Mencari tempat makanan western di KL yang terkenal?
KL sememangnya kaya dengan pelbagai tempat makan yang menawarkan variasi genre makanan. Sebut sahaja apa yang anda mahu – menu sarapan, masakan kampung, makanan Thai dan makanan Barat, semuanya ada.
Kali ini kami akan memfokuskan tentang tempat makanan western di KL yang wajib anda serbu. Senarai ini tidak mengikut ranking, jadi teruskan membaca!
Alamat: 3, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis (12 – 10.30 pm) manakala Jumaat – Ahad (12 – 11 pm)
Peminat tegar burger, kami ada berita baik buat anda. Di Bangsar, ada satu restoran yang sangat terkenal dengan kualiti burger yang dijamin terbaik – restoran KGB atau nama penuhnya Killer Gourmet Burgers!
Ada berbagai jenis burger ayam yang boleh didapati. Antaranya ialah The Shack, Tornado, Bobcat Club dan Bella Bomb. Pilihan makanan lain seperti stik juga turut disediakan.
Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (9am – 12 pm)
Restoran Fiske Steakhouse ini merupakan antara port makanan barat yang agak terkenal di KL. Masakan Barat merupakan menu utama mereka di samping menu tempatan seperti asam pedas.
Lamb Stew, Lamb Grill dan Grilled Chicken Chop merupakan antara yang terlaris. Saiznya juga besar, pasti kena dengan citarasa anda. Harganya juga mampu milik dan sangat berpatutan.
Alamat: 56, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (3 pm – 12 am)
Bukan senang untuk menjumpai steakhouse yang menyajikan makanan Barat yang harganya mampu milik. Tambahan pula jika di KL dan ianya sendiri antara yang paling popular. Berlainan pula dengan HR Steakhouse ini.
Restoran ini menyajikan makanan Barat yang berpatutan harganya. Antara yang boleh dicuba ialah Chicken Chop, Lamb Chop, Chicken Cordon Bleu dan banyak lagi.
Alamat: C-01-02 & C-01-03 StarParc Point, Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm
Me’nate ini merupakan steakhouse yang sudah lama viral pada suatu ketika dahulu. Ianya masih terkenal sehingga kini, dan cawangannya juga kian bertambah setiap tahun, memang popular!
Sirloin, Rib Eye, Wagyu, Lamb & Beef Rack merupakan antara stik yang wajib anda cuba, tambahan pula jika anda peminat tegar stik. Kualiti stik yang ditawarkan pasti akan memuaskan hati dan tekak anda!
Alamat: Taman Melawati, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis 8 am – 11.30 pm manakala Jumaat 3 pm – 11.30 pm
Selain menyajikan makanan Barat yang sedap-sedap dan berpatutan harga, anda semestinya mementingkan servis yang ditawarkan oleh sesebuah tempat makan itu, bukan?
Islamic Sixty9 Steakhouse ini merupakan antara tempat makan yang baik dari segi servis, harga dan kualiti makanan. Aneka jenis stik yang sedap dan segar boleh didapati di sini. Sirloin merupakan antara yang tersedap!
Alamat: Lot 531, Jalan AU 1/4D Jelatek Business Centre, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 4.30 – 11.30 pm
Jika anda pernah terdengar nama Chef Yasser, anda pasti tahu yang beliau merupakan seorang chef profesional yang agak terkenal. The Grato ini dimiliki oleh beliau sendiri, jadi semestinya kualiti makanan Barat di sini memang terbaik!
Restoran ini menyajikan sajian Itali dan makanan Barat. Makanan itali sepeti pasta, nachos, burger dan pizza merupakan antara yang wajib anda cuba. Persembahan hidangan juga cantik dan menarik!
Alamat: GM05-09 & GM05-10, 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (12 pm – 12 am) manakala Jumaat (3 pm – 12 am)
Sementara menunggu gaji, semestinya poket anda ‘kering’. Tetapi, itu tidak bermaksud anda tidak mampu menjamah makanan Barat yang sedap di KL, kerana restoran seperti Eye’s Steak ada menyajikan makanan Barat yang berpatutan harganya!
Anda pasti teruja jika kami katakan yang Chicken Chop di sini berharga kurang RM 10 bukan? Ya, harganya cuma RM 7.50! Sangat berbaloi dengan saiz hidangannya yang agak besar dan kelazatannya!
Alamat: 20, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm
Ingin menikmati pencuci mulut yang sedap-sedap sambil menghirup kopi yang enak? Apa kata anda singgah di Dotty’s Pastries & Coffee yang terletak di TTDI ini?
Kafe ini sememangnya terkenal dengan pencuci mulut dan makanan Barat. Pencuci mulut terlaris di sini ialah Salted Egg Cronut, anda wajib cuba!
