Dapat bercuti di tepian pantai Desaru memang best. Desaru merupakan pantai yang terletak di tenggara Semenanjung Malaysia.

Sambil bercuti, mesti nak juga rasa makanan sedap – sedap kan? Anda boleh layari artikel ini sehingga habis dan semestinya mendapat idea hendak makan di mana nanti. Semuanya sedap – sedap makanan di Desaru ini.

#1. MK Swat Jalal

Siapa kata di Desaru tiada makanan yang sedap – sedap macam ayam briani, kari kambing ? MK Swat Jalal sebuah restoran yang menyajikan makanan Pakistan terdiri dari roti puri, nan tandoori, kari kambing, capati, kebab dan banyak lagi.

Nan Tandoori @ MK Swat

Imej via noorleen

Yang paling best adalah purinya kerana ianya berbeza dari puri di restoran lain. Tambahan pula ia begitu enak dimakan bersama kari kambing.

Mee Goreng @ MK Swat

Imej via mujantoplitz

Terletak hanya kira – kira 4 kilometer dari Lotus Desaru Resort ini sering menjadi tumpuan ramai termasuklah pelancong. 

Alamat: Bandar Penawar, 82200 Kota Tinggi, Johor (berhampiran Marrybrown)
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#2. Restoran Terapung Bujang Firefly

Restoran ini terletak di atas sebuah platform yang membolehkan ianya terapung. Suasana di restoran ini juga sangat menarik, tambahan pula di waktu malam anda boleh melihat kelip – kelip di sekitar restoran. Menu menarik di sini adalah masakan panas dan juga ala Thai.

Seafood @ Restoran Terapung Bujang Firefly

Imej via tripadvisor

Antara menu istimewa yang boleh anda rasai adalah siput gonggong dan juga belangkas. Pilihan masakan adalah terserah kepada pelanggan. Kedua – dua menu ini antara makanan eksotik yang semakin sukar kita temui lagi.

Sotong Goreng @ Restoran Terapung Bujang Firefly

Imej via tripadvisor

Mungkin kerana semakin sukar mendapat bekalan stok, sebab itulah ia jarang – jarang diperolehi.

Alamat: Bandar Penawar, 82200 Kota Tinggi, Johor
Waktu operasi: Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#3. Lotus Seafood Restaurant

Restoran ini dinamakan sempena kehadiran pepohon rhu yang indah di sekeliling restoran dan memberikan pemandangan indah di pantai Desaru. Di sini anda boleh menikmati hidangan makanan laut segar yang memang terbaik.

Seafood @ Lotus Desaru Beach Resort

Imej via tripadvisor

Menu yang disajikan di sini berasaskan makanan laut yang dimasak mengikut pilihan pelanggan dan terdapat juga menu masakan Cina, ala Thai dan juga tempatan. Anda mesti cuba tomyam yang disediakan kerana menggunakan makanan laut segar memberi 1001 keunikan rasa.

Lobster @ Lotus Desaru

Imej via tripadvisor

Alamat: Lotus Desaru Beach Resort, Jalan Desaru, 81930 Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#4. Teratai Coffee House

Teratai Coffee House sentiasa menanti kehadiran para pelanggan yang menginap di resort untuk menjamu selera di sini. Seawal jam 8.00 pagi anda boleh mula bersarapan di sini dengan menu – menu yang pelbagai seperti nasi lemak, roti bakar, kuih muih dan banyaka lagi.

Western @ Teratai Coffee House

Imej via foursquare

Pelanggan juga boleh menikmati hidangan buffet untuk tengahari atau ala carte yang semestinya dapat memenuhi selera anda. Terdapat menu tempatan dan antarabangsa disajikan di sini.  Sambil menjamu selera, anda juga dapat menjamu mata dengan pemandangan laut yang indah di luar restoran.

Chicken Grill @ Teratai Coffee House

Imej via foursquare

Alamat: Lotus Desaru Beach Resort, Jalan Desaru, 81930 Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#5. Nakon Thai Boat Noodle Hot Pot BBQ

Siapa sangka di Desaru ini juga terdapat boat noodle yang begitu popular di ibu kota. Dengan harga semangkuk iaitu RM 1.90, semestinya ia sangat digemari ramai. Agak banyak menu yang terdapat di sini antaranya nasi goreng, mee sup, nasi ayam, pulut mangga, bubur manis dan banyak lagi.

Tomyam @ Nakon Thai

Imej via facebook

Semangkuk memang tidak cukup rasanya, paling kurang pun 5 hingga 6 mangkuk, namun terpulang pada selera anda. Pastikan anda mencuba lemon grass chicken wing dan tomyam glass mood sup yang memang terbaik rasanya.

