Dapat menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ?

Pastinya seronok dapat sambung belajar di sini. Suasana di sekitar UKM memang best dan menarik.

Bagi anda yang baru tiba di UKM ini, jelajahlah ke seluruh kampus, ada banyak tempat makan yang tersedia di sini. Setiap kolej memiliki kafetaria yang tersendiri. Jom tengok di mana tempat makan yang best untuk dicuba.

#1. Kafetaria Kolej Ungku Omar

Kolej Ungku Omar terletak berhampiran Fakulti Sains & Teknologi. Kafetaria di kolej ini agak besar dan selesa, malah boleh menampung kehadiran pelajar yang agak ramai pada satu – satu masa.

Nasi Ayam Penyet @ Kafe KUO

Imej via SyakirahRahman

Makanan yang disediakan di sini juga begitu banyak serta bervariasi. Ayam goreng yang dijual pula bersaiz agak besar dengan harga yang begitu murah. Gerenti puas hati.

Kebab @ Cafe KUO

Imej via AININSOFIYA

Sewaktu tibanya makan tengahari, pastinya ramai pelajar mengunjungi kafe ini kerana selain murah, menu yang pelbagai memberi pilihan kepada pelajar. Lauk pauk yang tersedia sememangnya banyak. Terdapat juga pisang goreng, keropok dan sebagainya disediakan menjelang petang hari.

Alamat : Kolej Ungku Omar, UKM, 43600 Bangi
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#2. Kiosk 4 Community

Kiosk 4 Community memiliki dua cawangan berbeza di sekitar UKM ini. Satunya terletak di Kolej Pendeta Za’ba dan keduanya terletak berhampiran Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM, iaitu berhampiran Fakulti Ekonomi Pengurusan dan Bangunan Sains Matematik.

Imej via facebook

Antara menu yang dijual di kiosk ini terdiri dari nasi lemak ayam, nasi kukus, nasi ayam penyet, serta pelbagai jenis nasi lagi. Kesemuanya dijual pada harga RM 4.00 sahaja.

Imej via facebook

Pada sebelah malam terdapat kiosk burger, kentang goreng, shawarma, cendol dan pelbagai lagi makanan ringan yang boleh anda dapati di sini.

Alamat : Kolej Pendeta Za’ba & Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#3. Kafe Pusanika

Kalau anda gemarkan masakan mamak, apa kata cuba makanan di Kafe Pusanika pula. Lauk pauk serta kari yang disediakan haruslah gaya mamak.

Mee Wantan Sup @ Kafe Pusanika

Imej via facabook

Anda juga boleh mendapatkan masakan panas di kafe ini. Sememangnya banyak pilihan yang pastinya dapat memenuhi selera anda. Yang menarik lagi, ada mee tarik yang dibuat secara segar untuk para pelanggan.

Nasi Campur @ Kafe Pusanika

Imej via foursquare

Alamat : Kafe Pusanika, 43600, UKM
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#4. Kafe La Asqa

Kafe La Asqa ini terletak di aras bawah Pusanika. Ianya bersaiz agak kecil tetapi tetap memiliki bilangan pengunjung yang agak ramai.

Imej via facebook

Kalau anda hendak tahu, kafe ini sering menjadi tumpuan pelajar kerana ia menyediakan menu western yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan. Boleh dikatakan cukup murahlah !

Imej via facebook

Pada sebelah pagi, anda boleh menikmati nasi lemak yang dijual pada harga RM 1.50 sebungkus.

Alamat : Kafe Asqa, 43600 UKM
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#5. Begonia Coffee House

Begonia Coffee House terletak di Hotel Puri Pujangga. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan di sini bersama keluarga serta rakan – rakan tersayang.

Imej via facebook

Menu yang dihidangkan terdiri dari masakan tempatan Melayu, masakan ala Thai dan juga makanan Barat. Pastinya semua menu yang anda lihat mengliurkan selera anda.

