi sebutan dan pilihan ramai pelanggan kerana keenakan menu rojaknya yang sangat istimewa. Ada juga pelanggan dari luar Melaka turut menjamu selera di sini.

Resepi Warisan

Menu hidangan di kedai ini menggunakan resepi warisan keluarga pemilik kedai makan ini. Pada peringkat permulaan, rojak sotong di sini menggunakan sotong kembang sahaja, namun diatas permintaan ramai, sotong putih bersaiz besar telah menggantikan sotong kembang tersebut. Ia sekaligus telah menambahkan lagi keenakan rojak sotong yang disajikan di kedai ini.

rojak sotong

Imej via facebook

Harga Berpatutan

Kedai makan ini hanya menggunakan bahan – bahan segar sahaja demi memberikan kepuasan kepada para pelanggan. Harga yang dikenakan adalah bergantung kepada saiz sotong yang digunakan kerana ia merupakan bahan mentah yang segar dari laut. Harga rojak sotong jumbo bermula dari RM 23.00 sepinggan dan ia bergantung kepada saiz sotong yang digunakan.

rojak sotong

Imej via facebook

Saiz Sebesar Lengan

Kalau anda nak tahu, sotong yang terdapat di sini ada yang bersaiz sehingga sebesar lengan. Saiz sebegini sudah pasti puas hati jika dapat menikmatinya bersama rojak yang sangat menyelerakan.

Menu Lain

Selain rojak sotong, Warung Hijau Rojak Sotong ini juga menghidangkan pelbagai makanan panas yang lain seperti mee goreng jumbo, kuetiaw jumbo yang disajikan bersama sotong, udang, kerang ataupun kupang. Sejak kedai makan ini dibuka, ia sentiasa menerima pelanggan yang datang dari kawasan sekitar dan juga dari luar.

Rojak Sotong

Imej via facebook

Biarpun lokasi kedai makan ini terletak di kawasan perkampungan, namun tetap juga pelanggan dari jauh datang untuk menikmati hidangan ini. Terdapat pelanggan yang berasal dari Switzerland sanggup datang dari jauh kerana tertarik untuk menikmati hidangan di sini.

Waktu Operasi

Warung Hijau Rojak Sotong ini memulakan operasi seawal jam 5 petang hingga jam 9.00 malam. Namun, kebiasaannya pada jam 4.00 petang sudah ramai pelanggan mula membanjiri Warung Hijau Rojak Sotong ini. Pelanggan juga boleh membuat tempahan melalui telefon sahaja tanpa perlu datang menikmatinya di kedai.

Memandangkan rojak sotong ini jarang terdapat di tempat lain, sebab itulah ai menjadi tumpuan para pelanggan dari luar Melaka. Ini kerana saiz sotongnya yang besar serta ramuan yang diadun adalah dari resepi warisan keluarga membuatkan ia begitu berbeza.

Alamat : Bt 19 3/4 Kg Durian Daun Masjid Tanah 78300 Melaka 

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.