Ayam Goreng @ Nakon Thai

Imej via facebook

Alamat : Tunamaya Beach & Spa Resort, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

 #6. Zaffiz Kitchen

Zaffiz Kitchen ini sering menjadi tumpuan ramai tidak mengira masa. Sebaik sahaja dibuka pada jam 7.00, berpusu – pusu pelanggan datang singgah menjamu selera.  Bermacam menu sudah tersedia di awal pagi seperti nasi lemak, bihun goreng, roti bakar, bubur nasi special, mee rebus dan kuih – muih.

Siakap Stim @ Zaffiz Kitchen

Imej via facebook

Menjelang tengahari pula ada menu masakan panas sehinggalah ke malam hari. Selain itu, sup gearbox yang disediakan memang terbaik. Tomyam seafood nya memang menarik hati. Bagi yang inginkan kelainan menu, anda boleh memesan masakan barat yang tiada tandingannya. 

Siakap 3 Rasa @ Zaffiz Kitchen

Imej via mohammedjuanda

Alamat : 51, 1, Jalan Cengal 1, Taman Desaru Utama, 82200 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari kecuali Jumaat cuti

#7. Ideals Cafe

Cafe ini begitu sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Nak tahu kenapa ? Sebab  Ideals Cafe menyediakan pelbagai menu yang terdiri dari masakan Melayu, masakan barat, masakan panas, menu kanak – kanak dan juga menu sampingan lain.

Oglio Olio @ Ideal cafe

Imej via facebook

Anda boleh menikmati secawan kopi panas yang begitu menyegarkan di sini. Makanan yang sering menjadi permintaan ramai adalah tomyam dan juga makanan barat seperti sizzling grill lamb, aglio olio pasta, chicken chop, nugget dan banyak lagi. 

Cordon Bleu @ Ideal Cafe

Imej via facebook

Alamat: 31, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali Rabu tutup

#8. D Bangkok Village

Restoran D Bangkok Village ini terletak di deretan rumah kedai di Jalan Cengal 1 Bandar Penawar. Bagi anda yang bercuti di Desaru, apa kata cuba menikmati hidangan makan malam di sini.

Tomyam @ D Bangkok Village

Imej via lwinlee

Terdapat masakan panas, tomyam, sup tulang, nasi lemak dan juga makanan barat yang terdiri dari chicken chop dan lamb chop. Ikan siakap tiga rasa dan sup tulang yang memang meletop.

Stim Bawal Emas @ D Bangkok Village

Imej via facebook

Alamat : 147, Jalan Cengal 1, 82200 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 2.00 petang hingga 12.30 malam setiap hari

#9. Dee Pondok Desaru

Mungkin anda tidak tahu nak makan apa sebaik sahaja tiba di Dee Pondok Desaru ini. Mulai jam 12.00 tengahari anda sudah boleh menjamu selera di sini.

Sup Gearbox @ Dee Pondok Desar

Imej via facebook

Nak tahu apa menu yang menarik ? Dah tentulah asam pedas meletop samada asam pedas kepala ikan, ikan pari, ikan kerisi atau ikan kembung yang didatangkan secara set bersama air sirap / teh o ais, nasi putih, sambal belacan dan telur dadar atau telur masin.

Kari Pari @ Dee Pondok Desaru

Imej via facebook

Kalau tak nak asam pedas, apa kata cuba pula set ayam penyet / keli / tilapia atau puyuh penyet yang didatangkan bersama air sirap / teh o ais juga. Makan malam juga ada set siakap yang memang best. Masakan panas lain juga begitu mendapat sambutan di sini.

Alamat : 90, 81600 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#10. Papa Tomyam

Masakan ala Thai menjadi menu hidangan utama di sini. Terutamanya adalah tomyam yang dicampurkan dengan segala bahan – bahan segar memberikan rasa yang begitu menakjubkan.

Siakap Sweet Sour @ Papa Tomyam

Imej via MmMm

Selain tomyam, ikan kukus, ikan tiga rasa, sup tulang, sup geabox antara menu yang sering menjadi pilihan pelanggan. Maka tidak hairanlah begitu ramai menjamu selera di sini kerana keenakannya begitu terserlah.

Ladna @ Papa Tomyam

Imej via sitihafizah

Sebagai penyegar tekak anda, apa kata cuba pula air soda herbs yang begitu menyegarkan.

Alamat : Taman Mutiara Desaru, 81939 Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam  5.30 petang hingga 12.30 tengah malam setiap hari

#11. CJ Site Tomyam

CJ Site Tomyam ini terletak berhampiran jalan besar dan jalan menuju ke Batu Layar. Ia juga tidak jauh dari Desaru Coast Water Adventure Park, Lotus Desaru Resort dan juga ELS Club.