Imej via foursquare

Menyediakan makanan yang enak merupakan keutamaan chef di kafe ini. Anda boleh mencuba nasi briyani lamb shank yang memang sedap di sini. Pelbagai jenis desert pun ada.

Alamat : Begonia Coffee House, Puri Pujangga, UKM
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#6. Danau Golf Club Cafe

Universiti Kebangsaan Malaysia memiliki padang golf yang tersendiri, cantik serta mempersonakan. Ia sering menjadi tumpuan para peminat sukan golf yang gemarkan sukan padang itu.

Nasi Campur @ Danau Golf Club Cafe

Imej via foursquare

Bagi yang sudah kelaparan, boleh mencuba hidangan di kafetaria yang terdapat di Danau Golf Club. Menu yang disediakan pula terdiri dari masakan panas, makanan Barat dan juga makanan Melayu sesuai dengan selera orang Asia.

Cendol @ Danau Golf Club Cafe

Imej via foursquare

Anda boleh mencuba popiah goreng, lamb chop, chicken chop, mee goreng, ABC, cendol dan macam – macam lagi.

Alamat : Danau Golf Club Café, 8, Persiaran Bandar, Seksyen 1, 43600 Bandar Baru
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari

#7. Cafe Canseloria

Menu utama di sini berasaskan makanan Barat. Biarpun anda seorang pelajar, namun ia bukan satu halangan untuk menikmati makanan Barat yang sedap.

Imej via facebook

Hidangan signature di kafe ini adalah lamb shank yang hanya berharga RM 29.90. Terdapat menu lain seperti pasta, fish and chip, wedges dan pelbagai lagi.

Imej via facebook

Ranch roasted chicken with pilaf rice pula boleh anda nikmati dengan harga hanya RM 15.90 satu set. Menu ini ibarat pisang goreng panas menjelang waktu makan tengahari.

Secawan kopi panas pastinya menyerikan hari – hari anda. Menjelang jam 3.00 petang hingga 5.30 petang setiap hari anda boleh mendapatkan secawan kopi kedua pada separuh harga. Ternyata ianya cukup jimat dan berbaloi.

Alamat : Dataran Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali Ahad tutup

#8. Bookworm Café

Jika diterjermahkan ke Bahasa Melayu, bookworm bermaksud ulat buku, iaitu seseorang yang gemar membaca. Di lobi Perpustakaan Tun Sri Lanang pula, terdapat sebuah kafe yang diberi nama Bookworm Café.

Oden @ Bookworm Cafe

Imej via facebook

Terdapat pelbagai barangan di jual di sini termasuklah 100 jenis makanan, kudapan serta air minuman. Ruang kafe ini begitu selesa dengan mengenakan konsep ala hipster menggamit ramai pelajar mengunjungi kafe ini.

Nasi Lemak @ Bookworm Cafe

Imej via facebook

Dengan serendah RM 2.00 anda boleh menikmati semangkuk hidangan ringan ala Korea seperti set udon, ramen, fried fishball, round vege fish dan banyak lagi. Triple choc corndog pun ada dijual.

Alamat : Aras 4, Bangunan Perpustakaan Tun Sri Lanang, 43600 Bangi, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka 24 jam sehari

#9. MyCafe @KPZ UKM

Peminat – peminat pastry pasti gembira dapat meluangkan masa di MyCafe ini. Dari jauh lagi anda boleh merasai aroma pastry yang baru keluar dari oven, memang memukau. Ada roti, sandwich, kek, corndog, hashbrown dan bermacam lagi menu ringkas.

Corndog @ MyCafe

Imej via facebook

Bagi anda yang gemarkan minuman beraroma serta berkrim, apa kata cubalah pelbagai jenis kopi seperti cappuccino, latte, americano, mocha, bobba tea atau matche dengan harga yang berpatutan.

