Restoran steamboat dahulunya agak kurang berada di pasaran. Jika terdapat restoran steamboat di pasaran, kebanyakannya tidak halal. Namun, restoran steamboat kini semakin banyak dan sangat mudah didekati.

Al – Fateh Steamboat juga sama seperti  restoran – restoran steamboat lain. Malah, restoran ini turut menyediakan tempat untuk grill juga. Pelanggan boleh menikmati dua jenis hidangan dalam satu masa.

Steamboat

Imej via facebook

Restoran ini menyediakan pelbagai pillihan lauk pauk untuk direbus / celur dan untuk dipanggang.  Pelbagai makanan laut segar dan mentah, daging kambing, lembu, ayam, bebola ikan, sotong, udang, pelbagai jenis sayuran segar, mee kering turut disediakan.

Kepingan daging lembu, kambing dan ayam untuk dipanggang telah diperap dengan bermacam perasa atau rempah. Antaranya adalah perasa bbq, lada hitam, kari dan bermacam lagi.

Pelanggan diberi pilihan samada sup biasa atau kuah tom yam sebagai sup renehan steamboat. Bagi yang datang bersama anak kecil, digalakkan untuk memilih kuah sup sebagai hidangan.

Restoran Al – Fateh ini antara restoran steamboat yang agak popular kerana tidak banyak restoran steamboat di buka di sekitar kawasan ini. Oleh sebab itu, ia sering menjadi pilihan ramai kerana kedudukan lokasi restoran yang sangat bersesuaian.

Daging Kambing Berjus

Sambil menunggu hidangan steamboat anda siap, boleh juga anda memanggang kepingan daging yang telah diperap. Daging kambing antara hidangan yang semestinya anda panggang dan rasai sendiri keenakan daging tersebut. Biarpun dipanggang, dagingnya masih terasa lembut serta berjus.

Steamboat

Imej via facebook

Bahan yang digunakan untuk perapan daging adalah sangat berbeza dan tidak sama di restoran steamboat lain. Aroma yang terhasil sebaik sahaja anda mula memanggang, ternyata membuatkan perut semakin melonjak lapar. Sebab ini jugalah ramai yang menjamu selera di sini.

Sos pencicah yang disediakan untuk dimakan bersama steamboat dan hidangan grill juga menyelerakan. Sememangnya sos yang disediakan juga begitu serasi antara satu sama lain. Antara sos yang disediakan adalah sos cili, sos Thai, sos lada hitam dan sos bbq.

Kambing KITAGI

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, restoran ini turut menyediakan daging kambing frozen yang telah diperap untuk dibawa pulang oleh pelanggan. Daging kambing frozen yang disediakan dinamakan daging kambing KITAGI yang telah dibuat sendiri oleh chef di dapur.

Makanan laut yang disediakan buat para pelanggan juga banyak pilihannya. Antaranya adalah pepahat, kepah, kerang, udang, kupang yang boleh anda nikmati bersama kuah sup atau tom yam.

Steamboat

Imej via facebook

Selain itu juga, menu berasaskan karbohidrat seperti nasi goreng, mee goreng dan kue teow goreng turut disediakan untuk para pelanggan. Hidangan ini boleh dimakan bersama lauk – pauk yang telah dipanggang dan sememangnya cukup mengenyangkan.

Air minuman yang disediakan di ‘water station’ juga mempunyai pelbagai pilihan yang boleh anda pilih seperti air sirap, air nenas, asam boi biru dan juga laici. Ais krim sebagai dessert sudah pasti menjadi pilihan ramai terutama kanak – kanak.

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam setiap hari untuk hidangan buffet steamboat. Walau bagaimanapun, restoran ini juga menyediakan hidangan sarapan pagi dan juga makan tengahari mulai jam 8.00 pagi hingga jam 3.30 petang. Harga buffet steamboat dan grill cuma RM 25.30 untuk seorang dan setiap pembaziran makanan akan dicaj sebanyak RM 5.00 untuk setiap 100 gram.

Alamat : Kawasan 1, Lorong Raja Jumaat, Kampung Jawa, 41000 Klang

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.