Tarikh ulang tahun perkahwinan semakin dekat, tapi anda masih tidak ada idea nak raikannya. Apa kata kalau anda cuba candle light dinner di restoren yang romantik sekitar Kuala Lumpur.

Sambil-sambil dapat makanan sedap dan mewah, suasana romantik di restoren juga boleh berikan anda dan pasangan suatu kelainan daripada rutin harian yang biasa.

Kalau ada bajet lebih, boleh la buat surprise kepada pasangan. Masukkan cincin dalam kek ke. Beri hadiah bunga atau coklat. Selalu tengok scene romantik di restoren mewah di dalam drama/filem sahaja, apa kata, anda dan pasangan pula alaminya sendiri sempena ulang tahun perkahwinan tahun ini.

 

#1 Subak

Subak

Imej via foursquare

Ia dikelilingi pepohon hijau hutan dara Bukit Lanjan dengan hiasan gaya Bali. Jauh dari kesibukan, Subak dihiasi dengan bunyi alam seperti cengkerik dan air yang mengalir, bersama-sama suram cahaya lilin. Ini betul-betul mendamaikan, sesuai untuk pasangan yang bercinta.

Menu mereka terdiri daripada Asia. Menu Barat terdiri daripada aneka stik, pasta, burger dan pai, manakala menu Asia terdiri daripada aneka mi, nasi dan sup. Subak turut mengesyorkan beberapa hidangan seperti Subak Rendang Bebek, T-Bone Steak, Norwegian Grilled Salmon, NZ Lamb Shank, dan Grilled Seabass.

 

Alamat: Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari termasuk cuti umum (11am – 11pm)

#2 Gobo Upstairs Lounge & Grill

Gobo Upstairs Lounge & Grill

Imej via foursquare

Ia terkenal kerana dari cermin tingkapnya anda akan nampak bangunan KLCC dan bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur. Hiasan dalamannya yang bergaya kontemporari pula sering tampak seksi dan dianggap sebegitu bagi ramai pengunjungnya.

Gobo Upstairs Lounge & Grill memiliki antara stik terbaik di Kuala Lumpur. Layanan mesra yang membuatkan anda berasa istimewa diberikan kepada pelanggan sedari kaki melangkah masuk ke dalam restoran.

 

Alamat: Traders Hotel, Kuala Lumpur (Kuala Lumpur City Centre)

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (1130am – 230pm, 630pm – 1030pm)

 

#3 Villa Danieli

Villa Danieli

Imej via foursquare

Mahukah anda suasana romantik di kediaman kotej Itali di desa? Begitulah keadaan Villa Danieli yang membuatkan para pengunjungnya berasa lebih selesa. Villa Danieli merupakan restoran masakan Itali yang pernah memenangi banyak anugerah berprestij termasuk Best Dining Experience.

Sejurus tiba di sini, anda pasti akan suka dengan bau roti dan pizza yang dibakar.  Hidangannya dimasak oleh chef berpengalaman dari Itali. Jadi anda dapat merasa air tangan dari orang Itali sejati. Lebih menyeronokkan adalah anda dapat melihat chef anda beraksi menyediakan hidangan anda kerana mereka mempunyai ruang dapur yang terbuka.

 

Alamat: Sheraton Imperial Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Makan Tengah Hari – 12pm – 230pm (Selasa – Sabtu & Cuti) | Makan Malam – 630pm – 10pm (Selasa – Ahad) | Mamma Mia Italian Brunch – 11am – 3pm (Ahad)

 

#4 Bora Ombak Café & Restaurant

Bora Ombak Café & Restaurant

Imej via foursquare

Bora Ombak umpama majlis perkahwinan dalam taman pada waktu malam. Ia bersinar dengan lampu yang bergantungan dari langsir-langsirnya. Kedatangan anda disambut dengan paluan gong seperti tibanya insan istimewa atau mungkin juga raja sehari. Anda kemudian dihidangkan dengan masakan barat di atas meja makan yang berhias bunga-bungaan segar.

Anda menjamu selera dalam cahaya lilin serta muzik yang menjadi latar belakang suasana romantik itu. Ia pengalaman indah buat pasangan yang berkasih.

 

Alamat: G1, Persiaran Mamanda 1, Ampang Point, 43000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5pm – 12am)

 

#5 Tamarind Springs Kuala Lumpur

Tamarind Springs Kuala Lumpur

Imej via foursquare

Tamarind dihias umpama kediaman tradisional dengan lukisan-lukisan tradisional dan ukiran patung di laman hijau yang amat mendamaikan. Jiwa anda terus didamaikan dengan bunyian burung dan air terjun serta desiran dedaun yang ditiup angin. Bila hari semakin gelap, lentera di sepanjang laluan pejalan kaki pun mula bercahaya.