Paprik Belut @ CJ Site Restaurant

Imej via facebook

Restoran ini paling awal dibuka mulai jam 4.00 petang. Pada ketika ini bolehlah anda berkunjung untuk menjamu selera dan ianya ditutup pada jam 1.30 pagi.

Pari Bakar @ CJ Site Restaurant

Imej via facebook

Seperti mana restoran lain, restoran ini turut menyajikan makanan ala Thai dan juga masakan panas lain. Kebanyakannya akan memesan tomyam, ikan masam manis, sayur goreng dan juga ketam berlada. Masakan panas lain seperti nasi goreng, mee goreng, mee Kungfu dan sebagainya juga menjadi pilihan ramai.

Alamat : No 15 24/2 Jalan Dato’ Jaafar, Taman Mutiara Desaru, Bandar Penawar, 81900 Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 1.30 pagi setiap hari

#12. Nelayan Seafood Restaurant

Nelayan Seafoof Restaurant ini merupakan cawangan restoran yang beroperasi di Tunamaya Beach Resort and Spa Resort. Ia menyediakan hidangan berasaskan makanan laut segar yang diperolehi terus dari para nelayan.

Steamed Oyster Garlic @ Nelayan Seafood

Imej via facebook

Suasana restoran ini cukup mendamaikan dengan iringan muzik semasa anda menjamu selera. Anda boleh memilih pelbagai jenis masakan berasaskan makanan laut yang terdiri dari ketam, udang, sotong, siput, kerang dan sebagainya.

Spicy Crab @ Nelayan Seafood

Imej via facebook

Anda juga boleh mencuba menu lobster yang begitu mengliurkan. Biarpun harga makanan di sini agak mahal, namun saiz hidangannya agak besar, tambahan pula semua bahannya adalah segar. Ketam lada hitam dan ayam panggang lembut paling mendapat sambutan di sini.

Alamat: Tunamaya Beach & Spa Resort, Pantai Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#13. Desaru Vibes Lounge

Ke mana hendak dituju, mungkin juga buntu. Jika anda hendak tahu, Desaru Vibes Lounge ini sangat terkenal di kalangan masyarakat setempat. Ia turut menyediakan masakan tempatan, namun lebih popular dengan masakan Barat. Bagaimana dengan rasanya ? Memang superb lah.

Sizzling Lamb @ Desaru Vibes Lounge

Imej via facebook

Macam – macam ada di sini, ada burger, lamb grill, chicken chop, wedges, nugget, meatball, fries, mushroom soup dan banyak lagi. Kalau anda nak tahu, restoran ini sudah mula dikunjungi pelanggan sejak jam 5.00 petang lagi.

Ayam Goreng Cheese @ Desaru Vibes Lounge

Imej via facebook

Alamat : No. 19 Jalan Dato Jaafar 24/1 , Taman Mutiara Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi setiap hari

#14. Deen Burger Bakar

Kalau anda dah bosan dengan burger – burger segera di tempat lain, apa kata cuba pula burger di Deen Burger Bakar ini. Memang berbeza cara penyediaan burger di sini kerana ia menggunakan metod membakar tidak seperti burger lain.

Lamb Chop @ Deen Burger Bakar

Imej via facebook

Burger bakar yang disediakan memberi aroma yang lebih menarik serta dagingnya yang lembut dan berperisa membuatkan ramai yang terpesona. Tambahan keju cair menambah lagi keenakan burger yang disediakan. Boleh meleleh air liur dibuatnya.

Burger @ Deen Burger Bakar

Imej via facebook

Alamat :  No 29, Jalan Dato Jaafar 24, Taman Mutiara Desaru, Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka bermula jam 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam setiap hari

#15. Sedap Sedap Selera Manja

Sebaik sahaja bangun tidur, pastinya anda terasa lapar. Hendak cari makan tapi tak tahu di mana, apa kata anda cuba menjamu selera di Sedap – Sedap Selera Manja.

Somtam @ Sedap Sedap Selera Manja

Imej via facebook

Memang rugi kalau tak cuba makanan di sini, bukannya apa, rasanya dah lah sedap harga pula sangat berpatutan. Singgah makan nasi lemak dahulu sebagai sarapan pagi. Kalau tiba lewat sedikit, lauk pauk untuk tengahari pastinya sudah tersusun di rak makanan.

Soto @ Sedap Sedap Selera Manja

Imej via facebook

Nasi ayam penyet dengan sambalnya yang pedas memang menjadi tarikan. Anda juga boleh memesan masakan panas untuk santapan anda. Terdapat pelbagai menu masakan panas seperti sotong goreng tepung, telur bungkus, tomyam, ikan siakap tiga rasa dan banyak lagi.

Alamat : Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#16. Lembah Restaurant

Di Lembah Restaurant, anda akan menikmati pengalaman bersantap yang hebat sambil menghadap padang golf dan landskap yang menakjubkan. Terdapat pelbagai pilihan makanan untuk anda pilih dari Malaysia ke India Utara dan masakan Fijian.

