Kalau sebut Damansara, mesti kita terfikir IKEA dan The Curve. Sebenarnya, Damansara bukan ada shopping mall yang best-best sahaja, malah, tempat makan yang menarik dan best-best pun banyak.
Dari makanan Cina, Timur Tengah sampailah ke makanan signature Malaysia iaitu Nasil Lemak, semuanya ada di Damansara. Anda bolehlah survey-survey tempat makan mana yang menarik perhatian dan selera anda. Nah… Kami senaraikan 20 pilihan tempat makan yang best di sekitar Damansara.
Mereka menyediakan pelbagai hidangan tempatan. Tapi, yang paling terkenal di sini adalah nasi lemaknya. Lebih-lebih lagi jika ia digandingkan dengan ayam goreng mereka yang bersaiz besar Sambalnya juga sering mendapat pujian pelanggan. Setelah beroperasi selama bertahun lamanya, ia dikatakan masih mampu mengekalkan kualiti makanan mereka. Sedikit kesukarana adalah tempat ini sering sesak dengan kenderaan jadi agak sukar mendapatkan tempat meletak kenderaan. Jadi, susun masa dengan baik sebelum datang ke sini.
Alamat: 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (630am – 730pm) | Sabtu – Ahad (630am – 6pm)
Air tangan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Hampir setiap orang ada memori itu. Mum’s Place juga mendapat inspirasi dari insan istimewa itu. Lalu, mereka membuka sebuah restoran yang menghidangkan gabungan masakan Melayu, Portugis, Cina, Nyonya dan India. Restoran ini agak luas dan boleh memuatkan sehingga 210 orang pada satu-satu masa. Antara menu yang disukai pelanggan ialah sambal petai cencaru, sambal sotong, kari, pudding sago dan banyak lagi. Bagi mereka yang beragama Islam, restoran ini mempunyai status Halal.
Alamat: No. 31-1, 33-1 & 37-1, Jalan PJU 8/5A, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya
Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 3pm, 6pm – 1030pm, 3pm – 6pm)
Kalau mahu makan steamboat, boleh cuba di Pak John. Pelanggan mengatakan yang harganya lebih murah berbanding di tempat lain selain mempunyai pilihan makanan yang lebih menarik. Antaranya ialah itik salai, abalone, dan hirisan daging lembu dan kambing. Walaupun begitu, tidak banyak pilihan makanan laut di sini. Pelanggan turut menyukai sup tom yam mereka. Jadi, jika anda mahu berehat seketika selepas membeli-belah, mungkin anda boleh singgah di sini.
Alamat: The Curve Mall, 2, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 10pm)
Restoran ini sesuai untuk mereka yang mahukan masakan Cina yang halal. Antara yang terdapat dalam menu mereka ialah Sweet Sour Fish, Schezuan Soup, Yong Chow Fried Rice, Buttermilk Floss Prawn, Buttermilk Chicken, dan banyak lagi. Kalau anda mengikuti FB mereka di Mohammad Chow Restaurant, anda akan melihat banyak promosi yang ditawarkan. Malah, mereka turut menyediakan khidmat penghantaran ke kawasan berdekatan.
Alamat: Perdana Business Centre, 3-1, Jalan PJU 8/5h, Damansara Perdana
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 11pm), Jumaat (4pm – 11pm)
The Wok Café menyediakan masakan Cina yang halal. Antara yang menjadi pilihan pelanggan ialah Butter Chicken, Salted Egg Tofu dan Fish Head Curry. Selain itu, hidangan pencuci mulut seperti cendol dan kuih sahu juga menaikkan selera. Harganya pula berpatutan. Restoran ini kemas dan bersih. Jadi, pelanggan suka memuji suasananya yang selesa. Bagi sebahagian pelanggan, The Wok Café & Restaurant sudah pun menjadi kegemaran mereka dan semestinya tempat biasa untuk mereka makan seterusnya.
Alamat: B-G-06 Oasis Square, No.2 Jalan PJU 1A/7A, Taipan 2 Damanasara
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 10pm)
Satu lagi restoran masakan Cina yang halal. Kata orang makan di sini membuatkan akan rasa sedang makan masakan dari rumah. Ini sesuai dengan kata tanda “The warm feeling of home”. Ruang restoran kemas, bersih dan selesa. Layanan para pekerjanya pula mesra. Seronok untuk memilih pelbagai jenis hidangan yang disediakan dan makan makanan mereka yang sedap-sedap seperti ikan kukus asam, ayam kung pao, butter chicken dan butter prawn.
