Yong Peng merupakan sebuah pekan yang terdapat di daerah Batu Pahat. Jika anda berkunjung Yong Peng, jangan lupa singgah di beberapa restoran menarik, sedap dan semestinya best untuk dicuba.
Bawalah bersama keluarga tersayang untuk mencuba pelbagai hidangan di restoran yang disenaraikan ini. Selamat mencuba dan menjamu selera !
Nasi beriani asli Johor sememangnya sedap di sini. Paling terkenal adalah kari kambingnya yang memang tiada tandingan, cukup padu rasanya. Rasa sekali pasti nak lagi.
Bagi yang tidak menggemari kambing, anda boleh memesan nasi beriani ayam dengan harga RM 7.00 sahaja. Saiz hidangan pula agak besar dan semestinya perut anda gembira dapat diisi dengan nasi beriani yang sedap di sini.
Restoran ini terletak bersebalahan jalan raya, mudah untuk meletakkan kenderaan. Selesa dan teratur sahaja suasana di sini. Makanan
Alamat : Jalan Wangi 1, Taman Ria, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari kecuali Isnin tutup
Terletak berhampiran Masjid Jamek Yong Peng menjadi tarikan ramai serta memudahkan umat Islam menunaikan solat di masjid berhampiran. Bagaimana pula dengan makanan di sini ? Rata – rata menu di sini sedap – sedap semuanya.
Pada waktu pagi anda boleh menikmati nasi lemak ayam yang memang sedap, nasinya cukup lemak dan sambalnya juga secukup rasa. Ayam gorengnya yang digoreng rangup memang best. Lontong juga tidak ketinggalan begitu enak rasanya.
Jika berada di sini pada waktu tengahari, anda boleh mencuba nasi ayam dan nasi ayam penyetnya yang memukau. Tak rugi untuk anda cuba. Menu lain yang anda boleh cuba pula adalah seperti nasi goreng, mee bandung serta masakan panas lain.
Jangan lupa pesan ABC dan Cikong bagi menghilangkan dahaga di kala hari yang panas, pasti menyegarkan.
Alamat : Taman Selatan, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Restoran ini dibuka mulai jam 11.30 pagi menyediakan makan tengahari yang pelbagai. Antara menu wajib dicuba adalah menu asam pedas resepi Johor yang sememangnya berbeza dari asam pedas Melaka. Asam pedasnya terdiri dari asam pedas pari, selar dan kembung.
Menu lain di waktu tengahari adalah kari daging, daging kicap, sambal sotong, kari ayam, ikan, ayam masak lemak cili, sambal sardin, ikan kapak, sambal belacan, ulam dan banyak lagi. Restoran ini dibuka semula pada jam 5.00 petang untuk masakan panas, ikan bakar serta masakan ala Thai yang memang terbaik.
Alamat : 74, Jalan Kota, Taman Kota, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11:00 pagi hingga 3:00 petang dan dari jam 5:00 petang hingga 2:00 pagi
Kari kambing 40 hari, adakah kambingnya dimasak selama 40 hari ? Yang pastinya menu nasi arab yang disediakan begitu lembut dan terasa keenakannya. Ditambah pula dimakan bersama kari kambingnya yang memang kaw – kaw rasanya.
Daging kambinganya begitu lembut, kuahnya pekat, pedas dan manis serta rasa rempahnya tidak terlalu menyengat tetapi begitu istimewa rasanya. Ianya enak dimakan bersama acar timun yang dihidangkan bersama sebagai penambah rasa.
Anda juga boleh memilih samada untuk makan di dalam dulang atau pinggan. Menu nasi bersama ayam juga turut disediakan bagi yang tidak menggemari kambing.
Alamat : Air Hitam – Jalan Besar, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 3.30 petang setiap hari
Nasi ayam Gemas Mustafah memang popular di di Yong Peng. Sehinggakan ada pelanggan yang sanggup datang dari Pontian semata – mata untuk membeli nasi ayam di sini.
Biarpun kelihatan nasi ayam ini sama seperti nasi ayam lain, namun ianya memberi rasa yang berbeza. Nasinya terasa lembut dan ayamnya pula begitu terasa perapannya. Kuah sup yang disediakan sebagai pelengkap hidangan pastinya tidak mengecewakan.
Alamat : Taman Selatan, 83700 Yong Peng
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari
Tengok menu sahaja, pastinya membuatkan anda terliur sehinggakan seakan mahu memesan kesemua menu yang ada. Nak tahu apa menu menarik di sini ? Jom terjah.
Ada pelbagai menu masakan barat seperti chicken chop, chicken grill, burger, meatball, lamb grill, spaghetti, combo western dan ramen, nasi goreng chicken chop. Selain itu, terdapat juga mee sizzling dan juga char kueteow untuk anda nikmati.
