Ada pembaca yang bercadang untuk ke Batu Caves? Anda masih tercari-cari tempat makan menarik yang anda boleh singgah sekitar Batu Caves? Jangan risau, kami ada senarainya!

Berikut kami senaraikan 8 tempat makan yang wajib anda serbu jika berkunjung ke Batu Caves. Senarai ini juga tidak mengikut ranking, jadi teruskan membaca!

#1 Restoran Kari Kepala Ikan SG

Alamat: 10-12, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Jika anda berkunjung ke Batu Caves, ada satu restoran kari kepala ikan yang cukup popular di sini – Restoran Kari Kepala Ikan SG! Agak-agak mengapa namanya begitu gah sekali di sini ya?

kari kepala ikan

Imej via Foursquare

Semestinya restoran ini terkenal dengan kari kepala ikan! Menurut pelanggan yang pernah mencubanya, kari ikan di sini bersaiz besar dan isinya juga lembut dan segar. Kuah karinya juga pekat, memang terbaik!

ayam pandan

Imej via Foursquare

otak otak

Imej via Foursquare

Selain itu, hidangan lain juga tidak kurang hebatnya. Ayam pandan, otak-otak, udang petai dan kari sotong. Jika dimakan bersama nasi putih kuah banjir, pasti berganda keenakannya.

#2 Restaurant Tuu Dok Ko 1488

Alamat: Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudra, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6.30 pagi – 5 petang

Ada penggemar masakan Pantai Timur? Restoran Tuu Dok Ko 1488 ini wajib ada singgah, terutamanya jika anda mahu menikmati masakan Pantai Timur yang bukan sahaja enak malah asli resepinya.

menu @ Tuu Dok Ko 1488

Imej via Foursquare

Tidak dinafikan restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan dan dibanjiri dengan pujian. Ramai pelanggan menggemari menu-menu yang disediakan dek kerana keenakan dan keasliannya.

Imej via Foursquare

Imej via Foursquare

Antara menu yang anda wajib cuba ialah laksam, nasi dagang, mi wantan dan banyak lagi. Ada beraneka jenis hidangan yang disediakan di sini, kami yakin anda pasti akan rambang mata!

#3 Pak Uda Kitchen And Grill

Alamat: No. 13-G, Jalan PPS 1, Pusat Perdagangan Selaseh, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengah hari – 12 tengah malam manakala Jumaat dan Ahad dibuka 4 petang – 12 tengah malam

Pencinta makanan Barat memang wajib serbu restoran ini. Merupakan antara restoran yang menghidangkan makanan Barat yang cukup terkenal di Batu Caves, restoran ini baharu sahaja beroperasi pada tahun 2014.

Imej via Foursquare

Imej via Foursquare

Yang menarik tentang menu-menu di sini ialah kebanyakannya dinamakan bersempena dengan nama artis-artis tahun 70an dan masa kini. Contohnya Madonna Cheesy Chicken Chop dan Bon Jovi Salmon Fish, memang unik!

Imej via Foursquare

Untuk snek pula, kami cadangkan agar anda cuba Pak Uda Special Nachos Snack. Jika anda peminat keju, anda pasti akan menyukai hidangan yang diselaputi dengan keju ini!

#4 Code:Black Espresso

Alamat: B-G-9, Emerald Avenue, Jalan PS 11, Selayang – Kepong Highway, Prima Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin-Jumaat dibuka 3 petang – 11 malam manakala Sabtu dan Ahad 1 tengah hari – 12 tengah malam

Imej via Instagram

Sejurus sahaja anda melangkah masuk ke dalam kedai kopi ini, anda pasti akan terbau aroma kopi yang cukup memikat. Itu baru sahaja bau, belum lagi anda menghirupnya sendiri!

Imej via Foursquare

Kedai kopi yang bukan sahaja terkenal dengan kopi malah pencuci mulut ini mula menjadi sebutan ramai dek kerana kualiti kopinya yang memang terbaik. Antara kopi yang anda wajib cuba ialah Latte dan Espresso, pekat dan sedap!

Imej via Foursquare

Untuk pencuci mulut pula, ada berbagai jenis kek dan brownies yang disediakan. Kami cadangkan agar anda cuba Cinnamon Roll, Tiramisu dan Burnt Cheesecake mereka, pasti anda akan jatuh cinta!

