Banting bukan sahaja terkenal dengan pantai Morib, malah turut dikenali kerana beberapa restoran yang diserbu pelanggan dari dalam dan luar daerah. Jika anda berada di Banting, berikut adalah 7 restoran terbaik yang anda boleh kunjungi untuk mengisi perut, dijamin terbaik!

#1 Warisan Pak Musa

Tidak dinafikan, nasi lemak memang merupakan antara makanan yang paling terkenal di Malaysia. Anda boleh jumpa ia di mana-mana! Jadi, bila dapat jumpa nasi lemak yang sedapnya berbeza dengan yang lain memang menyeronokkan, bukan?

nasi lemak sotong warisan pak musa

Imej via Foursquare

Warisan Pak Musa memenuhi keperluan itu dengan menghidangkan Nasi Lemak Sambal Sotong yang menjadi perbualan ramai. Malah, ramai pelanggannya yang sanggup datang dari luar daerah semata-mata untuk menikmati nasi lemak dengan sambal sotong istimewanya itu.

Sambal yang dimasak adalah resepi turun-temurun pemiliknya. Mi dan bihun goreng juga turut dimasukkan dalam menu mereka untuk dimakan bersama-sama dengan sambal sotong. Cukup enak dikenakan bersama Teh O Panas semasa bersarapan!

Alamat: Medan Selera Sri Pekan, Jalan Suasa 1, Banting

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 7:30 pagi hingga 12 tengahari

#2 Wak Dol Soto

Soto @ Wak Dol Soto

Imej via Foursquare

Soto dari Wak Dol Soto dikatakan yang paling sedap di Banting. Kedai yang diusahakan oleh pasangan suami isteri ini memang sudah lama dikenali penduduk sekitarnya dan mula mendapat perhatian daripada mereka yang datang dari luar daerah.

Nasi Ayam @ Wak Dol Soto

Imej via Foursquare

Selain soto, Wak Dol Soto juga sebenarnya menjual masakan lain iaitu aneka mee, nasi, kuey teow dan bihun serta bakso yang digemari. Sebab itulah pelanggan merasakan yang Wak Dol Soto merupakan tempat paling sesuai untuk makan tengah hari terutamanya!

Alamat: Persiaran Majlis, Taman Budiman, 42700 Banting

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, bermula dari jam 10:30 pagi hingga 10 malam

#3 Restoran Nasi Daging (RND)

Nasi Daging adalah hidangan orang utara yang cukup terkenal. Tapi kini anda boleh nikmatinya di Banting! Nasi dengan hirisan daging bakar ini dipadankan dengan air asam dan dalca serta salad.

Nasi Daging RND

Imej via Instagram

Nasi daging RND juga pernah disebut di dalam sebuah akhbar tempatan! Resepi nasi daging mereka adalah warisan arwah ibu pemiliknya yang kemudian mendapat sentuhan sendiri bagi meningkatkan lagi kelazatannya.

Pencecah air asamnya pula istimewa berbanding di tempat lain kerana ia dicampurkan dengan kerisik. Burung puyuh goreng halia dan ayam bakar juga turut dimasukkan dalam menu dan ia juga sesuai dipadankan dengan nasi daging, semestinya enak!

Alamat: Lot 145, Jalan LU 2/2, Taman Langat Utama, Bukit Changgang, 42700 Banting

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 12:03 tengahari hingga 10 malam

#4 Grilled Adden Burger

Grilled Adden Burger dikenali dengan makanan Barat seperti kambing bakar dan burger bakar selain nasi lemak untuk citarasa tempatan. Senibina restoran yang ringkas dan suasana kedainya sangat yang selesa ini membangkitkan mood santai untuk makan-makan, cukup meriah!

Burger @ Grilled Adden Burger

Imej via Foursquare

Boat Noodle @ Grilled Adden Burger

Imej via Foursquare

Rata-rata pelanggan yang datang ke sini suka dengan apa jua makanan yang mereka pesan, terutamanya set burger. Selain itu, menu Boat Noodle juga merupakan antara menu yang cukup laris di sini, anda wajib cuba!

Alamat: Simpang 3, Kolej MARA, Jalan Utama Labohan Dagang, Banting

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 5:15 petang hingga 12 tengah malam

#5 Makan Dalam Cafe

Menu @ Makan Dalam

Imej via Foursquare

Satu lagi restoran yang menghidangkan makanan Barat dan nasi lemak ialah Makan Dalam Cafe. Ia mempunyai ruang makan yang santai dan selesa untuk para pelanggannya. Chicken Grill dan Nasi Lemak Ayam Berempahnya adalah hidangan yang selalu menjadi pilihan ramai.

Mereka juga ada ayam drumstick black pepper yang tidak kurang hebatnya, dijamin sedap walaupun dimakan begitu sahaja. Kafe yang santai ini juga betul-betul tempat yang boleh disyorkan kepada rakan-rakan untuk melepak atau untuk bawa anak-anak makan!

Alamat: Kampung Sg. Lang Tengah, Banting (bersebelahan dengan Gunting Karat Barbershop

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam

#6 Restoran Nasi Arab Luqman

Ramai yang mengesyorkan restoran ini untuk makan nasi Arab dan ratingnya juga antara yang tertinggi. Siapa yang biasa makan nasi Arab mesti tahu yang kuantiti makanannya banyak dan penggunaan rempah asli masakannya menjadikannya sangat sedap.

Nasi Arab Luqman

Imej via Instagram

Ayam atau dagingnya pula dipanggang sehingga lembut di dalam tetapi garing di luar. Di Restoran Nasi Arab Luqman, resepi dari Yaman ini disesuaikan dengan citarasa tempatan. Nasinya pula daripada beras berkualiti tinggi.

Percaya atau tidak, ini semua untuk harga kurang daripada RM10, cukup berpatutan dan berbaloi dengan kualiti Nasi Arab di sini! Tidak hairanlah Restoran Nasi Arab Luqman sering menerima ramai pelanggan dan tempahan untuk majlis tertentu dalam jumlah yang besar.

Alamat: 37, Jalan Cemerlang 4, Banting Business Centre, 42700 Banting

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam

#7 The Chaiwalla

The Chaiwalla adalah restoran dengan dekorasi moden yang cantik yang menghidangkan masakan tempatan dan Barat. Ini tempat yang cukup selesa untuk melepak atau makan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Menu @ The Chaiwalla

Imej via Foursquare

The Chaiwalla juga menyediakan hidangan berat seperti Chicken Chop dan Spagheti. Ruangnya dihias dengan ringkas tapi cukup kemas dan bersih. Tidak hairanlah ia sentiasa menjadi pilihan untuk acara istimewa penuh santai seperti majlis hari jadi!

Alamat: No.7/9, Block D, Tingkat Bawah, Jalan Cemerlang 4, Pusat Perdagangan Banting, 42700 Banting

Waktu Operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 11:30 malam

Wah, banyak juga tempat makan menarik sekitar Banting ini! Pilih sahaja jenis makanan apa yang anda teringin – makanan Barat, tempatan mahupun Arab, semuanya kami senaraikan buat anda!

Bagi yang sudah mula berkeroncong perut memikirkan keenakan makanan-makanan di tempat makan yang kami senaraikan ini, lekaslah serbu tempat makan ini ya. Dijamin puas hati!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.