Ada di kalangan pembaca di sini yang menetap di Serdang? Serdang merupakan salah satu daerah di negeri Selangor yang agak popular.
Jika anda pernah terdengar tentang salah satu universiti terkemuka di negara iaitu Universiti Putra Malaysia UPM), ianya terletak di Serdang. Kami yakin pasti ada di kalangan pembaca di sini pelajar UPM, bukan?
Anda masih tercari-cari tempat makan apa yang boleh anda kunjungi sekitar Serdang? Kami ada senarainya, jangan risau! Senarai ini tidak mengikut ‘ranking’, jadi teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Alamat: 15 – 1, Jalan SP 2/8, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Anda teringin untuk mencuba masakan Timur Tengah? Restoran Half Moon ini wajib anda singgah! Restoran ini sememangnya cukup terkenal dengan aneka jenis menu Timur Tengah yang asli dan enak.
Antara menu yang kami cadangkan untuk anda cuba ialah Chicken Royale, Lamb Royale,Lamb & Hummus & Rice dan Mixed Grill. Saiz hidangannya memang besar, berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Alamat: Jalan Raya 2, Serdang Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Makanan Thai memang dekat dengan hati orang kita. Tidak hairanlah negara kita memang penuh dengan restoran yang menyediakan masakan Thai. Di Serdang, Singgah D’Klasik merupakan antara restoran yang menghidangkan aneka jenis makanan Thai dan Barat yang cukup terkenal.
Antara menu yang laku keras di sini ialah Nasi Goreng Tomyam, Chicken Chop, Kuey Teow Ladna, Sotong Goreng Tepung dan Tomyam. Minuman juga ada berbagai jenis. Air Tembikai Laici merupakan antara minuman yang cukup digemari ramai pelanggan di sini.
Alamat: No. 218, Jalan 18/23, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Restoran ini cukup sesuai untuk anda singgah untuk bersarapan. Ada pelbagai jenis menu yang disediakan, dari makanan mamak ke makanan tempatan, semuanya ada.
Menu-menu yang menjadi kegemaran ramai ialah nasi lemak, nasi ayam, roti naan, laksa Penang dan nasi beriani. Selain itu, sate juga turut disediakan, cukup beraneka!
Alamat: Jalan SR 8/4, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Ayam kampung pasti merupakan antara makanan kegemaran anda, terutamanya jika anda mementingkan diet yang sihat. Jika anda teringin mencuba ayam kampung yang terbaik, singgah sahaja di Restoran Mat Ayam Kampung.
Rata-rata pelanggan di sini memuji isi ayam kampung yang segar dan tidak terlampau liat. Saiznya juga tidak terlalu kecil. Selain ayam kampung, masakan kampung lain juga turut disediakan. Cukup enak jika dimakan bersama nasi campur dan ulam-ulaman!
Alamat: 3365, Jalan 18/31, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Mengidamkan sate? Terletak di Cafe Laziez, Sate 7 Pagi ini merupakan antara restoran yang agak terkenal dengan satenya. Ada berbagai jenis sate di sini, antaranya ialah sate daging, sate ayam,
Selain sate, mi rebus, lontong, nasi lemak dan nasi beriani juga turut dihidangkan di sini. Bolehlah anda jadikan sate sebagai menu sampingan sambil anda menikmati menu-menu ini.
Alamat:Jln LP 7/2, Lestari Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Ingin menukar selera ke arah makanan Indonesia? Singgah saja di restoran Tempat Makan Lesehan. Buat pengetahuan anda, ‘lesehan’ bermaksud bersila, jadi kebanyakan pelanggan di sini memang makan sambil bersila. Cukup santai!
Anda sukakan makanan pedas? Katanya di sini ada menyediakan 22 jenis sambal! Antara menu yang wajib anda cuba ialah Nasi Bergaduh, Nasi Goreng Gila, Tilapia Goreng dan Gado-gado. Unik juga nama kebanyakan menu di sini!
Alamat: Jln BPP 5/7, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Makanan tempatan seperti hidangan nasi, mi dan sup memang dekat di hati orang kita dan kena dengan citarasa masing-masing. Jika anda ingin mencuba makanan tempatan yang berbagai dan sedap, Restoran Sajian Sedap wajib anda serbu!
Seperti namanya, menu-menu di sini sedap-sedap belaka. Ada ayam penyet, sup gearbox, ikan bakar, roti canai, sate, nasi ayam dan banyak lagi. Jika anda rambang mata untuk memilih menunya, itu memang perkara biasa.
Alamat: 23, Jalan Atmosphere 3, Pusat Perniagaan The Atmosphere, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Restoran ini menghidangkan makanan negeri Pantai Timur. Kami yakin pasti anda menyukai makanan negeri Kelantan dan Terengganu seperti nasi kerabu dan nasi dagang, bukan? Selain itu, mereka juga ada menyediakan berbagai jenis singgang.
