Rantau Panjang antara kawasan zon bebas cukai yang terkenal di negeri Kelantan. Ia yang terletak bersempadan antara Malaysia dan Thailand ini sering menjadi tumpuan ramai terutama musim cuti persekolahan.

Pelbagai barangan murah boleh didapati di sini termasuklah beras, gula dan sebagainya. Bagi anda yang bercadang untuk membeli belah di Rantau Panjang, sudah pastinya tercari – cari tempat makan yang menarik untuk dinikmati.

Bagi anda yang tidak tahu di mana hendak dituju untuk menjamu selera, pastikan senarai tempat makan yang disediakan ini tersemat di dalam simpanan anda sebagai rujukan.

#1. Thai-Malay Restaurant

Makan di restoran dengan harga warung ? Masih ada kah yang menawarkan harga warung dengan menu yang begitu enak dan menarik untuk dinikmati.

Kerabu 5 Rapussan @ Thai-Malay Restaurant

Imej via facebook

Jika anda berada di sekitar Rantau Panjang, cubalah singgah di Thai – Malay Restaurant. Ia menyajikan pelbagai menu yang enak dan juga murah. Selain masakan panas Thai, terdapat menu yang menjadi permintaan ramai iaitu menu western yang bukan kaleng – kaleng rasanya.

Seafood Hot Pan @ Thai-Malay Restaurant

Imej via facebook

Menu paling popular di sini adalah chicken chop dan juga lamb chop  yang gerenti puas hati untuk dinikmati. Kalau nak tahu rasa sebenar makanan di sini, kenalah datang sendiri.

Aalamat : Lebuhraya Rantau Panjang – Pasir Mas, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam setiap hari

#2. Delima Cafe

Restoran Delima Café ini memang terkenal bagi penduduk tempatan atau pengunjung yang sering datang ke Rantau Panjang untuk membeli belah. Café ini dari segi reka hiasnya agak menarik dan begitu selesa buat para pengunjung yang datang.

Nasi Kerabu @ Delima Cafe

Imej via facebook

Menu utama di sini adalah hidangan western yang sememangnya membuat anda kecur liur sebaik sahaja melihat senarai menu yang ada. Selain menu western, terdapat juga menu tempatan yang disajikan dan sesuai untuk seisi keluarga.

Chicken Chop @ Delima Cafe

Imej via facebook

Harga makanan juga sangat berpatutan dengan saiz yang agak besar dan cukup mengenyangkan.

Alamat : 315 Jalan Besar, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.30 petang hingga 2.00 pagi setiap hari

#3. Nik Min Football Restaurant

Bila tekak terasa mengidamkan menu western, jemputlah singgah ke Nik Min Football Restaurant. Macam – macam menu western ada dengan harga yang bajet sahaja. Menu masakan panas tempatan juga ada disediakan.

Chicken Chop @ Nik Min Restaurant

Imej via facebook

Selepas puas membeli belah, jangan risau jika duit anda telah kekurangan, kerana makanan – makanan di sini disajikan dengan harga yang begitu berpatutan. Tak rugi anda mencuba makan di sini, sudahlah murah, sedap pula tu.

Nasi Goreng Udang @ Nik Min Restaurant

Imej via facebook

Alamat : Berhadapan Masjid Kubur, Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 1.00 petang hingga 1.00 pagi setiap hari

#4. Warung Pokteh Roji

Hidangan Thai menjadi kegemaran penduduk tempatan dan begitu popular di mana juga.  Warung ini begitu terkenal dengan pulut ayam Thai yang sememangnya tiada tandingan.

Nasi Kerabu @ Warung Pok Teh Roji

Imej via foursquare

Pulut yang telah direbus dan disajikan bersama ayam goreng berempah serta sos cili pastinya memberi kepuasan kepada anda. Selain pulut ayam, nasi lemak, nasi kerabu dan juga nasi khaomok juga begitu menyelerakan.