Alamat : No.13 Jalan Bandar, Taman, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.30 petang hingga 11.30 malam setiap hari kecuali Jumaat tutup
Di kala waktu panas, pastinya begitu menyegarkan apabila tekak dibasahi dengan cendol durian special, ABC, ais kepal Milo dan laici kang. Sambil menikmati ABC, nikmati jua keropok lekor yang rangup dan lembut, roti jala, roti john dan juga roti Arab.
Ramai pelanggan yang menjadikan Sinar Ice Blended ini sebagai port lepak yang santai sambil menikmati minuman yang mampu menghilangkan dahaga. Air mango blend special juga menjadi pilihan ramai yang datang ke sini.
Alamat : 21, Jalan Bayan, Taman Sembrong, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari
Anda terasa lapar dan tidak tahu mahu makan di mana ? Apa kata datang ke Z One Café’ ini kerana pastinya akan dapat memenuhi selera anda. Pelbagai menu yang pastinya akan menjadi pilihan anda.
Antara yang menarik adalah claypot kacang pool, nasi ayam penyet, nasi lemak, nasi lemak baby crab, roti jala, lempeng, roti bakar dan makanan barat yang terdiri dari chicken chop, lamb chop, fries, dan sosej. Makanan panas pun turut disajikan mengikut pilihan pelanggan.
Alamat : No 1, Jalan Sutera 2, Taman Sutera, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari kecuali Jumaat tutup
Makanan orang Johor memang marvellous dan tak dinafikan keenakannya. Menu juga banyak di Restoran Jom Ngeteh Sate Rahmad.
Anda boleh bersarapan di restoran ini sambil minum secawan teh panas atau kopi yang menyegarkan. Ada nasi lemak, soto dan lontong di waktu pagi. Nasi campur pula disaji pada tengahari mempunyai barisan lauk – pauk yang begitu banyak sekali.
Sate daging yang lembut menjadi pilihan ramai, kuah kacangnya pula tidak mengecewakan. Terdapat laksa Johor dengan kuah yang pekat, asam pedas kepala ikan pun memang lazat. Beroperasi sehingga jam 2.00 pagi setiap hari membolehkan anda mencuba masakan panas di malam hari.
Alamat : No 4, Jalan Perdagangan 1, Kampung Parit Banyumas, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 pagi setiap hari kecuali Ahad tutup
Seawal jam 5.00 petang anda sudah boleh menikmati hidangan panas di Tun Café yang terletak di Batu 1, Jalan Labis ini. Sup gearbox yang pekat memang memikat selera. Cuba pula nasi goreng kampung, nasi paprika, mee goreng pataya, ikan bakar serta masakan panas lain juga boleh anda nikmati.
Chicken chop dan meatball turut tersedia mengikut pesanan pelanggan. Roti Arab yang lembut juga begitu menyelerakan. Sebagai makanan sampingan, anda boleh mencuba otak – otak dan pepes yang memang enak.
Laicikang yang terdapat di sini dapat menghilangkan dahaga anda, pastinya anda teruja untuk mencuba keenakan laicikang di Tun Café ini.
Alamat : Batu 1, Jalan Labis, Yong Peng, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi setiap hari kecuali Khamis tutup
Menu nasi lemak di Restoran Aladin ini bukan kaleng – kaleng rasanya. Nasi lemaknya memiliki lemak santan asli serta sambal bilisnya yang cukup pedas, manis dan masam.
Asam pedas pastinya menjadi hidangan utama di restoran ini. Sebab itulah para pelanggan yang mengunjungi restoran ini pada waktu tengahari akan memesan menu asam pedas sebagai hidangan.
Jika pada waktu petang anda terasa lapar dan inginkan kudap – kudapan, anda boleh mencuba jemput – jemput sayur di sini bersama kuah kacang atau sos cili. Makan malam di sini tidak mengecewakan, anda boleh memilih menu makanan barat yang begitu pelbagai dan sedap.
Alamat : No. 21, Tingkat 1, Jalan Persiaran Cahaya Baru, 83700, Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari kecuali Jumaat tutup
Burger bukan sebarang burger, Popeye’s Burger nama diberi. Anda boleh memilih sama ada burger ayam atau daging.
Ada juga burger oblong dengan sos lada hitam yang pedas dan terdiri dari oblong ayam, daging dan juga kambing. Bagi yang gemarkan burger agak eksotik, anda boleh memesan burger daging kerbau, rusa, burung unta, arnab dan juga ikan.
Terdapat fries yang agak berbeza untuk dicuba iaitu briyani fries. Selain itu, french fries biasa dan juga cheezy fries memang meletop rasanya.
Alamat :No. 216, Jalan Besar, Taman Sembrong Baru, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 malam hingga 11.00 malam setiap hari
Sup kambing gearbox memang terbaik di sini. Tengok sahaja gambar menu sahaja sudah membuatkan anda terasa lapar. Memang tidak menyesal untuk mencubanya.
Masakan panas seperti nasi goreng gearbox dan mee goreng gearbox juga begitu menarik untuk memenuhi selera anda. Selain itu, menu – menu masakan panas lain ala Thai juga ada seperti tomyam, sup ekor, sup tulang dan lain – lain.