Antara singgang yang boleh anda cuba ialah singgang ikan tongkol, singgang ikan kembong, singgang sotong, singgang udang dan banyak lagi. Jika dimakan bersama nasi putih panas dan ulam-ulaman, pasti berganda keenakannya!
Alamat: 2, Jalan Bpp 8/3, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Restoran ini ada menghidangkan berbagai jenis menu, dari makanan Thai, Barat ke makanan tempatan. Restoran yang dibuka 24 jam ini memang sentiasa menjadi pilihan ramai untuk bersantai bersama keluarga atau melepak bersama rakan-rakan.
Ada set nasi, mi, bihun, makanan Barat dan set sarapan. Yang selalu menjadi pilihan ramai ialah nasi ayam, pulut kuning dan roti canai. Memang enak jika dimakan bersama teh tarik mereka yang agak laku di sini!
Alamat: 19, Jalan Desa Serdang 1, Desa Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Sukakan makanan laut? Inilah restoran yang patut anda terjah untuk mencuba pelbagai jenis makanan laut yang pasti cocok dengan citarasa anda – Restoran Utama Seafood.
Antara menu yang anda boleh cuba di sini ialah Kerapu Radprik, Siakap Kukus, Bawal Masam Manis, Udang Petai dan Sotong Goreng Tepung. Jika dimakan beramai-ramai baik bersama keluarga mahupun sahabat handai, pasti meriah!
Alamat: No.22A-1, Jalan 18/33, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Restoran ini selalu menjadi tumpuan ramai semasa waktu sarapan pagi dan makan tengahari. Menghidangkan aneka jenis menu tempatan dan beberapa menu Barat, restoran ini juga mempunyai suasana yang santai dan nyaman.
Antara menu yang kerap dipesan oleh pelanggan di sini ialah sandwich, bihun goreng dan nasi lemak. Minuman yang menjadi kegemaran ramai ialah Kopi Hailam. Untuk makanan Barat pula, kami cadangkan agar anda cuba Chicken Chop mereka, memang sedap!
Teringin untuk mencuba berbagai jenis menu di medan selera? Medan Selera Taman Tasik Sri Serdang ini merupakan antara medan selera yang paling popular di Serdang.
Bukan sahaja menawarkan berbagai jenis hidangan yang enak, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Antara warung yang popular di sini ialah Warung AB yang menghidangkan pelbagai jenis masakan kampung yang berpatutan harganya, anda wajib cuba!
Alamat: 35, Jalan Desa Serdang 1, Taman Desa Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Satu lagi restoran mamak yang wajib anda singgah – Restoran Shaziz. Selalunya restoran mamak yang dibuka 24 jam ini dijadikan ‘port lepak’ bersama rakan-rakan, terutamanya pada waktu tengah malam.
Menu yang kerap dipesan di sini ialah semestinya megi goreng, makanan yang sentiasa menjadi pilihan ramai di restoran mamak. Selain itu, mereka juga ada menyajikan menu lain seperti roti canai, nasi briyani Bombay, rojak Singapura dan nasi lemak.
Alamat: 19-1, Jalan Bpp 5/1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Penggemar makanan Thai, anda wajib terjah restoran ini. Menghidangkan aneka jenis makanan Thai, restoran ini cukup terkenal dengan menu tomyamnya yang memang ‘kaw’!
Selain tomyam, menu lain yang boleh anda cuba ialah sotong goreng tepung, Sizzling Seafood dan siakap stim limau. Untuk minuman pula, kedondong asam boi pasti akan menjadi pilihan yang tepat untuk menyegarkan tekak.
Alamat: Jalan 6/10, Kawasan Perindustrian, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Tercari-cari ‘steakhouse’ mana yang patut disinggah? Singgah saja di Chop N Steak. Menghidangkan pelbagai jenis makanan Barat, restoran ini cukup terkenal dengan stiknya.
Antara menu yang patut anda cuba di sini ialah T-Bone Steak, Sirloin Steak, Lamb Chop, dan Chicken Chop. Selain itu, makanan Itali, burger, sandwich dan nasi juga boleh didapati di sini, memang berbagai!
Banyak juga tempat makan yang menarik dan murah sekitar Serdang ini, bukan? Harga murah yang ditawarkan pasti akan memudahkan anda, terutamanya jika anda masih di kalangan pelajar.
Kami galakkan agar anda datang awal ke tempat-tempat makan ini kerana dikhuatiri tempat parkir dan ruang dalam restoran penuh. Biar sempit dengan ruang, jangan sempit dengan peluang. Selamat menjamu selera ya!