Chicken Sausage @ MyCafe

Imej via facebook

Alamat : Lot 5, Blok Pentadbiran, Kolej Pendeta Za’ba, 43600, 43600 Bangi, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka 24 jam sehari

#10. Cafetaria DTAMS

Cafetaria DTAMS menjalankan perniagaan berkonsep gerai berasingan. Pelanggan boleh membuat pesanan di mana – mana gerai yang menjadi pilihan.

Nasi Ayam @ Cafe DTAMS

Imej via NurIzzatiFarihahAzizan

Terdapat menu seperti ikan bakar, sotong bakar, nasi campur dengan pelbagai lauk, nasi ayam berempah, ulam -ulaman, sambal dan banyak lagi. Nasi lemak bungkus dengan harga seringgit pun ada.

Kerabu Perut @ Cafe DTAMS

foursquare

Makanan panas juga ada di sini. Sup ayam dan sup daging juga begitu menyelerakan. Harga juga sangat berpatutan sesuai untuk para pelajar menjamu selera.

Alamat : Cafetaria DTAMS, UKM
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad tutup

#11. FKAB Cafe

Sesuai dengan kehidupan seorang pelajar yang harus berjimat cermat dalam berbelanja, FKAB Cafe ini sangat sesuai dijadikan port makan pelajar. Ini kerana harga yang dikenakan untuk setiap makanan adalah murah dan berbaloi.

Mee Bandung @ FKAB Cafe

Imej via zarinashukur

Kafe ini terletak bersebelahan tasik kejuruteraan dan memberi panorama yang cukup indah yang boleh anda nikmati sambil menjamu selera. Tambahan pula angin sepoi – sepoi bahasa juga begitu mendamaikan.

Nasi Campur @ FKAB Cafe

Imej via zulfarhanzulkifli

Menyediakan pelbagai hidangan masakan Melayu bermula dari sarapan pagi hingga ke minum petang. Dari menu roti canai, nasi lemak, kuih muih, nasi campur hinggalah menu ala carte seperti mee bandung, laksa, mee goreng, nasi goreng dan bermacam lagi.

Alamat: UKM Bangi
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang setiap Isnin hingga Selasa kecuali Sabtu dan Ahad tutup

12. Kafetaria Kolej Pendeta Zaaba

Hidangan yang terdapat di café ini terdiri dari  makanan Melayu termasuklah nasi campur, nasi ayam, dan pelbagai jenis minuman panas dan sejuk seperti cendol dan ABC. Selain itu, terdapat juga buah-buahan potong, lauk yang pelbagai jenis, seperti ayam goreng, masakan sayur-sayuran, cendawan goreng, ikan bakar, dan sebagainya.

Char Kueteow @ Kafetaria Kolej Pendeta Zaaba

Imej via foursquare

Terdapat juga menu ala carte seperti masakan panas, nasi kerabu, bubur nasi dan juga menu Barat seperti meatball, chicken chop, waffle turut terdapat di sini. Bagi menarik ramai pelajar menjamu selera di sini, pihak café sentiasa memastikan makanan adalah bersih dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang memuaskan.

Chicken Chop @ Kafetaria Kolej Pendeta Zaaba

Imej via foursquare

Alamat : Kolej Pendeta Zaaba, UKM Bangi
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#13. D’ Kafeteria F.F.C

D’ Kafeteria F.F.C ini terletak di dalam bangunan Koperasi Unikeb Berhad yang menyediakan makanan tempatan. Ia juga terletak berhadapan Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) dan juga Bank Simpanan Nasional (BSN).

Lempeng @ D'Kafeteria FFC

Imej via foursquare

Restoran ini menyediakan hidangan bermula sarapan hingga hujung waktu minu teh. Ia menyajikan pelbagai hidangan, masakan tempatan, dari ikan bakar (sambal tumis dan air asam), nasi ayam, soto, bakso, gulai dan banyak lagi pilihan untuk pilih.

Nasi Ayam @ D'Kafetaria FFC

Imej via foursquare

Anda juga boleh mencuba Laicikang dan ABC di sini. Menjelang tengahari restoran ini akan dipenuhi dengan ramai orang semasa makan tengahari. Kadang – kala anda perlu menunggu giliran duduk. Harga makanan adalah sangat berpatutan.