Alamat : Lo 10, Kg Banggol Kulim, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari

#5. Restoran Maraschino

Sebut nama restoran ini, pastinya anda tertanya – tanya menu yang dihidangkan di sini. Bagi yang gemarkan Green Curry, anda boleh mendapatkannya di sini. Restoran Maraschino ini menjadi perhatian ramai kerana keenakan Green Curry nya yang menggunakan resepi asal dari pemilik restoran ini.

Spaghetti Parmesan @ Maraschino Cafe

Imej via therainbowjourney

Bahan – bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan menu ini yang terdiri dari cili serta bahan – bahan lain digiling sendiri. Di sinilah keenakan menu ini terhasil.

Pad Kha Pao @ Maraschino Cafe

Imej via therainbowjourney

Selain Green Curry, menu lain seperti menu western, menu pencuci mulut iaitu kek dan juga kopi turut disajikan. Menu unik yang terdapat di sini juga menjadi pilihan ramai adalah Shibuya Toast dan Almond Custed Fish.

Alamat : PT 154, Pusat Perkedaian Baru, Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari

#6. Restoren Resepi Kita

Pelbagai hidangan menarik terdapat di Restoran Resepi Kita ini. Menu tradisi tempatan menjadi kegemaran ramai.

Mee Celop @ Restoran Resepi Kita

Imej via facebook

Antara menu yang tersedia adalah nasi ayam gulai, nasi kerabu ayam goreng / daging goreng, nasi putih daging goreng, nasi putih ikan kicap, bihun goreng, kueteaw goreng, mee celop, shellout, tomyam, nasi goreng dan pelbagai masakan panas yang enak. Ada chakoi dan somtam yang sedap juga.

Western @ Restoran Resepi Kita

Imej via facebook

Anda juga menikmati udang celup tepung crispy dengan harga RM 10 sahaja untuk 40 ekor udang, murah kan ! Yang pasti tepungnya rangup dan sedap sekali. Makan bersama menu lain atau diratah begitu sahaja pun sedap.

Alamat : Depan Muda Osman, Jalan Kampung Setol, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu operasi : Dibuka mulai jam 6.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari kecuali Selasa tutup

#7. Mee Celup Che Poh (Sejak 1992)

Seiring namanya, warung ini menyediakan hidangan mee celup yang menjadi makanan kegemaran masyarakat tempatan. Mee Celup Che Poh telah dikenali sejak tahun 1992 lagi.

Mee Celup @ Mee Celup Che Poh

Imej via facebook

Semangkuk mee celup yang disajikan dipenuhi dengan hirisan daging yang lembut, sayuran serta telur rebus yang menambahkan keenakan mee celup ini.

Mee Celup @ Mee Celup Che Poh

Imej via facebook

Selain mee celup, terdapat pelbagai jenis minuman yang begitu menarik sekali dari segi warna dan rasa yang begitu mempersonakan. Rugi kalau tak cuba menu menarik di sini.

Alamat : Berhadapan Masjid Kg. Lubok Gong, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12:00 tengahari hingga 7:00 malam setiap hari

#8. Yie Pulut Ayam

Macam – macam menu menarik ada di sini. Yang paling menarik dan sedap sudah tentulah pulut yang dihidangkan bersama ayam goreng dan juga cili pencicah yang begitu membuka selera.

Pulut Ayam @ Yie Pulut Ayam

Imej via facebook

Selain pulut ayam, terdapat menu lain seperti nasi kerabu Golok, nasi Khoumok, nasi ayam penyet, nasi ayam Thai, nasi Arab, sup perut dan mee goreng.Menu western seperti chicken chop pastinya menarik untuk dicuba, tambahan pula harganya cuma RM 4.50 untuk satu set hidangan.

Nasi Kerabu @ Yie Pulut Ayam

Imej via facebook

Alamat : Lot 2091 Kg Tal 7, 17000 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari

#9. Kedai Teh O Beng 50 Sen

Sekiranya anda sedang menuju ke pekan Rantau Panjang, singgahlah dahulu ke Kedai Teh‘O’ Beng 50 Sen yang terletak di sebelah stesen minyak Shell menghala ke pekan Rantau Panjang. Agaknya apa yang menarik di sini?

