Sekiranya makanan sedap, jauh macam mana sekalipun, sanggup orang datang kerana yang penting puas hati dan berbaloi! Itulah penangan Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak di Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah sehinggakan penggemar mi udang dari Singapura sanggup menempuh perjalanan jauh asal saja mereka berpeluang menikmati keenakan rasa makanan kegemaran.

Bukan senang hendak mencari tempat ini kecuali penduduk setempat. Hanya mereka yang berazam hendak menikmatinya sanggup meredah ceruk kampung dari Tikam Batu, Kedah mahupun di Kuala Muda atau Penaga di Seberang Prai Utara.

Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak

Memang benar bagai dikata dan digembar-gemburkan sebelum ini, mi udang yang diusahakan Pak Usop bersama keluarganya memang sedap!

Kuahnya agak cair, tapi keenakan rasa udangnya sangat padu, seolah-olah anda sedang menikmati sepinggan penuh mi udang laut!

Selain pelanggan daripada penduduk setempat, mi udangnya turut mendapat sambutan pengunjung dari Kuala Lumpur dan Singapura.

Mereka lazimnya bertandang ke restorannya setiap hujung minggu atau musim perayaan mahupun cuti persekolahan.

Kebanyakan pengusaha mi udang menggunakan air rebusan daging supaya kuahnya likat (pekat) dan manis.

Sebaliknya mereka menggunakan air rebusan pati udang semata-mata kerana pelanggan kami daripada pelbagai kaum. Jadi, pelanggan masyarakat India dan Cina berpeluang menikmatinya, cuma kuahnya agak cair. Tapi yang penting bagi kami ialah keenakan rasa kuah yang ‘sarat’ dengan kemanisan isi udang laut,

Kedudukan restoran adalah nilai tambah kepada pengunjung yang datang ke kedai ini kerana pada waktu petang, sambil makan, pengunjung berpeluang menikmati pemandangan indah matahari terbenam.

Penduduk kampung juga turut menyediakan perkhidmatan bot sewa kepada pengunjung yang berminat memancing ke Pulau Sayak yang terletak berdekatan pesisir pantai.

Di sini bukan sahaja mee udang yang ada malah anda boleh memesan Nasi Goreng atau Nasi Set Bawal.

nasi goreng

set bawal

Bagi penggemar ketam, jangan lupa pesan Nasi Goreng Ketam. Memang marbeles kata orang sekarang.

nasi goreng ketam

INFO: Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak

– Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak, Kuala Muda dimiliki oleh Md Yusoff Ismail, 49, bersama isterinya, Hafizah Md Sabil, 48.

– Kedudukan restoran terletak betul-betul di tepi laut iaitu Pantai Pulau Sayak dan hanya lima minit perjalanan menaiki bot bermotor menuju Pulau Sayak.

– Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah

– Telefon: 019 267 1650, 019 432 1857

– Koordinat GPS: 5.65 917, 100. 333 99

– Face book (FB): usop mee udang laut pulau sayak official

– Waktu operasi: setiap hari (10 pagi hingga 12 tengah malam) (hari bekerja) (8 pagi hingga 12 tengah malam) (hujung minggu & musim perayaan)

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.