Kalau sebut nak pergi Melaka, mesti antara benda yang terbayang dulu ialah Bangunan Merah dan makanannya yang macam-macam. Bila hujung minggu atau cuti sekolah saja mesti banyak kereta dekat Bandar Melaka.

Memang tak dapat dinafikan banyak aktiviti best-best yang boleh dilakukan dekat bandar bersejarah ni. Makanan pun sedap-sedap. Lebih-lebih lagi dekat Jonker Walk. Selain pasar malam hujung minggunya yang terkenal, sebab lain tempat ini sentiasa menjadi tumpuan ialah kafe-kafe dan tempat makan yang best.

Memang sesuai untuk lepak pekena kopi dengan kawan-kawan. Untuk kunjungan anda seterusnya ke Melaka, jangan lupa untuk singgah di The Daily Fix.

The Daily Fix

Imej dari taufulou.com

Kafe ini ibarat permata tersembunyi kerana kedudukannya yang tersorok di belakang kedai cenderamata bernama KK Sdn Bhd.

Tapi jangan risau sebab dekat luar kedai cenderamata tersebut ada papan tanda yang tertulis The Daily Fix. Bila anda melepasi kedai cenderamata, anda akan disambut dengan bau kopi yang menenangkan.

The Daily Fix

Imej dari foodeverywhere

Kafe ini memang sesuai untuk sesiapa yang mahu lari dari keramaian Jonker Walk. Hiasan dalaman di sini juga cukup indah dan klasik. Jangan lupa bergambar dengan latar belakang dinding yang dihias dengan dulang klasik bunga-bunga.

The Daily Fix

Imej dari eatdrinkkl

The Daily Fix

Imej dari foodeverywhere

 Lepas pukul 9.00 pagi anda perlu tunggu untuk tempat duduk kosong sebab dah mula ramai pelanggan datang menikmati sarapan dekat sini.

Apa yang istimewanya di The Daily Fix? Menu yang membuatkan pelanggan ramai datang pastinya penkek gebu dengan cita rasa tempatan. Antara penkek yang selalu dipesan semestinya Penkek Pandan Gula Melaka dan Penkek Durian.

The Daily Fix

Imej dari burpple.com

Kalau nak lagi sedap letak aiskrim. Pilihan menu sarapan lain pun boleh tahan sedap dengan portion yang agak besar. Kalau nak makan penkek sarapan gaya Barat, pesanlah Sweet and Savory Goodness.

Dalam menu ini ada penkek dengan sosej, dan salad sayuran. Confirm kenyang! Sarapan lain yang best termasuk Egg Benedict, dan Spaghetti Aglio Olio Duck.

The Daily Fix

Imej dari burpple.com

Pilihan kek dekat sini tak banyak sangat. Tetapi, kek yang paling sedap dekat sini antaranya kek gula Melaka dan kek durian. Kedua-duanya cukup gebu dan dituang pula dengan sedikit gula Melaka membangkitkan lagi rasa kek ini. Carrot cake dekat sini pun boleh tahan sedap.

Memang sesuai dipadankan dengan secawan kopi. Ada juga sesetengah pelanggan yang lebih suka kek-kek di sini berbanding penkeknya. Jadi kalau nak tahu mana lagi sedap, kenalah datang sini!

The Daily Fix

Imej dari burpple.com

Kalau dah alang-alang nak bersiar-siar dekat bandar Melaka, jangan lupa singgah ke The Daily Fix. Confirm selepas anda datang, anda akan jadikan tempat ini ‘port’ anda dan kawan-kawan lepak minum kopi. Kalau tak sempat sarapan pun tak apa. Dekat The Daily Fix, sepanjang hari adalah waktu sarapan. Jangan risau sebab kafe ini dibuka dari pagi sampai ke malam.

Alamat : 55 Jalan Hang Jebat, Jonker Street, Bandar Melaka.

Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat : 9.00 pagi  hingga 11.30 malam, Sabtu dan Ahad 8.30 pagi hingga 11.30 malam.

 

Penulis: Nazirah Hassan

Penulis yang gemar 'travel' dan mencuba tempat makan baru.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.