Teh Tarik @ Kedai Teh O Beng

Imej via instagram

Seperti yang terpampang di pintu masuk kedai ini, sudah tentulah yang menarik adalah teh ‘o’ aisnya yang berharga RM 0.50 sen sahaja. Selain minumannya yang murah, anda boleh menikmati pelbagai jenis nasi bungkus di sini.

Nasi Dagang @ Kedai Teh O Beng

Imej via instagram

Apa kata anda mencuba Nasi Ayam Cobek, Gulai Kuning Ikan Tongkol, Nasi Khoumok, Nasi Ayam Goreng, Nasi Hujan Panas, Nasi Paprik Ayam dan banyak lagi pilihan yang ada. Datang dahulu dan cuba rasai sendiri keenakan nasi bungkus yang dijual di sini.

Alamat : Kampung Gual Tinggi, 17200 Rantau Panjang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.30 pagi hingga 1.00 tengahari setiap hari kecuali Jumaat tutup

#10. Restoran Roti Tempayan Yunas

Restoran ini satu – satunya yang menyediakan hidangan makan malam berasaskan roti tempayan atau juga dikenali dengan roti nan. Ia juga begitu popular dengan beriani kambing yang cukup menyelerakan.

Roti Tempayan @ Roti Tempayan Yunas

Imej via facebook

Kari kambing adalah menjadi tarikan utama di sini dan begitu padu apabila dimakan bersama roti tempayan. Terasa lembut daging kambing yang dimasak dan masih berjus. Bagi yang tidak menggemari kari kambing tidak perlu khuatir kerana ia turut menyediakan kari ayam juga.

Nasi Beriani @ Restoran Roti Tempayan Yunas

Imej via facebook

Selain itu, terdapat kari daging, serta daging cincang turut disediakan. Memang enak rasanya. Nasi beriani kambing juga antara menu pilihan ramai di sini.

Alamat : Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00 pagi setiap hari

#11. Cendol Abe Li

Selepas puas membeli belah, rehat dulu pekena cendol semangkuk dua. Singgah sahaja ke Cendol Abe Li, gerenti puas hati.

Cendol @ Cendol Abe Li

Imej via facebook

Cendol yang disediakan cukup menyelerakan, malah terdapat bahan – bahan tambahan yang menambah keenakan cendol di sini. Antara bahan tambahan yang dicampurkan bersama adalah isi kelapa muda yang lembut, kacang merah, jeli, buah laici dan banyak lagi.

Mee Goreng Udang @ Cendol Abe Li

Imej via facebook

Sambil makan cendol, apa kata cuba juga pelbagai jenis hidangan belut di sini antaranya maggi sup belut yang sememangnya sangat jarang – jarang ditemui. Malah, anda boleh mencuba belut berlada serta belut sos tiram yang sememangnya  sedap.

Alamat : Pt 376 No 44 Bazar Aminah Jalan Padang Majlis Daerah Pasir Mas, Rantau Panjang Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10:30 pagi hingga 5:30 petang setiap hari

#12. Warung Kak Na Mee Celup

Hanya mee atau maggi celup yang tersedia di sini. Jangan pesan makanan lain, memang tiada. Bagi penggemar mee atau maggi celup, di sini ibarat syurga mee atau maggi celup.

Mee Celup @ Warung Mee Celup Kak Na

Imej via AsriDerasa

Nak tahu kenapa ia begitu ramai pelanggan setiap hari ? Sudah tentulah kerana keenakannya yang tersendiri, malah harganya pula begitu berpatutan. Dengan harga serendah RM 3.00, anda sudah boleh menikmati semangkuk mee celup.

Mee Celup @ Warung Mee Celup Kak Na

Imej via ShaidatulNajwaShahdan

Mee celup yang dihidangkan di sini pula terdapat pelbagai jenis seperti mee celup urat keting, double special dan banyak lagi. Minuman yang terdapat di sini juga begitu banyak pilihan dengan warna yang begitu menarik, pastinya menggamit selera anda.