Alamat: 37, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Nama kafe ini mungkin kelihatan seperti ianya menyediakan masakan Melayu, namun ianya tidak seperti yang anda sangka. Kafe Rimba & Rusa ini sebenarnya menyajikan makanan Barat!
Antara hidangan yang boleh didapati ialah Soft Shell Crab Burger, Salted Egg Tiger Prawn Spaghetti dan Aglio Olio. Dekorasi kafe yang cantik juga turut dipuji oleh ramai pelanggan.
Alamat: 66, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 6.30 pm – 1 am
Di Kampung Baru, ada satu restoran yang cukup terkenal dengan makanan Barat yang disajikan. Harga yang berpatutan juga merupakan antara tarikan utama restoran ini di samping aneka menu yang enak.
Antara hidangan yang boleh anda cuba di sini ialah Chicken Chop, Mix Grill, Meatball Pasta dan Chicken Bleu Pasta. Saiz hidangannya juga agak besar, jadi anda semestinya akan meninggalkan restoran ini dengan rasa kenyang dan puas hati.
Alamat: 153, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 8 am – 11 pm
Ada penggemar wafel di sini? Jika ada, anda wajib serbu kafe Chequers yang terletak di TTDI. Tarikan utama wafel di sini ialah ianya dibuat sendiri dan bahan-bahan yang digunakan juga segar-segar belaka!
Antara wafel yang digemari pengunjung di sini ialah Chicken & Waffles, dijamin sedap! Menu lain seperti hidangan pasta, snek, burger dan salad juga turut dihidangkan di sini. Cukup beraneka!
Alamat: 52-G, Danau Lumayan 1, Pusat Perniagaan Danau Lumayan Off Jalan Tasik Permaisuri 1, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 6 pm – 3 am
Restoran Western Ekspress ini sangat terkenal dengan murtabaknya yang dikatakan tebal dan sedap. Bukan sahaja murtabak, malah makanan Barat juga merupakan antara keistimewaan utama hidangan di sini.
Chicken Chop dan Fish & Chip yang dibakar merupakan antara menu yang wajib anda pesan. Sos lada hitam yang membanjiri Chicken Chop diakui sedap oleh ramai pelanggan, rugi tak cuba!
Alamat: Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Jalan Ara, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, (12 – 11 pm)
Satu lagi tempat makanan western di KL yang terkenal dengan pelbagai hidangan Barat ialah Station 21. Ianya terletak di Bangsar Baru dan sentiasa dibanjiri pelanggan terutamanya pada waktu malam.
Menurut pelanggan, steak mereka sangat sedap dan dikatakan setaraf dengan kualiti stik di hotel. Selain itu, pasta merupakan antara menu terlaris di sini. Harganya juga berpatutan, memang berbaloi dengan kualiti yang dijanjikan.
Alamat: 9, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, 50088 Kuala Lumpur,
Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 11 pm
Satu lagi tempat makanan western di KL yang menyajikan makanan Barat yang berbagai ialah BVLD House. Kafe moden ini menerapkan konsep elegan sebagai konsep dekornya.
Menu-menu yang boleh dicuba ialah Smoked Duck Salad, Truffle Mac & Cheese, dan Lobster Pasta. Pencuci mulut dan kopi juga turut disajikan di sini, rugi tak rasa!
Alamat: 23, 17, Jalan 3/27d, Seksyen 6 Wangsa Maju, 54200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 12 pm – 12 am
Kafe yang pada awalnya dikenali sebagai Jiran Cafe yang terletak di Wangsa Maju ini juga merupakan antara tempat makan western di KL yang wajib anda terjah.
Melihat namanya sahaja pasti anda sudah tahu yang makanan di sini berasaskan masakan Itali. Anda boleh cuba nasi goreng Itali, pasta, Chicken Parmigiana dan pizza. Dijamin enak!
Alamat: 289,, 279, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 4.30 pm – 12 am
Restoran Paksu Chicken Chop ini menyediakan makanan Barat. Semestinya Chicken Chop merupakan menu signature di restoran ini. Rangup dan lembut, ianya juga dibanjiri dengan sos lada hitam yang istimewa.
Selain Chicken Chop, anda juga boleh mencuba menu lain. Antaranya ialah Mushroom Soup, Lamb Chop dan Spaghetti Carbonara. Saiz hidangan juga agak besar, jadi kekenyangan pasti terjamin!
Alamat: Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (5 pm- 12 am)
Selain daripada servis, harga dan kualiti hidangan, semestinya dekorasi restoran merupakan antara daya tarikan sesebuah tempat makan. Suasana yang santai dan selesa pasti dipentingkan oleh pelanggan.
Untuk menikmati makanan Barat yang sedap dalam suasana santai, singgah sahaja di Tree Steak House Dato Keramat ini. Anda boleh cuba stik mereka yang cukup enak dimakan bersama brown sauce.
