Melaka sememangnya terkenal dengan tempat perlancongan untuk rakyat Malaysia dan juga luar negara. Sesiapa yang pergi ke Melaka, rasanya tidak sempurna perjalanan atau percutian itu jika tidak singgah sekejap untuk menikmati makanan laut.

Contoh makanan yang sering dikaitkan dengan Melaka adalah asam pedas Melaka ataupun ikan bakar. Ikan bakar merupakan salah satu daripada perkara menarik di Melaka.

Mencari port ikan bakar di Melaka yang sedap? Jangan risau, kami ada sediakan senarainya buat anda. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Ikan Bakar Parameswara

Alamat: Ikan Bakar Parameswara, Jalan Medan Ikan Bakar Umbai, Pernu Pengkalan, 75460 Ayer Molek, 75460, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (5 pm – 12 am)

Tempat makan ini dikenali sebagai tempat Ikan Bakar Umbai Melaka ataupun sebagai Ikan Bakar Parameswara. Ianya juga dikenali sebagai Medan Ikan Bakar Pernu Umbai Merlimau Melaka kerana lokasi yang terletak di Merlimau.

ikan bakar parameswara melaka
Imej via Foursquare
ikan bakar parameswara melaka
Imej via Foursquare

Apa yang membezakan medan ikan bakar ini terletak pada cara membakar dan sos/sambal yang disediakan. Ramai memuji kepelbagaian makanan lauk dan kesegaran ikan bakarnya. Aromanya sahaja memang cukup memikat!

Di sini sama juga seperti medan ikan bakar yang lain. Hanya perlu datang ke kaunter, pilih ikan yang berkenan dan timbang. Kemudian pilih sahaja masakan yang berkenan pada hati.

Antara lauk yang boleh dipesan ialah ikan bakar, sotong goreng tepung dan udang bakar. Jangan lupa pesan sayur campur bersama, pasti menyelerakan dan mengenyangkan!

Deli Muara Ikan Bakar

Alamat: Restoran Deli Muara Ikan Bakar KM10, Muara Sungai Punggor, 75460, Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, (5.30 pm – 12.00 am)

Satu lagi restoran ikan bakar yang wajib anda kunjungi ialah restoran Deli Muara Ikan Bakar. Ada pelbagai jenis makanan laut dan ikan yang boleh didapati di sini.

deli muara ikan bakar
Imej via Foursquare

Untuk ikan, ada ikan pari, siakap, jenahak, kerapu, terubok, kembung dan cencaru. Untuk makanan laut pula, ada sotong, udang, lala, kerang, ketam dan banyak lagi!

Cara masakan juga boleh anda pilih, memang terbaik! Sementara menunggu makanan untuk disiapkan, boleh juga anda cuba nasi lemak mereka yang disukai ramai!

Dapoq Ijan Terbakaq

Alamat: 403-1, Jalan Datuk Palembang, Kampung Paya Ikan, 75150 Melaka

Waktu operasi: Khamis-Selasa (6.00 pm-1.00 am)

Ada ke set ikan bakar yang murah di Melaka? Kebanyakannya mesti mahal dan harganya hampir RM 100. Namun di Dapoq Ijan Terbakaq, anda dapat menikmati set ikan bakar serendah RM 45 sahaja!

Pelbagai jenis ikan bakar yang ada. Sebut sahaja apa yang anda mahu. Semua tersedia dengan segar.

Selain ikan bakar, anda perlu cuba kerang bakar. Kerang juga dibakar bersama sambal istimewa. Dicicah bersama air asam paling letopss, pasti membuatkan anda menjilat jari!

Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung 

Alamat: Ikan Bakar, Muara Sg Duyung, KM4, Jalan Padang Temu, 75050 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (4.00 pm- 12.00 am)

Tempat ini tidak perlu diperkenalkan kepada penggemar ikan bakar. Kedai makan ini sememangnya terkenal dan dikatakan terbaik dan tersohor di Melaka.

ikan bakar melaka
Imej via Foursquare
lauk ikan bakar melaka
Imej via Foursquare

Pelbagai menu seafood anda boleh pilih di sini. Antaranya seperti ikan siakap, ikan jenahak, kupang, sotong dan kepah. Sotong goreng tepungnya dan juga udang masak mentega pasti mengliurkan tekak anda.

Di sini ikan dan menu lautnya segar.  Mungkin kerana lokasi kedai ini yang terletak berdekatan dengan jeti. Jadi sudah semestinya stok ikan segar sentiasa sahaja ada.

Harga juga dikatakan berpatutan dengan masakan dan ikan yang diterima. Sebab itulah mungkin tempat ini semakin dikenali ramai. Servis juga dikatakan cepat dan memuaskan hati.

