Batu Pahat boleh dikatakan syurga makanan untuk Johor. Sebut sahaja apa yang hendak dicari disini, pasti anda akan temunya. Bermula daripada mee, sehinggalah kepada aneka sup dan juga masakan briyani yang menjadi keistimewaan pekan ini.

Disini kami kongsikan 15 lokasi tempat makan Batu Pahat yang patut dicuba dan menjadi bualan ramai.Semoga industri pelancongan Batu Pahat berkembang dengan artikel ini. Kami berharap ianya menjadi panduan lengkap untuk mereka yang mencari tempat makan yang sedap di Batu Pahat.

#1 Mee Racun Tulang

Mee Racun Batu Pahat
Mee Racun Batu Pahat

Namanya sedikit pelik, tetapi kesedapannya memang diakui.Restoran ini boleh dikatakan antara resoran yang terkenal di Batu Pahat dengan masakan mee.

#2 Sitam Sup Corner

Sitam Sup Corner
Sitam Sup Corner

Jika anda ingin mencuba sup,ini tempatnya.Disarankan untuk mencuba sup campur. Pasti anda akan berpuas hati.Lokasinya adalah diBP Walk, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia

#3 Nikmat Tandoori House

Nikmat Tandoori House
Nikmat Tandoori House

Untuk merasai keenakkan ayam tandoori, tempat makan ini ada jawapannya. Boleh terjah di Jalan Sultanah, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor, Batu Pahat, Johor 83000. Merupakan tempat wajib pergi di Batu Pahat.

#4 Mak Limah Asam Pedas

Mak Limah Asam Pedas
Mak Limah Asam Pedas

Ini pula adalah tempat unutk mereka yang ingin merasai kesedapan asam pedas. Boleh kata tidak sah kunjungan anda ke Batu Pahat jika tidak makan di sini. Antara yang boelh dicuba di sini adalah ikan merahnya.Melihat pada gambar, kami pasti anda sudah terliur dan tidak sabar untuk ke Batu Pahat sekarang!

#5 Atan Pisang & Mee

Atan Pisang & Mee

Jika anda inginkan sedikit kelainan, anda boleh cuba makan di sini. Melalui nama anda sudah dapat menganggak menu utama yang wajib dipesan. Di sini, mee gorengnya patut dicuba selain goreng pisangnya.Gabungan sambal kicap dan pisang goreng pasti tidak dapat dibayangkan. Fuh!

#6 Restoran Ceria Maju

Restoran Ceria Maju

Untuk mereka yang mencari maskaan panas, restoran ini anda boleh kunjungi. Lokasi restoran ini terletak di Jalan Ampang Jaya, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia. Menu utama cadangan di sini adalah tomyam changmainya.

#7 Restoran Bariani Power

Restoran Bariani Power
Restoran Bariani Power

 

Batu pahat dan nasi beriani adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Ini merupakan makanan kesukaan kami. Jadi, untuk peminat beriani, restoran ini patut berada dalam senarai atasan anda jika berada di Batu Pahat.

Untuk lebih nikmat lagi, jangan lupa pesan air bandung. Restoran ini terletak di Jalan Tukas 2, Taman Gadong, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia.

 

#8 Asam Pedas Generation Tambak Batu Pahat

Asam Pedas Generation Tambak Batu Pahat
Asam Pedas Generation Tambak Batu Pahat

Asam pedas di tempat makan ini apa kurangnya. Antara tips apabila makan di sini adalah ikan parinya. Memang disyor ramai.Sajian yang lengkap pabila dimakan bersama telur dadar.

#9 After Isyak Dinner

After Isyak Dinner

Jangan pula kata Batu Pahat tidak punya satay. Jika anda mencari satay yang sedap, sini adalah salah satunya. Dari gambar anda dapat lihat satay dimakan bersama lontong. Lokasi tempat makan ini adalah di Jalan Pegawai, 83000, Malaysia.

#10 Nasi Baryani Mohd Shah

Nasi Baryani Mohd Shah

Nasi Baryani Mohd Shah

Ini juga merupakan tempat makan briyani kesukaan ramai.Briyani kambingnya dikatakan menu wajib apabila anda makan di sini. Ada juga yang mengatakan bahawa Nasi Baryani Mohd Shah merupakan tempat makan briyani terbaik di Johor. Anda bagaimana?

Lokasi kedai Gerai No. 14, Kompleks Niaga Peserai (Benteng Peserai), Batu Pahat, Johor, Malaysia.

#11 Nasi Lemak Cik Chom

Nasi Lemak Cik Chom
Nasi Lemak Cik Chom

Nasi Lemak Cik Chom ini menjadi viral beberapa ketika dahulu. Keunikkannya adalah pada sotong goreng besarnya dan juga timun yang diganti dengan epal hijau. Selain itu, nasi lemaknya juga berwarna hijau. Lokasi kedai Pura Kencana, 83300 Batu Pahat, Johor, Malaysia.

#12 Restoran Asam Manis

Restoran Asam Manis

Ini lagi sebuah restoran yang menarik di Batu Pahat. Pelbagai menu yang disyorkan apabila anda berada di sini. Antaranya adalah menu tomyamnya yang dikatakan terbaik.

Roti canainya juga dipuji ramai serta nasi lemaknya. Sambalnya dikatakan sedap.Lokasi restoran ini di (Jalan Setia Jaya 4, Taman Setia Jaya), Batu Pahat, Johor 83000.

#13 Nasi Beryani Pokok Sena

Nasi Beryani Pokok Sena

Ini sebuah lagi restoran briyani yang boleh anda terjah di Batu Pahat. Restoran Nasi Beryani Pokok Sena ini terletak di Taman Nira, Batu Pahat, Johor 43000.

#14 Nasi Lemak Lowpiak

Nasi Lemak Lowpiak

Untuk yang menacari tempat sarapan lain yang menarik, ini mungkin salah satunya. Nasi Lemak Lowpiak dimana pemilik sebenar bernama Kak Zai.Terletak di Low Piak, Taman Nira, Batu Pahat, Johor. Kedai ini beroperasi dari 7.30 pagi sehingga 12.30pm dan tutup pada hari Selasa.

#15 Yah’s Nasi Lemak Corner

Yah's Nasi Lemak Corner
Yah's Nasi Lemak Corner

Imej: Foursquare

Jika anda masih ingin mencari tempat makan nasi lemak yang sedap, tempat makan ini boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif sarapan pagi selain Nasi lemak Lowpiak. Tempat makan ini terletak di Jalan Merawan, Batu Pahat, Johor, Malaysia. Ayam gorengnya dikatakan antara lauk pilihan wajib cuba.

Kesimpulan

Antara kesemua ini, yang manakah menjadi pilihan anda? Ada tempat yang kami terlepas pandang? Jika anda, jangan lupa untuk berkongsi dengan kami. Akhir kata, semoga industri pelancongan Batu Pahat bertambah maju.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.