Bagi peminat masakan, hari ini kami ingin kongsikan tips untuk mereka yang suka berada di dapur.Ini antara masakan atau tips yang menarik untuk dicuba. Antara yang kami paling suka adalah tips No.4.

#1 Aiskrim Sandwich

Cara pemakanan aiskrim anda pasti akan berubah selepas anda melihat tips ini. Ia hanya memerlukan sebuah aiskrim potong. Semakin mahal sebuah aiskrim yang digunakan, semakin sedap sandwich aiskrim yang tersedia nanti. Betulkah?

Aiskrim sandwich

 #2 Lemon Bunga

Tidak pandai untuk mengupas lemon? Ingin mencari tips dan cara yang mudah tetapi membolehkan anda nampak seperti pakar masakan. Cubalah gubahan lemon ini.

Kupas Lemon

#3 Coklat Belon

Ini adalah untuk tips untuk sesiapa suka membuat kek. Rekaan yang terhasil memang menyebabkan semua orang pasti kagum dengan bakat kek anda.

Coklat belon

#4 Burger Telur

Kalaulah Burger Bakar Abang Burn tahu tips ini, pastinya indsutri burger bakar akan bertukar dan berwajah baru. Semoga rahsia ini diketahui cepat oleh Burger Bakar Abang Burn. Sebabnya kami sedikit malas untuk membuat tetapi terliur melihat gambarnya.

Burger telur

#5 Roti Cheese

Ini adalah cara mudah untuk membuat roti cheese. Anda hanya memerlukan sekeping roti dan beberapa keratan kecil cheese. Cheese yang dikerat itu akan disumbat antara celahan roti yang sedia dipotong sebelum itu. Boleh hias roti cheese anda dengan meletakkan beberapa herba kecil yang menaikkan aroma cheese anda.

Roti cheese

Kongsikan 5 Tips ini kepada rakan-rakan anda jika ianya menarik.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.