Alaa Kassim Lagenda

Alamat: 100, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-12.00 pm)

Ikan bakar Alaa Kassim memang terkenal di kalangan penduduk setempat. Tak ramai orang luar yang tahu keenakan ikan bakar di sini. Restoran ini mula dibuka sejak 2001. Sehingga kini, ianya makin terkenal dengan pelbagai menu enak.

Imej via Alaa Kassim Lagenda

Terletak di Taman Lagenda, jangan lupa pesan asam pedas, siakap stim lemon dan udang buttermilk nestum untuk dimakan bersama nasi putih dan ikan bakar. Menu-menu ini merupakan menu terlaris di sini. Dengar cerita, nasi lemak pun sedap.

Ikan Bakar Nasir dan Sharifah

Alamat: Nasir Sharifah, Gerai, No 2, Jln Medan Ikan Bakar, 77300 Merlimau, Melaka

Waktu operasi: Jumaat – Rabu (5.30 pm-11.30 pm)

Kedai ikan bakar yang terletak di Serkam ini telah beroperasi lebih 30 tahun. Pilihan ikan dan makanan laut yang lain boleh anda pilih sendiri sebelum dimasak. Pilih sahaja mengikut saiz yang anda inginkan.

Uniknya di sini, aneka masakan bakar dimakan bersama nasi lemak bungkus. Nasi lemak yang penuh dengan aroma daun pisang dan rasanya memang berlemak.

Untuk pilihan ikan bakar, anda perlu cuba ikan bakar serkot kerana isinya sangat sedap! Sotong goreng tepung dan siakap tiga rasa juga antara yang mendapat permintaan yang banyak.

Mukmin Ikan Bakar Alai Crystal Bay, Melaka

Alamat: Mukmin Ikan Bakar Alai Jalan Alai Perdana 8 Melaka, 75460 Alai, Melaka

Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm – 11.30 pm)

Medan ikan bakar yang dikenali sebagai Ikan Bakar Alai ataupun Ikan Bakar Crystal Bay ini juga sering menjadi tumpuan ramai. Ianya terletak di Crystal Bay, Alai, Melaka.

Ada pelbagai gerai di sini yang menjadi pilihan yang boleh anda cuba. Gerai no. 3 merupakan antara gerai yang menjadi sebutan ramai pelanggan.

medan ikan bakar alai melaka
Imej via Foursquare

Menu yang dicadangkan ialah sotong goreng tepung, ketam blackpepper dan semestinya ikan bakar. Ramai pelanggan memuji kesegaran dan keenakkan lauknya. Anda wajib cuba!

Ikan Bakar D’Warung Nani

Alamat: Jalan Pantai Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Waktu operasi: Khamis-Selasa (4.00 pm-11.00 pm)

Jika anda ingin makan ikan bakar di Pengkalan Balak, jom singgah di Ikan Bakar D’Warung Nani. Nak makan ikan bakar dengan suasana yang berbeza? Anda pasti puas berada di sini memandangkan kedai ini berada di tepi pantai. Sambil makan ditiup angin pantai yang menyegarkan.

Walaupun sering dipenuhi pengunjung, anda tak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan yang dipesan. Ikan bakar memang sedap, aroma yang membuat ramai terliur. Gabungan rempah pada ikan dan dicicah bersama sambal kicap membuatkan ramai yang bertambah.

Medan Ikan Bakar Serkam

Alamat: Jln Medan Ikan Bakar, 77300 Merlimau, Melaka

Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-12.00 am)

Lokasi ini terletak sedikit jauh daripada bandar Melaka jika dibandingkan tempat ikan bakar Melaka yang lain kerana ianya berdekatan dengan Muar. Alang-alang singgah di Muar, jangan lupa datang ke sini.

Konsepnya juga hampir sama sahaja dengan medan ikan bakar yang lain yang biasanya terletak berdekatan dengan jeti. Antara restoran ikan bakar yang terkenal di sini ialah Mohd Nasir & Sharifah.

ikan bakar serkam
Imej via Foursquare

Ramai pelanggan menggemari restoran tersebut kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan kualiti makanan laut yang terbaik. Memang rugi kalau tak singgah!

Seri Muara Alai Hj.Nasir Ikan Bakar

Alamat: 8, Jalan Km 2, 75460 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 pm – 12.00 am)

Kebanyakan tempat makan yang kami senaraikan ini merupakan medan selera. Kalau anda jenis yang rambang mata dan mahu mencuba restoran biasa, anda juga boleh singgah di restoran Seri Muara Alai Hj.Nasir Ikan Bakar.

Jika anda baca ulasan pelanggan tentang restoran ini di Internet, ramai memuji harga makanan laut yang ditawarkan kerana ianya sangat murah dan berpatutan.

ikan bakar
Imej via Foursquare

Walaupun harganya murah, kualiti dan kesegarannya masih terjaga. Cara masakan juga boleh dipilih, anda boleh cuba sambal udang, sotong goreng tepung dan semestinya ikan bakar.