Otak – otak yang terdapat di sini juga agak menarik, terasa pedas dan sedikit manis.
Alamat : Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.30 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari
Hanya menjalankan perniagaan di sebuah warung Majlis Perbandaran Yong Peng, pemilik kedai menyajikan mee bandung warisan rasa asli. Mee bandungnya memang tiada tolok tandingan, dengan kuahnya yang pekat serta cukup rasanya.
Selain itu, mee rojak, mee rebus yang terdapat di sini memang sedap. Nasi lemak ayam goreng juga boleh menjadi santapan anda jika tidak mahukan menu berasaskan mee di sini.
Alamat : Jalan Perdagangan 1, Kampung Parit Banyumas, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari
Roti canai, roti telur dan pelbagai jenis roti lain seperti roti sardin, roti pisang, roti planta dan murtabak menjadi pilihan ramai pada waktu pagi. Bagi yang bekerja di pejabat berhampiran, restoran ini sering dipenuhi sewaktu sarapan pagi.
Menjelang tengahari juga, restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan kerana lauk – pauk yang disediakan begitu banyak. Lauk – pauk kampung, gulai asam pedas, kari ikan, sambal tumis, ulam – ulaman, sambala belacan dan banyak lagi menu pilihan.
Anda yang tidak mahu makan nasi campur boleh juga mencuba soto, lontong, rojak, mee rebus, rojak dan banyak lagi yang menarik di sini.
Alamat : 61, Jalan Sri Telok, Kampung Parit Banyumas, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Nasi ayam Hamid terletak di jalan utama Yong Peng – Parit Sulong. Restoran ini begitu terkenal di kalangan penduduk tempatan yang sememangnya mengakui nasi ayam di sini memang sedap.
Bukan sahaja nasi ayam di sini sedap, mee sup di sini juga enak rasanya. Sup yang menjadi kuah hidangan ini dimasak menggunakan rempah ratus asli resepi rahsia pemilik restoran. Selain mee sup, ada juga soto, rojak, mee goreng dan juga lontong sebagai hidangan.
Alamat : 18, Jalan Perdagangan 1, Kampung Parit Banyumas, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari kecuali Jumaat tutup
Man Tom Yam Klasik terkenal dengan keenakan tomyam dengan kuah yang pekat, lemak dan masam. Ikan bakar yang diperap dengan rempah istimewa menjadikan ikan bakar di sini menjadi pujaan ramai.
Selain itu, sup ekor juga meletop rasanya. Udang goreng tepung bersama pencicah menjadi kudapan paling best di sini.
Alamat : 43, Jalan Kota, Taman Sembrong Baru, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari
Sarapan pagi bersama lontong lodeh, lontong darat, nasi lemak dan juga soto pastinya mengenyangkan. Cukup memenuhi selera anda sementara menunggu waktu makan tengahari pula.
Lauk – pauk pada tengahari memang menarik sekali. Asam pedas sememangnya tidak ketinggalan di sini. Memang menjadi menu utama dan selain itu, sayur – sayur kampung, ulam – ulaman, sambal belacan, ikan masin dan macam – macam lagi.
Masakan panas yang enak pada waktu malam membuatkan ramai menjamu selera di sini terutamanya menjelang malam minggu.
Alamat : No 1, Gerai Pt Awang, Jalan Muar, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 12.00 pagi setiap hari kecuali Jumaat tutup
Selera Pantai Timur Seafood ini terletak di Pekan Yong Peng dan mudah untuk dijumpai. Ruang makannya selesa dan ruang tempat meletak kenderaan juga agak banyak.
Pelbagai menu masakan panas yang terdiri dari tomyam, ikan siakap stim, sotong celup tepung antara menu pilihan ramai. Anda juga boleh memilih pelbagai makanan lain mengikut selera. Menu cadangan yang mesti cuba di sini adalah nasi goreng pablik yang memiliki keunikan rasa tersendiri.
Harga makanan di sini sangat berpatutan dan sedap. Ianya sering dikunjungi warga tempatan menjelang malam hari untuk menjamu selera menu masakan panas.
Alamat : Jalan Besar, Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari
Menu yang terdapat di sini hanyalah mee bandung. Demi menjaga kualiti hidangan yang disediakan, pemilik warung ini hanya menyediakan menu mee bandung buat para pelanggannya.
Kuah mee bandung yang disediakan ternyata pekat dan memiliki rasa yang padu. Hirisan daging ayam yang memenuhi mee bandung anda pastinya memberi keenakan yang tersendiri
Alamat : Jalan Kampung Parit Awang, Kampung Parit Awang, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari
Anda pastinya tidak lagi perlu tercari – cari tempat makan yang enak di sekitar Yong Peng ini. Simpan senarai restoran yang disenaraikan ini sebagai panduan semasa berada di Yong Peng suatu hari nanti. Pastinya makanan di Yong Peng dapat memenuhi selera anda yang berbeza – beza.