Alamat : Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 7.00 malam setiap hari kecuali Isnin tutup

#13. Mee Celup dan Somtam Goreng 

Inginkan makanan Thai ala Bangkok? Jom cuba hidangan di warung ini. Kelihatan dari luar suasana warung ini biasa – biasa sahaja, namun senarai menu yang ada cukup menggegarkan jiwa.

Kueteow Celup @ Kedai Mee Celup dan Somtam Goreng

Imej via facebook

Mungkin anda akan pening untuk memilih hidangan yang ingin dicuba. Kalau biasa makan somtam segar, di sini pula ada somtam goreng, mee celup, tomyam, masakan panas yang memang mengliurkan. Pelbagai menu lain juga tidak kurang hebatnya seperti pad Thai, nasi pad krapao dan banyak  lagi.

Maggi Celup @ Kedai Mee CElup dan Somtam Goreng

Imej via facebook

Harga makanan di sini serendah RM 4.00 dan ke atas bergantung kepada menu yang menjadi pilihan anda.

Alamat : 419, Jln Sekolah Cina, Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari

#14. Nasi Ayam Kampung Mok Yoh

Masyarakat tempatan memang tidak lari dari menu yang berasaskan nasi. Di warung Nasi Ayam Kampung Mok Yoh ini terdapat pelbagai jenis hidangan nasi yang sering menjadi pilihan utama masyarakat tempatan.

Nasi Kerabu @ Nasi Ayam Kampung Mok Yoh

Imej via anisahsofiah

Bagi anda yang ingin mencuba hidangan di sini boleh membuat pilihan mengikut selera anda. Antara menu yang berasaskan nasi adalah seperti nasi ayam kampung,nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, nasi khaumok dan nasi lemak.

ABC @ Nasi Ayam Kampung Mok Yoh

Imej via facebook

Harga makanan di sini pula sangatlah murah dan berpatutan, jadi tidak hairanlah ramai penduduk tempatan gemar menjamu selera di sini.

Alamat : 442 Kampung Bagus, Jalan Lubok Stol, 17200 Rantau Panjang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengahari setiap hari

#15. Kedai Kak La Mee Udang (Gate 3)

Warung ini terletak berhampiran pintu 3 (Kastam) yang sangat mudah dicari. Biarpun hanya sebuah warung kecil di tepi jalan, namun Kedai Kak La Mee Udang ini sering menjadi tumpuan ramai mengisi kekosongan perut.

Maggi Goreng Udang @ Kedai Makan Kak La

Imej via facebook

Menu yang terdapat di sini cukup menyelerakan dan ia terdiri dari mee udang, mee celup, nasi goreng udang, maggi goreng udang, tomyam dan pelbagai jenis masakan panas yang lain. Harga makanan pula bermula dari RM 5.00 dan ke atas bergantung kepada pilihan masakan pelanggan.

Udang @ Kedai Makan Kak La

Imej via facebook

Alamat : Jln Lubuk Gajah, Kampung Setol, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari kecuali Jumaat tutup

#16. Western Food Fiq

Sekiranya anda ingin menikmati menu makanan Barat, boleh datang ke warung Wesern Food Fiq ini. Antara menu yang ada di sini adalah chicken chop, chicken krispy, chicken burger, chicken grill, lamb chop, twister, steak dan burger goreng.

Chicken Grill @ Western Food Fiq

Imej via facebook

Saiz hidangan juga agak besar dan sos yang disajikan juga sangat padu rasanya. Rugi kalau anda tidak mencuba hidangan di sini.

Chicken Grill @ Western Food Fiq

Imej via facebook

Alamat : Gate Kastam Pintu 2, 17200 Rantau Panjang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.30 malam hingga 10.00 malam setiap hari

#17. Restoran Syed

Dengan tagline Ingat Rantau Panjang, Ingat Restoran Syed, pastinya yang pernah menjamu selera di sini akan sentiasa teringatkan menu yang lazat di sini. Restoran yang menyediakan hidangan selera kampung Pantai Timur ini agak sesak menjelang cuti sekolah kerana begitu ramai pelanggan yang datang ke Rantau Panjang.

