Imej via [twitter]

Kali pertama dengar nama restoran ini, pasti terfikir ini adalah restoran Jepun? Atau makanan Japan. Adakah halal makanan steamboat di sini? Samurai Yakiniku di Bangi ini adalah sebuah restoran Steamboat Japan yang halal tau.

Menariknya, makanan steamboat di sini dimasak menggunakan arang dan bukannya dapur gas. Itu membuatkan aroma masakannya begitu sangat sedap dan lazat. Patutlah ramai penggemar steamboat memilih untuk makan di Restoran ini di Bangi. Anda boleh rasai sendiri memasak steamboat dari dapur arang.

Imej via [fb]

Suasana restoran ini sangat mesra keluarga dimana anda boleh datang makan beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan. Ruangannya juga selesa, malah boleh dijadikan tempat bersantai bagi anda yang ingin menenangkan jiwa sambil menikmati steamboat lazat. Sekali sekala, reward diri dengan cara makan steamboat di Restoran Samurai Yakiniku ini apa salahnya.

Imej via [fb]

Aneka Makanan Steamboat Samurai Yakiniku

Imej via [fb]

Menu utama di sini sudah semestinya makanan steamboat atau makanan Jepun. Anda boleh memilih untuk makan secara buffet atau mengikut menu. Ada menu yang berharga dari RM 10 sehinggalah RM99. 

Harga promosi Buffer (Makan unlimited) bermula dari harga RM 25 sehingga RM29. Antara menu makanan yang boleh anda cuba di sini adalah Wagyu, Jigoku, Karaagedon, Teriyakidon, Donburi, enoki roll, ramen dan banyak lagi.

Ianya seperti sushi serta nasi tetapi mempunyai pelbagai jenis menu pilihan ramai. Bagi mereka yang baru sahaja ingin mencuba menu Jepun ini, apa sahaja di sini boleh anda makan kerana ia sememangnya halal!

Imej via [fb]

Hidangan yang disediakan di sini juga tampak sangat exclusive, kemas dan sudah tentu rasanya juga sedap.

Sudah pasti sushi dan menu-menu ini diperbuat daripada bebola ikan, bebola ayam, isi ayam segar, pelbagai jenis ikan, daging, makanan seafood, sayur-sayuran dan banyak lagi. Anda boleh masak menggunakan arang yang disediakan ataupun makan makanan yang sudah ready to eat.

Nasi, lauk ayam, lauk ikan atau apa sahaja citarasa anda, pasti turut ada di sini. 

Jangan pening dengan senarai menu, sampai saja di restoran Samurai Yakiniku, anda boleh lihat dan pilih sendiri melalui buku menu mereka.

Imej via [fb]

Kemudahan Restoran Samurai Yakiniku 

Imej via [fb]

Sekiranya anda ingin menyambut hari jadi atau membuat jamuan makan di sini, tidak menjadi masalah. Boleh diuruskan oleh pihak restoran. Ramai yang berpuas hati dengan kemudahan di sini. Tambahan pula ini adalah restoran yang dikatakan menjual daging Wagyu termurah. Rugi kalau tak cuba makan di Samurai Yakiniku ini. 
Jom baca juga Nasi Ayam Mancongkam KL

Lokasi: C-11-G Bangi Gateway Shopping Complex Persiaran Pekeliling Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 11:30 PG–11:00 PTG (setiap Hari)

Telefon:   010-502 8321

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.