#5 Wira Seafood (Batu Caves)

Alamat: Jalan SG 1/0, Batu Caves, 68100, Gombak, Selangor, 68100 Gombak

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 petang – 3 pagi

Untuk makan malam, pasti tekak anda teringinkan makanan berat, bukan? Singgah sahaja di Wira Seafood yang cukup terkenal dengan makanan laut dan makanan Barat ini, memang sesuai disinggah pada waktu malam!

Imej via Foursquare

Antara menu yang laku keras di sini ialah ikan siakap stim, udang sambal petai, sotong goreng tepung dan kerang bakar. Kalau dimakan bersama tomyam dan nasi putih panas, pasti lebih ‘kaw’!

Imej via Foursquare

Untuk makanan Barat pula, Chicken Chop merupakan antara hidangan yang kerap dipesan. Teringin makanan manis? Wira Seafood juga turut menyediakan pencuci mulut, sesuai dibuat pembuka selera.

#6 House of Nasi Kerabu (HONK)

Alamat: Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 1 malam

Peminat tegar nasi kerabu, kami ada berita baik buat anda! Di Batu Caves, ada sebuah restoran yang menyediakan nasi kerabu yang terlajak sedap, rasanya sesedap nasi kerabu asli di Kelantan. Restoran itu ialah House of Nasi Kerabu (HONK)!

Ada dua jenis nasi kerabu yang cukup digilai ramai di sini – nasi kerabu tumis dan nasi kerabu Nara. Menurut ramai, nasi kerabu di HONK ini keistimewaanya terletak pada sambal mereka yang pedas dan manis. Lagi banyak, lagi enak!

nasi kerabu ketam @ honk

Imej via Foursquare

nasi kerabu daging @ honk

Imej via Foursquare

Untuk lauk pula, ada berbagai jenis lauk. Anda boleh cuba daging bakar, ayam percik dan ketam yang besar-besar saiznya. Kualiti yang dijanjikan memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

#7 Sri Ayu Seafood

Alamat: 68100, Jalan Makmur, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 12 tengah malam

Masakan kampung sememangnya dekat di hati kita. Bila perut mula berkeroncong, pasti anda akan teringat tentang lauk-pauk tempatan yang tidak dapat disangkal lagi keenakannya, bukan?

lauk @ sri ayu seafood

Imej via Foursquare

Jika anda teringin untuk menikmati masakan kampung yang memang best, singgah sahaja di Sri Ayu Seafood. Ada pelbagai jenis lauk-pauk di sini. Dari ikan bakar, makanan laut, gulai kawah, asam pedas, kesemuanya ada!

makan @ sri ayu

Imej via Foursquare

Menu yang sentiasa menjadi pilihan ramai ialah nasi campur, di mana lauknya ialah gulai kawah. Memang lazat, kami yakin anda pasti akan menikmatinya dengan penuh berselera.

#8 Nasi Lemak Ujang Corner

Alamat: Jalan 2/16, Dataran Templer, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi – 2 pagi, Ahad dibuka dari 8 pagi – 5 petang dan Isnin 5 petang – 2 pagi

Semasa sarapan, semestinya hidangan ini merupakan antara menu sarapan yang wajib anda nikmati – nasi lemak! Jika anda mahu mencuba nasi baik tersedap di Batu Caves, singgah sahaja di Nasi Lemak Ujang Corner.

nasi lemak @ ujang corner

Imej via Foursquare

nasi lemak sambal paru @ ujang corner

Imej via Foursquare

Keistimewaan utama nasi lemak di sini terletak pada sambalnya. Rasa manis, masin dan pedasnya memang secukup rasa. Pendek kata, sambalnya memang sempurna.

Antara lauk yang anda boleh tambah ialah sambal kerang, sambal sotong, sambal paru dan rendnag ayam. Kelazatannya pasti boleh bikin anda senyum sepanjang hari!

Kesimpulan

Banyak juga tempat makan di Batu Caves yang boleh anda terjah. Sambil anda melancong, bolehlah anda menjamah makanan yang sedap-sedap sekitar sini, pasti cuti anda lebih bermakna!

Sekiranya anda bercadang untuk singgah di tempat-tempat ini, kami cadangkan agar anda datang awal. Risau sekiranya berlaku perebutan di ruang parkir dan ruang dalam restoran. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.