Ikan Bakar Segar Hj Musa / Pak Tam

Alamat: Ikan Bakar Segar Hj Musa-Pak Tam Kg Kandang, Jalan Semabok Batu 3¾, 5, Kampung Ujong, 75050 Malacca

Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-12.00 am)

Masuk sahaja perkarangan kedai ini, pasti anda terpegun akan keluasan tempatnya. Bukan sahaja luas, kedai juga bersih dan teratur. Sesuai jika anda mencari tempat makan yang tidak sesak dan makan bersama kelompok yang ramai.

Feedback rata-rata memuji keenakan masakan di sini. Selain ikan bakar, ketam masak cili, sotong celup tepung dan udang nestum antara yang terbaik. Sepahat cili padi dan kepang sambal juga berbaloi untuk dicuba. Harga juga berbaloi dengan kuantiti dan rasa hidangan.

Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai Baru

Alamat: Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Baru,, 77300 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari (4.00 pm-12.30)

Teringin untuk menikmati ikan bakar di perkampungan nelayan yang menyamankan? Singgah sahaja di restoran Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai Baru ini. Ya, restorannya memang terapung!

Kalau dah terletak di perkampungan nelayan, semestinya kesegaran makanan laut di restoran ini tidak dinafikan lagi. Buktinya, anda tidak akan terbau bau yang hanyir jika singgah di sini.

medan ikan bakar terapung
Imej via Foursquare

Antara makanan laut yang boleh didapati ialah sotong, lala, udang, ketam, kerang dan berbagai jenis ikan. Pilih sahaja cara masakan yang anda berkenan, dijamin sedap!

Hub Nelayan Medan Ikan Bakar Segar Hj. Musa

Alamat: Kompleks Nelayan Sungai Duyong, 75050 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm – 12.30 am)

Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke restoran ini, kami yakin anda pasti akan rambang mata dengan aneka jenis makanan laut yang disediakan. Memang berbagai!

makanan laut
Imej via Foursquare

Cara masakan juga boleh anda pilih. Antara menu yang popular ialah kupang goreng cili, sotong goreng tepung, kerang bakar dan ikan bakar. Sambil menunggu makanan untuk sampai, cubalah otak-otak, sata atau nasi lemak di sini.

medan ikan bakar haji musa
Imej via Foursquare

Ikan bakar di restoran ini sangat dipuji. Isinya lembut dan juicy. Jika dimakan bersama nasi putih panas dan sambal kicap yang pedas, memang padu!

Restoran Ikan Bakar Malim

Alamat: Jalan TU 40, Ayer Keroh, 75350 Ayer Keroh, Melaka

Waktu operasi: Sabtu-Khamis (8.00 am – 4.30 pm)

Tempat makan yang kami senaraikan ini kebanyakannya dibuka seawal 5 petang sahaja. Jika anda ingin menikmati ikan bakar untuk makanan tengah hari, lekaslah terjah restoran ini – Restoran ikan Bakar Malim!

ikan bakar malim
Imej via Foursquare

Ikan bakar di sini memang mendapat pujian ramai. Aromanya juga sangat harum, boleh bikin sesiapa sahaja kecur air liur! Kesegaran ikannya juga memang terjamin, jadi kualitinya terbaik!

Antara jenis ikan yang kerap dipesan ialah pari dan siakap. Jika dimakan begitu sahaja pun sudah enak, inikan pula dimakan bersama sambal kicapnya.

Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai

Alamat: Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai, Kampung Kuala Linggi, Melaka

Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm – 12.00 am)

Satu lagi restoran ikan bakar terapung yang boleh anda kunjungi ialah Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai. Dekorasi restoran yang santai dan cantik memang menarik perhatian ramai pengunjungnya.

restoran ikan bakar terapung
Imej via Foursquare

Antara menu yang terlaris di sini ialah udang telur masin, sotong telur masin dan ikan bakar. Sambil anda menikmati makanan laut yang sedap, anda juga boleh menghayati pemandangan laut yang menenangkan. Terbaik!

Kesimpulan

Anda pasti rambang mata dengan senarai tempat makan ikan bakar yang kami sediakan ini, bukan? Jangan lupa singgah jika berpeluang, pasti anda akan berpuas hati!

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya kepada kenalan atau jadikan simpanan masa hadapan. Anda juga digalakkan untuk datang pada waktu yang sesuai agar tidak berebut ruang parkir di kemudian hari.

Selamat mencuba dan jangan lupa dan kongsikan pengalaman anda di bawah.

Artikel Menarik Lain:

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.