Mencari tempat makan di Gelang Patah?
Gelang Patah merupakan sebuah pekan yang terletak di ibu neger Johor iaitu Johor Bahru. Pekan ini terkenal dengan restoran makanan laut yang banyak, satu bonus buat pencinta makanan laut.
Masih tidak tahu tempat makan di Gelang Patah yang ingin dituju? Berikut kami senaraikan 10 tempat makan di Gelang Patah untuk anda. Teruskan membaca!
Alamat: Sungai, Pendas, Malaysia, 81550 Gelang Patah, Johor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Sabtu – Rabu (1 – 11 pm), Khamis (1 pm – 12 am), Jumaat ( 3 – 11 pm)
Di Pendas, Restoran Terapung Pendas ini boleh dikatakan cukup popular dengan makanan laut yang segar-segar. Tidak hairanlah restoran ini kerap dikunjungi orang ramai.
Antara jenis makanan laut yang dihidangkan termasuklah udang, aneka jenis ikan, sotong dan ketam. Anda boleh cuba menu seperti udang butter, siakap masam manis dan ikan bakar sambal.
Alamat: Gelang Patah, Johor, Malaysia, 39, 01, Jalan Nusaria 11/1, Taman Nusantara, 79200 Nusajaya
Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 12 am
Nasi lemak merupakan hidangan kegemaran orang kita yang tidak mengira bangsa. Ianya merupakan menu sarapan dan makan malam yang sangat menyelerakan dan mengenyangkan.
Untuk mencuba nasi lemak yang merupakan antara tersedap di Gelang Patah, singgahlah di restoran Nasi Lemak Secret Bonda. Yang menarik, nasi lemak di sini disajikan bersama udang, memang lazat!
Alamat: 19, Medan Nusa Perintis 4, Taman Nusa Perintis 2, 81550 Gelang Patah, Johor
Waktu operasi: Hari minggu, 11 am – 4 pm
Ada penggemar nasi kukus ayam dara goreng berempah di sini? Jika anda berada sekitar Gelang Patah, restoran Nasi Kukus Ayam Dara Gelang Patah ini wajib anda terjah.
Nasi kuksu di sini memang mendapat pujian ramai. Ayam segar yang digoreng rangup yang disajikan bersama nasi kukus panas-panas di samping kuah kari dan sambal yang sedap – gandingan yang mantap!
Alamat: Jalan Nusaria 1 J/2, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 8 pm
Jika anda sukakan nasi ayam dan berada sekitar Gelang Patah, anda wajib singgah di restoran Nasi Ayam Talip Gelang Patah yang terletak di Taman Nusantara ini.
Keistimewaan nasi ayam di sini terletak pada nasinya yang harum yang disajikan bersama ayam yang enak dan sambal yang pedas. Jika anda pencinta nasi ayam, anda pasti akan berpuas hati dengan kelazatannya!
Alamat: NO 34, Jalan Nusaria 11/4, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 10 am manakala Rabu (1 – 11 pm)
Restoran Lobstam ini merupakan antara restoran makanan laut yang popular di Gelang Patah. Dari namanya sahaja anda boleh teka yang lobstam merupakan gabungan nama lobster dan ketam, bukan?
Restoran ini menyajikan selera tempatan. Antara hidangan istimewa yang boleh dicuba ialah mi lobster, set ketam dan mi udang. Selain itu, mereka juga ada menyajikan hidangan shell-out, sangat menarik!
Alamat: 17 & 19, Jalan Nusaria 11/2, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Sabtu, 6.30 am – 5.30 pm
Ingin menikmati masakan kampung untuk makan tengah hari? Singgah sahaja di restoran Dapur Merah yang merupakan antara tempat makan di Gelang Patah yang menarik.
Untuk makan tengah hari, ada pelbagai jenis lauk-pauk, ulam-ulaman dan sayur-sayuran yang disajikan. Restoran ini juga ada menyajikan kuih-muih tradisional untuk sarapan. Kami yakin anda pasti akan rambang mata dengan aneka pilihan makanan di sini.
Alamat: NO. 10 & 12, Jln Nusaria 11, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 10.30 pm
Mahu menjamu selera di kafe yang santai dan selesa? Lekaslah lawati kafe Tea Garden yang terletak di Taman Nusantara ini. Kafe Tea Garden ada menyajikan hidangan Barat dan tempatan yang beraneka.
Menu-menu yang boleh dicuba termasuklah nasi lemak, tart Portugis, dim sum, rojak, mi kari, char kuey teow dan banyak lagi. Memang berbagai dan semuanya enak-enak belaka!
Alamat: No 58, Jalan Nusaria 11/4, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11.30 am – 9 pm manakala Sabtu (11.30 am – 10 pm)
Ada pembaca yang sukakan boat noodle di sini? Boat noodle merupakan hidangan konsep makanan jalanan Thai yang sangat popular di Malaysia. Di Gelang Patah, Restoran Teh O Ice 50 Cent & Boat Noodle ada menyajikan hidangan tersebut.
Menu yang wajib anda cuba di sini ialah Beef Boat Noodle. Selain itu, menu lain seperti Nasi Kerabu Phisek, pulut mangga, tomyam dan pencuci mulut Thai yang lain turut disajikan.
Alamat: Jalan Tanjung Kupang, Pekajang, 81550 Gelang Patah, Johor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7 am – 4.30 pm
Mi udang memang enak dinikmati semasa sarapan atau makan tengah hari, bukan? Untuk mencuba mi udang yang lazat, singgahlah di restoran Mee Udang Kg. Tiram Duku ini.
Rata-rata pelanggan memuji saiz udang yang besar di samping kesegarannya. Rasa mi udang di sini juga memang sedap dan secukup rasa. Selain mi udang, mereka juga ada menyajikan nasi goreng udang.
Alamat: No. 51, Jalan Gelang Emas 1, Taman Gelang Emas, 81550 Gelang Patah, Johor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 4 pm – 12 am
Satu lagi restoran makanan laut di Gelang Patah yang patut dikunjungi ialah Restoran Periuk Kampung. Restoran ini menyajikan hidangan tempatan dan Thai yang kena dengan citarasa ramai.
Antara menu yang popular di sini ialah siakap stim limau, siakap tiga rasa, sotong goreng tepung dan hidangan shell-out. Hidangan shell-out ini mempunyai makanan laut seperti ketam, kerang dan udang yang segar. Sangat sedap!
Sudah jumpa tempat makan di Gelang Patah yang ingin disinggah? Jika berpeluang, singgah sahaja di mana-mana tempat makan yang kena dengan citarasa anda.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!