Kerutup Udang Galah @ Restoran Syed

Imej via facebook

Menu menarik begitu banyak disediakan untuk pelanggan seperti ikan bakar, spa yam, ulam-ulaman, gulai kerutuk ayam, limpa, daging, otak lembu, udang, hati, ikan patin tempoyak dan udang masak lemak kuning.

Kerutup Daging @ Restoran Syed

Imej via facebook

Seawal jam 10.00 pagi anda sudah boleh mula menjamu selera di sini sebelum meneruskan aktiviti membeli belah di Rantau Panjang ini

Alamat : No. 1, Bangunan Arked Mara, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali Rabu tutup

#18. Restoran Tuta Chim Chum

Makan sampai kenyang dengan harga serendah RM 9.90 seorang untuk kanak – kanak berumur 5 – 12 tahun dan RM 17.90 seorang untuk dewasa bagi hidangan steamboat. Pelbagai pilihan makanan laut segar disediakan seperti kepah, lala, kupang, tiram, ikan, sotong, udang, ketam, sayur – sayuran dan bermacam pilihan lagi.

Steamboat @ Restoran Tuta Chim Chum

Imej via foursquare

Pilihan sos juga agak banyak dan begitu menepati citarasa ramai. Bagi anda yang inginkan hidangan gabungan steamboat dan bbq, harga pula adalah berlainan iaitu RM 39.90 seorang bagi dewasa dan RM 29.90 bagi kanak – kanak.

Grill @ Restoran Tuta Chim Chum

Imej via foursquare

Sebagai menu dessert, anda boleh mencuba pelbagai jenis bubur manis yang pastinya menyelerakan.

Alamat : Kampung Bagus 17200 Rantau Panjang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari

#19. Warung Abah Kito

Melusuri Kampung Gual Mesa, Rantau Panjang akan dapat dilihat papan tanda Warung Abah Kito dari jauh lagi. Warung ini hanyalah sebuah warung kecil, namun menjadi tumpuan ramai lebih – lebih lagi penduduk sekitar.

Chicken Chop @ Warung Abah Kito

Imej via WarungAbahKito

Biarpun namanya hanyalah warung, namun Warung Abah Kito ini menyediakan hidangan Barat yang cukup popular iaitu chicken chop yang sememangnya enak. Malah, terdapat juga makanan panas lain yang berasaskan goreng – gorengan yang tidak kurang hebatnya.

Nasi Goreng @ Warung Abah Kito

Imej via WarungAbahKito

Alamat : PT3310 Kampung Gual Mesa, Rantau Panjang, 17200 Pasir Mas, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 3.00 pagi setiap hari

#20. Kedai Makan Kak Dah

Dari luar kedai anda boleh melihat buah durian dan mangga tergantung di hadapan kedai seolah – olah menggamit kehadiran para pelanggan. Durian dan mangga segar inilah yang disajikan bersama pulut kukus yang dikenali sebagai pulut mangga atau pulut durian.

Seafood Tomyam @ Kedai Makan Kak Dah

Imej via facebook

Selain pencuci mulut yang begitu popular ini, Kedai Makan Kak Dah ini turut menyajikan pelbagai masakan panas ala Thai termasuklah tomyam, nasi goreng Pattaya dan banyak lagi. Anda juga boleh mencuba mee celup yang turut disajikan di sini.

Mee Celup @ Kedai Makan Kak Dah

Imej via facebook

Alamat : 476, D22, Kampung Rantau Panjang, 17200 Pasir Mas, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali Rabu

Kesimpulan

Datang ke Rantau Panjang, Kelantan bukan sahaja dapat membeli belah dengan harga yang berpatutan, malah dapat menikmati hidangan tempatan serta hidangan Thai dengan begitu enak sekali. Pastinya percutian anda ke sini sangat bermakna.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.