Alamat : Bangunan Koperasi Unikeb Berhad, UKM
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari

#14. Sup Padu D’Unikeb

Sup Padu D’Unikeb ini menyediakan sup panas yang padu rasanya. Kuahnya yang pekat begitu dipenuhi dengan rasa rempah pastinya menyegarkan sewaktu anda menikmatinya.

Nasi Bujang @ Sup Padu D'Unikeb

Imej via MohdRafhanAbdSamat

Sup nasi sup padu yang terdapat di sini terdiri dari sup tulang, daging,  perut dan ekor. Terdapat juga set nasi bujang yang sesuai dengan poket seorang pelajar.

Sup @ Sup Padu D'Unikeb

Imej via MohdRafhanAbdSamat

Selain itu terdapat menu lain seperti bihun sup, mee sup dan kueteow sup. Menu pagi pula terdiri dari roti canai, roti boom, roti telur, roti kahwin, roti planta, laksam, nasi lemak, nasi berlauk, nasi ayam berempah, nasi tomato, nasi kerabu dan nasi goreng kampung.

Alamat : Jalan Bangi, Kampung Teras Jernang, 43600 Kajang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari

#15. Warung Tokai

Menyediakan roti canai Melayu pada sebelah pagi dengan nama hidangan yang agak unik seperti roti canai Tokai, roti sleepy snake, roti dol / cheese, roti bakar telur goyang serta bermacam menu ala – carte yang diinginkan oleh pelanggan. Pada waktu tengahari pula, menu yang disediakan terdiri dari nasi Tokai yang terdiri dari set daging, set ayam dan set gulai ikan termenung yang marvellous.

Gulai Ikan Termenung @ Warung Tokai

Imej via facebook

Anda juga boleh mencuba ikan dan daging bakarnya yang begitu menyelerakan. Tambahan pula dimakan bersama air asam yang cukup enak rasanya. Antara lain yang boleh anda nikmati di sini adalah pek nga, kuetiaw atau char kuetiaw, chicken chop, nasi ulam, laksa dan juga pisang goreng panas.

Char Kueteow @ Warung Tokai

Imej via facebook

Alamat : Lot 1099, Batu 18, Jalan Bangi, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang,
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari

#16. Cafe Terapung FST

Berhampiran bangunan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM terdapat sebuah cafe ala – ala terapung yang dikenali sebagai Cafe Terapung FST. Para pelajar begitu menggemari singgah dan menikmati pelbagai hidangan di sini.

Mee Kari @ Cafe Terapung FST

Imej via foursquare

Mulai sarapan pagi hingga ke lewat petang, anda boleh menikmati pelbagai hidangan menarik. Pada sebelah pagi, anda boleh bersarapan di sini sebelum memasuki dewan kuliah. Antara yang menarik pada waktu pagi adalah roti canai banjir dan juga nasi lemak.

Nasi Lemak @ Cafe Terapung FST

Imej via foursquare

Di sebelah tengahari pula pelbagai lauk pauk untuk hidangan tengahari. Memang berpinar untuk memilihnya kerana lauk – pauk yang agak banyak. Jika anda inginkan menu selain nasi, apa kata cubalah mee rebus yang terdapat di sini.

Alamat : Fakulti FST, UKM Bangi
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam

Kesimpulan

Anda yang baru memulakan pengajian di UKM ini tidak perlu risau dengan tempat makan kerana setiap kolej memiliki kafetaria yang tersendiri. Malah, bukan satu kafetaria yang ada, namun lebih daripada satu.

Tentang harga pula janganlah risau kerana pihak pengurusan telah menetapkan harga terendah yang sesuai dengan kemampuan pelajar. Sudah lah dapat makan dengan harga yang murah, malah dapat makan yang sedap – sedap pula. Tak rugi makan di kafe UKM ni.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.