Alamat: 16-1, Jalan PJU 5/17, Dataran Sunway, 47810 Damansara
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari selama 24 jam
Antara menu kegemaran pelanggan di sini ialah Mongolian Chicken, Sizzling Tofu, Butter Prawn, Pandan Chicken, Curry Noodle dan banyak lagi. Ruangnya agak luas dan boleh menempatkan kira-kira 100 orang. Layanan pekerja pula memuaskan hati pelanggan. Jom Cari Makan mendapat rating yang tinggi dari kalangan pelanggannya. Ramai pelanggan turut memasukkan Jom Cari Makan dalam senarai restoran masakan Cina halal kegemaran mereka.
Alamat: 331-1 & 33-2, Jalan PJU 5/12, Kota Damansara
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 11pm)
Ingin cuba masakan Nyonya? Jom kunjungi Little Yum Yum bersama-sama dengan keluarga anda. Ayam Belimbing, Sayur Pucuk Paku, Durian Cendol, Ikan Assam – ini adalah sebahagian hidangan mereka. Harga makanan di sini juga berpatutan. Secara keseluruhannya, semua yang ada di sini termasuk persekitarannya adalah memuaskan. Jadi, tak rugi mencuba.
Alamat: E-45-G, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara
Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (11am – 230pm, 5pm – 930pm) | Ahad (4pm – 930pm), ditutup pada hari Isnin
Selalunya restoran masakan Timur Tengah terkenal dengan kuantiti makanannya yang banyak. Tapi di sini tidaklah sebanyak yang biasa. Walaupun begitu ia bukanlah kekurangan. Ramai yang datang ke sini lebih suka memuji hidangan mereka seperi Mandi Chicken, Mandi Lamb, Lamb Hanith, dan Magluba Chicken. Pada hujung minggu, restoran ini sering dipenuhi pelanggan. Jadi, atur waktu anda dengan baik sebelum datang ke sini.
Alamat: No.43, Jalan PJU 5/20E, The Strand, Dataran Sunway, Kota Damansara
Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 11pm)
Restoran Haji Sharin dikatakan merupakan restoran yang menghidangkan masakan Cina yang halal dengan kualiti lebih bagus berbanding restoran lain seumpamanya. Kerana itulah ia mendapat rating yang tinggi di kalangan pelanggan. Ia menerima pelanggan tanpa henti dan ramai terutama ketika waktu puncak. Antara kegemaran pelanggan ialah Salted Egg Squid, Buttermilk Prawn, Kuey teow, dan banyak lagi.
Alamat: The Strand, No. 26, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara
Waktu Operasi: Setiap hari (1030am – 1030pm)
Ada pintu gerbang dari pokok melilit pada pintu masuknya. Susun atur dan hiasan dalamnya diinsparikan dari gaya retro. Ia membangkitkan rasa aman untuk makan di sini. Seperti di rumah, mungkin. Jadi, untuk melepak bersama rakan-rakan juga bagus di sini. Ada pelbagai jenis masakan tempatan dihidangkan di Makan Time yang terdiri daripada aneka mi seperti mi rebus dan aneka nasi seperti nasi lemak dan nasi kerabu. Ramai yang suka bersarapan di sini dan sering menerima ramai pelanggan ketika waktu makan tengah hari.
Alamat: G-63A-G, Jalan Teknologi 3/9, Bistari D’Kota (Off Persiaran Surian), Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (830am – 430pm), ditutup pada hari Ahad
Hiasan dalamannya menarik. Ia menjadi tarikan pertama pelanggan untuk datang makan di situ. Sangat sesuai untuk dimasukkan ke dalam Instagram anda. Makanannya terdiri daripada masakan tempatan dan barat. Ini termasuklah pasta lasagne, laksa, sago dan banyak lagi. Bagi pelanggan, ini merupakan satu keunikan yang terdapat di restoran ini. Rimba & Rusa turut menyediakan ruang khas untuk kanak-kanak bermain.
Alamat: D-GF-01, Ground Floor, 2, Jalan PJU 5/14, Sunway Nexis, 47810 Kota Damansara
Waktu Operasi: Sabtu – Ahad (9am – 10pm) | Isnin – Khamis (12pm – 10pm), ditutup pada hari Jumaat
Julio’s adalah restoran masakan Timur Tengah dengan tumpuan kepada masakan dari Syria dan turut memasukkan masakan Barat dalam menu mereka. Jadi, anda ada banyak pilihan makanan di sini. Ramai pelanggan bersetuju yang kualiti makanan mereka adalah sangat baik dengan kuantiti makanan yang banyak. Oleh itu, ia terkenal di kalangan peminat makanan timur tengah. Antara yang menerima pujian adalah Shawarma dan Kebab.