Ini menjadikan Tamarind Springs antara restoran paling romantik untuk anda kunjungi bersama-sama insan tersayang. Sebagaimana konsep dekorasinya, masakan IndoChinanya juga tampak begitu anggun dalam sifat klasiknya.

 

Alamat: Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak, 68000 Ampang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (12pm – 3pm, 6pm – 12am) | Isnin (6pm – 12am)

 

#6 Thirty8 Restaurant

Thirty8 Restaurant

Imej via foursquare

Ini adalah satu lagi restoran yang menjadikan Menara Kembar KLCC dan pemandangan bangunan-bangunan di sekitarnya sebagai tarikan. Ia sesuai dengan hiasan dalamannya yang bersifat moden – kemas dan ringkas.

Ternyata tumpuan utama mereka adalah pada hidangan. Thirty8 menjanjikan hidangan bertaraf lima bintang daripada banyak jenis makanan yang ditawarkan di situ. Masakan yang dihidangkan adalah gabungan Barat, Cina, dan Jepun.

 

Alamat: Level 38, Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (6am – 11pm)

 

#7 Nobu KL

Nobu KL

Imej via foursquare

Jika kebanyakan restoran mewah dan romantik menggunakan Menara Berkembar Petronas sebagai pemandangan restoran, Nobu pula terletak di tingkat 56 dari Menara Petronas 3.

Ini menjadikannya sebuah restoran dengan pemandangan hebat. Hiasan dalaman Nobu dipenuhi kayu dalam gaya kontemporari. Nobu berbangga dengan hidangan gabungan Jepun, Peruvian dan Amerika Selatan. Semua makanan dihidangkan dengan penuh anggun. Nobu turut memiliki cawangan di Melbourne selain tempat asalnya di Jepun.

 

Alamat: Level 56, Menara 3 Petronas, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (6pm – 11pm)

 

#8 The 39 Restaurant

The 39 Restaurant

Imej via integratedinfo

Masakan Melayu klasik tidak nampak mewah di Malaysia. Tetapi sebaliknya berlaku di The 39 Restaurant yang meletakkan masakan klasik Melayu pada satu tahap keanggunan yang tinggi.

Bayangkan konsep Nobu yang menghidangkan makanan Jepun dalam suasana kontemporari tetapi kini cuba tukarkan ia dengan masakan Melayu. Itulah yang menjadi inspirasi kepada Chef Ashar Daud untuk The 39. Pemandangan makan di ruang terbuka dari tingkat ke 39 PNB Darby Park memang romantik. Dari ruang terbuka itu, anda akan melihat Menara Berkembas Petronas dan Menara Kuala Lumpur.

 

Alamat: PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (1230pm – 3pm, 7pm – 11pm)

 

#9 Ciao Ristorante

Ciao Ristorante

Imej via foursquare

Ciao Ristorante menyerupai kediaman desa Venice dengan pemandangan taman dan tasik. Lokasi yang penuh kehijauan menjadikannya amat sesuai untuk majlis-majlis istimewa. Restoran masakan Itali asli yang tertua di Kuala Lumpur ini mempunyai ruang-ruang berbeza dengan pemandangan yang berbeza.

 

Alamat: 20A, Jalan Kampung Pandan, Kelab Golf Diraja Selangor, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (12pm – 230pm, 6pm – 1030pm) | Sabtu – Ahad (6pm – 1030pm)

 

#10 Café Café

Café Café

Imej via foursquare

Pengalaman mengembara dan tinggal di luar negara telah memberi ilham kepada dua orang rakan untuk membuka sebuah restoran masakan Perancis. Hitam dan putih bergabung dengan sinaran kuning cahaya candelier dan kerlipan kristal.

Café Café sememangnya nampak anggun dan romantik. Ia seolah-olah membawa anda ke Paris. Dikhabarkan yang model terkenal, Amber Chia, turut jatuh cinta kepada restoran ini.

 

Alamat: 175, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (6pm – 12am)

 

Kesimpulan

Anda suka kedai makan yang mana? Atau anda ada cadangan tambahan lain? Jangan lupa untuk memberi cadangan tempat makan romantik di Kuala Lumpur yang lain untuk kami masukkan dalam senarai ini.

Oh, yang penting jangan lupa share artikel ini ya.

Selain tempat makan romantik di KL, kami juga mempunyai artikel tempat makan menarik yang lain untuk anda baca.

Penulis: anis

Seorang yang simple. Suka mencuba dan mencari tempat makan yang menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.