Alamat: 22, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 1 pm
Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke kafe Thursdvys ini, anda pasti akan menggemari suasana yang santai dan selesa kafe ini. Bolehlah disinggah oleh sesiapa yang ingin menyiapkan kerja sambil menikmati makanan Barat yang enak.
Menu yang disajikan di kafe Thursdvys ini ada banyak, namun menu sarapannya iaitu Baba’s Breakfast merupakan antara yang terlaris. Melihat gambar pun boleh bikin terliur!
Alamat: No. 37, 56, Jalan 1/27d, Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 pm – 12 am
Nama pun overloaded, semestinya makanan Barat di sini ada beraneka! Memang rugi jika anda pencinta makanan Barat namun tidak singgah di Overloaded Western KL ini.
Restoran ini menyajikan makanan Barat, dan hidangan terlaris kebanyakannya berasaskan pasta. Anda boleh cuba Beef Pasta, Chicken Bleu Pasta, Lamb Pasta, Meatball Pasta dan Mixx Grill Pasta.
Alamat: 26, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Taman Tun Dr. Ismail
Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam
Bagi yang menyukai kafe yang berkonsepkan minimalis, anda wajib singgah di kafe Pickle & Fig ini yang terletak di TTDI ini. Interior kafe yang cantik memang memainkan peranan yang penting dalam menaikkan mood mana-mana pelanggan.
Antara menu kegemaran ramai di kafe ini ialah Beef Panini. Jika anda menggemari keju, anda pasti akan menggemari menu ini kerana limpahan kejunya memang mengasyikkan!
Alamat: C-16 Medan Selera Bdr Sri Permaisuri, Jalan Sri Permaisuri 6, Cheras, 56000 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5 pm – 1 am
Kebanyakan restoran cuma menyajikan beberapa jenis sahaja menu, namun berlainan dengan Soru Station yang terletak di Cheras ini. Restoran ini menyediakan aneka jenis menu makanan Barat yang sedap-sedap belaka.
Antara menu yang boleh dicuba ialah Chicken Parmigiana, Chicken Cordon Bleu, Lamb Grill dan Charcoal Grilled Chicken. menu platter juga merupakan antara yang wajib anda pesan, saiz hidangannya memang besar!
Alamat: No.32 – GF, Jalan 1/27F, Pusat Bandar, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, hari minggu (11 am – 2 pm, 5 pm – 11 pm) manakala hujung minggu (1 pm – 11 pm)
Jika anda mengenali Chef Zam, anda pasti tahu yang beliau merupakan seorang chef yang terkenal dengan kepakarannya dalam bidang masakan. Steakhouse ini dimiliki oleh Chef Zam, rugi jika anda tak singgah!
Semestinya aneka jenis stik yang ditawarkan di Spoon Steakhouse ini berkualiti tinggi. Harganya pula sangat berpatutan di samping layanan mesra pekerja dan pemiliknya.
Alamat: 23, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 1 am manakala Ahad 9 am – 1 am
Kaffe Cafe ini bukan sahaja merupakan tempat makanan western di KL yang terkenal, ianya juga merupakan antara kafe yang popular dengan kopi yang berbagai jenis.
Menghidangkan pelbagai jenis kopi seperti Espresso, Americano, Latte, Mocha dan Capuccino, kopi di sini dijamin berkualiti! Menu sarapan di sini seperti menu All Day Big Breakfast merupakan antara menu yang laku keras.
Alamat: Level 5, Menara Shell, 211, Jalan Tun Sambantham
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.30 am – 4.30 pm) manakala Selasa – Sabtu (6.30 pm – 10 pm)
Restoran yang menghidangkan masakan Eropah dengan pengaruh Mediterranean. Restoran yang terletak di Menara Shell ini mempunyai gaya mewah yang seiring dengan persembahan hidangannya.
Hampir semua hidangannya mendapat pujian daripada pelanggan dan kebanyakan menunya boleh dikatakan ringkas namun cantik. Antara yang boleh anda cuba ialah Shakshuka, Roast Beef, Suquet de Prix dan Seabass Spaghettini Arrabiata.
Alamat: 9, Jalan Desa Jaya, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 6 pm
Kafe ini dibuka seawal jam 7 pagi lagi, jadi mudahlah bagi anda yang ingin bersarapan pada waktu tersebut. Singgah sahaja di sini jika tidak sempat menyiapkan sarapan sendiri!
Anda boleh cuba makanan Barat seperti Chicken Quesadilla, American Breakfast (7 pagi – 11 pagi sahaja), Homemade Beef Burger dan Spaghetti Carbonara. Saiz hidangannya juga besar,memang berbaloi.
Bagaimana? Sudah jumpa tempat makanan western di KL yang anda ingin singgah? Atau anda mula rasa rambang mata dan ingin singgah di kesemuanya?
Jangan gelojoh, singgah sahaja satu persatu jika berkesempatan. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!