Alamat: G-25, Jalan Teknologi, Kota Damansara
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 3am)
Restoran ini bermula di Pulau Pinang dan dikatakan merupakan restoran nasi kandar tertua di Malaysia. Hameediyah Nasi Kandar adalah sebagaimana restoran mamak yang anda ketahui di Malaysia. Nasi Kandar, Kari Kepala Ikan, Ayam Bawang, Ayam Tandori, dan Murtabak adalah antara hidangan yang mendapat pujian pelanggan Jika anda belum pernah makan di Hameediyah, mungkin ini masanya untuk datang dan mencuba makanan-makanan tersebut.
Alamat: Unit A-GF-01 Sunway Nexis, No.1 Jalan PJU 5/1,
Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 11pm)
Restoran ini memang terkenal dengan aneka mi yang dihasilkan sendiri. Teksturnya lembut dan sedap. Kalau anda sukakan mi dengan gaya masakan Cina, jom datang ke sini Restorannya turut dikenali bersih dan dengan layanan yang baik dari para pekerja. Antara yang mendapat pujian ialah Beef Mee dan Mushroom Vegetable Soup.
Alamat: 27-G & 27-1, Jalan PJU 5/20e, Kota Damansara
Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 11pm)
Pencinta nasi lemak dan ayam berempah memang akan ke sini. Ayam berempahnya paling diingati pelanggan. Tambahan pula harganya berpatutan dan boleh dikatakan murah juga. Walaupun nasi lemak merupakan hidangan utama mereka, tapi mereka turut memberi pilihan lain kepada pelanggan seperti Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam, roti telur, dan Asam Pedas.
Alamat: Jalan Camar 4/5, Kota Damansara
Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 12am)
Pulau Pinang ada masakan yang sedap-sedap. Walaupun anda tidak berada di Pulau Pinang, anda masih boleh makan makanan dari sana di Kota Damansara. Cuba dalca, asam laksa, asam patin, ayam masak kicap, kari daging, atau yang lebih istimewa seperti Nasi Hujan Panas. Tempatnya menarik, makanannya sedap walaupun tidak banyak pilihan sebagaimana di tempat lain, dan layanan mesra dari pekerja merupakan sebab anda boleh datang makan di sini.
Alamat: 25, Ground Floor & 1st Floor, Jalan PJU 5/20, The Strand, Kota Damansara
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (11am – 10pm), ditutup pada hari Isnin
Masakan Thai di sini memang sedap-sedap terutama Tom Yam mereka. Restoran bercat merah dihias ringkas dan kemas. Tapi semua itu tak sepenting hidangannya. Ruang di dalam restoran tidak luas. Namun, mereka sediakan meja di luar restoran. Jadi, pelanggan boleh makan di ruang yang terbuka. Harga yang dikenakan juga berpatutan.
Alamat: 22A-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway
Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 1am)
Ada masanya anda mahu melepak, berbual dengan rakan-rakan atau keluarga sambil minum dan makanan ringan. Dreamz Bakery & Café mungkin tempat yang terbaik untuk anda. Hiasannya comel dengan warna pastel dan meja kayu. Bagi pelanggan suasananya seperti berada di rumah. Lebih-lebih lagi apabila anda memilih untuk duduk di lantai berkusyen. Ada banyak pilihan kek dan makanan yang dihidang dengan menarik untuk anda. Gandingkan ia dengan kopi kegemaran anda dan berbuallah dengan mereka yang tersayang di sini.
Alamat: No.32-1, The Strand, Jalan PJU 5/20d, Pusat Perdagangan Kota Damansara
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 10pm)
Makan di sini bukan sahaja sedap tapi murah! Itulah yang dikatakan oleh ramai pelanggannya. Mereka menghidangkan masakan tempatan seperi mi kari, laksa Johor, soto ayam, daging salai, kacang pool dan banyak lagi termasuk sandwic dan kuih-muih. Ringkas, bersih dan kemas. Itulah kelebihan lain yang mereka ada. Rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan apa yang mereka alami di restoran ini. Jadi, anda pun mesti datang untuk makan di sini.
Alamat: 8, Jalan PJU 5/20D, Kota Damansara
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9am – 7pm) | Sabtu – Ahad (830am – 7pm), ditutup pada hari Jumaat
Anda suka kedai makan yang mana? Atau anda ada cadangan tambahan lain? Jangan lupa untuk memberi cadangan tempat makan best di Damansara yang lain untuk kami masukkan dalam senarai ini.
Oh, yang penting jangan lupa share artikel ini ya.
Selain tempat makan best di Damansara, kami juga mempunyai artikel tempat makan menarik yang lain untuk anda baca.