Lamb Briyani @ Lembah Restaurant

Imej via facebook

Anda boleh mencuba sup dan pembuka selera antarabangsa, Caesar salad crack romaine, daging ayam belanda, sup tomato,crouton bawang putih, parmesan, cesta caesar, pencuci mulut kek coklat lava dan banyak lagi.

Indian Style @ Lembah Restaurant

Imej via gramho

Alamat : 2 Jalan Danau, 81930 Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.30 pagi hingga 8.00 malam setiap hari

#17. Restoran Rosmerah

Restoran Rosmerah ini merupakan sebuah restoran mamak atau india muslim. Ia dibuka 24 jam sehari menjadikan restoran ini sering dikunjungi ramai pelanggan tidak mengira masa.

Nan Cheese @ Restoran Rosmerah

Imej via foursquare

Menu utama di sini adalah yang berasaskan roti canai, samada roti canai biasa, roti telur, roti sardin, roti planta dan sebagainya. Roti nan cheese dengan ayam tandorinya pun antara menu wajib cuba.

Nasi Goreng @ Restoran Rosmerah

Imej via foursquare

Selain itu, nasi kandar dan nasi brianinya memang menggamit hati. Tambah pula kuah karinya memang padu rasanya. Selain itu juga terdapat masakan panas ala Thai disediakan dan dimasak oleh tukang masak dari Thailand demi menjamin rasa yang berkualiti.

Alamat :147, Jalan Cengal 1, Taman Desaru Utama, 82200 Bandar Penawar
Waktu Operasi : Dibuka 24 jam sehari

#18. Restoran Aneka Desaru

Pernah kah anda merasai keenakan bubur berlauk ? Jika selama ini kita hanya mendengar nasi berlauk, namun di restoran ini terdapat bubur berlauk dengan bahan seperti kacang goreng, ayam goreng cincang, sambal bilis dan telur masin.

Kerabu Udang @ Restoran Aneka Desaru

Imej via facebook

Selain itu, masakan panas memang terdapat di sini. Makanan barat juga sangat mengungguli permintaan, antaranya spaghetti, burger, chicken chop, lamb grill dan banyak lagi. Ramai yang makan di sini berpuas hati dengan hidangan yang disediakan kerana menggunakan bahan – bahan segar dan terjamin kualiti.

Sup Tulang @ Restoran Aneka Desaru

Imej via facebook

Alamat : 97, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang setiap hari

#19. Restoran Ehsan Jaya

Satu lagi restoran yang anda mesti cuba biarpun ianya hanyalah sebuah restoran mamak. Memang menu di restoran mamak sama sahaja, namun keenakan rasanya sudah pasti berbeza.

Roti Canai @ Restoran Ehsan Jaya

Imej via foursquare

Menyediakan menu asli masyarakat India menjadi pilihan ramai, terutamanya roti nan dan ayam tandorinya yang lembut dan sedap. Roti canai bersama kuah dal juga begitu padu rasanya.

Maggi Kari @ Restoran Ehsan Jaya

Imej via foursquare

Kebersihan sekitar restoran juga sangat dijaga membuatkan ramai pengunjung selesa makan di sini. Maggi goreng yang dimasak panas – panas membuatkan ramai yang jatuh hati.

Alamat :1, Jalan Cengal 2, Taman Desaru Utama, 82200 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka selama 24 jam sehari

#20. D’Laksamana Seafood 

Jika datang ke restoran seafood, pastilah hidangan berasaskan makanan laut menjadi pilihan. Ikan, sotong, kerang, ketam, udang dan banyak lagi sumber laut terdapat di sini yang dijadikan sebagai santapan.

Tomyam Seafood @ DLaksamana Seafood

Imej via facebook

Kali ini apa kata anda cuba ketam goreng butter, udang goreng, kerapu stim, siakap tiga rasa, kerang bakar dan banyak lagi. Jika ingin selera yang berbeza, anda juga boleh mencuba nasi goreng paprik, nasi goreng kupang, nasi goreng sambal udang dan bermacam lagi yang  menarik.

Ketam Butter @ DLaksamana Seafood

Imej via facebook

Alamat : No 6 Jalan Dato ‘ Jaafar 24/2 Taman Mutiara Desaru Bandar Penawar, 81930 Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.30 tengahari hingga 1.00 pagi setiap hari

Kesimpulan

Bagaimana dengan menu yang disenaraikan tadi ? Pastinya ada yang sudah kecur liur melihat gambar – gambar makanan yang menarik dan menyelerakan.

Anda sudah tentu tidak sabar untuk mencubanya bukan ? Luangkan masa, bawa lah bersama keluarga tersayang ke restoran yang tersenarai ini.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.