Mencari tempat makan sarapan di Kota Bharu?
Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan yang cukup tersohor. Ada banyak tarikan yang boleh didapati di sini.
Tempat makan di sini juga ada berbagai jenis. Hidangan Barat, masakan tempatan, minum petang dan makan malam, semuanya ada.
Ini termasuklah juga dengan sarapan pagi. Untuk itu, berikut kami senaraikan 14 tempat makan sarapan di Kota Bharu untuk anda. Teruskan membaca!
Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu 6.30 am – 2 pm, hujung minggu 6 am – 2 pm
Restoran ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi. Kopitiam kita sememangnya tempat sarapan di Kota Bharu yang paling popular.
Menu sarapan di sini ada berbagai, namun yang paling popular ialah Roti Titab. Ianya merupakan roti bakar yang disajikan bersama telur separuh masak dan kaya.
Roti yang lembut serta kaya yang manis dan telur yang berlemak membuatkan ramai pelanggan ketagih dengan hidangan ini.
Selain itu, nasi berlauk, pulut inti, nasi kerabu dan aneka jenis kuih-muih turut disediakan. Bikin rambang mata!
Alamat: Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 2 pm
Alang-alang berkunjung ke Kota Bharu, semestinya anda mahu mencuba nasi kerabu.
Untuk itu, singgah sahaja di Lieniey Nasi Kerabu Tumis.Terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi, restoran ini menyajikan nasi kerabu yang enak & asli.
Lauk-pauknya juga ada berbagai pilihan. Ikan goreng tepung, kambing bakar, daging bakar dan ayam bakar merupakan antaranya.
Jangan lupa untuk tambah solok lada dan telur masin sebagai hidangan tambahan, memang sedap.
Alamat: 4652, Jalan Masjid Langgar, Kampung Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 7 am – 2 pm
Satu lagi restoran yang menyediakan roti titab ialah Ayang Cafe, sebuah restoran yang terletak di Kampung Langgar.
Roti titab di sini dikenali dengan nama Roti Ayang. Rasanya lemak-lemak manis dan telur separuh masaknya melengkapkan rasa.
Hidangan lain seperti Nasi Kapit Sambal, Nasi Dagang, Lompat Tikam, Pulut Pagi dan Nasi Tumpang turut dijual di sini.
Alamat: Medan Ikan Bakar, Jalan Kuala Besar, Kampung Kedai Buloh, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 7.30 am – 4.30 pm
Teh tarik madu cukup popular di Kelantan, dan antara restoran yang menyediakannya ialah Warung Pak Mat Pulau Pisang.
Bukan sahaja menyajikan minuman, malah makanan di sini juga turut menjadi rebutan.
Antara yang menarik ialah nasi putih yang dinikmati dengan sup ikan, sup gear box, ayam kampung, ikan percik dan ayam percik.
Alamat: 1329-L, Jln Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 6.30 am – 1.30 pm
Roti bakar dan kopi beng – hidangan sarapan yang ringkas, namun cukup sempurna.
Untuk menikmatinya, singgah sahaja di Kedai Kopi White House. Roti bakar di sini disajikan dengan telur separuh masak, cukup menyelerakan!
Kopi beng juga turut mendapat pujian. Ianya pekat dan tidak terlampau manis. Minuman yang terbaik untuk memulakan hari anda.
Alamat: 110, 2, Jalan Kampung Dusun, Kampung Bahagia, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 6.30 am – 4 pm
Ada peminat tegar minuman coklat iaitu Milo di sini? Jika anda menggemarinya, anda wajib singgah di Pok Loh Milo Tunggeng.
Ianya dinamakan Milo Tunggeng disebabkan oleh cara penyediaannya. Milo di sini memang pekat, sekali hirup pasti nak lagi.
Untuk makanan pula, Nasi Berlauk Kak Chik, nasi tumpang, telur separuh masak, roti titab dan roti telur juga turut disukai ramai.
Alamat: Kampung Wakaf Siku, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 1 pm, Jumaat 6 am – 12 pm
Ingin menukar selera dari nasi kerabu ke nasi lemak pula? Untuk itu, singgah sahaja di restoran Nasi Lemak Bersinar Kota Bharu.
Nasi lemak di sini memang sesuai dinikmati oleh mereka yang tidak tahan pedas, kerana sambalnya manis dan kena dengan citarasa ramai.
Untuk lauknya pula, ayam goreng, sambal sotong dan rendang daging merupakan pilihan yang popular.
Alamat: Pt 119, Aras Bawah, Jalan Tg. Petra Semerak, Seksyen 9, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 12 am
Tidak keterlaluan jika kami katakan yang Restoran Wau ini memang syurga makanan.
Hal ini kerana ada pelbagai jenis selera yang disajikan di sini dan ini termasuklah menu sarapan yang berbagai.
Untuk sarapan, anda boleh cuba nasi kerabu yang berbagai lauk-pauknya, roti canai dan nasi dagang. Bukan sahaja sedap, malah mengenyangkan!
Alamat: Lot 947, Jalan Hospital, Kampung Belukar, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 1.30 pm
Satu lagi tempat sarapan di Kota Bharu yang menyajikan nasi kerabu ialah restoran Nasi Kerabu Panji.
Dibuka seawal jam 6 pagi, kelebihan utama restoran ini terletak kepada kepelbagaian lauk yang disajikan.
Daging bakar, kambing bakar, puyuh goreng dan ayam goreng merupakan antara lauk-pauknya. Solok lada juga turut terjual laris.
Selain nasi kerabu, menu sarapan lain seperti lontong, nasi lemak, nasi tumpang dan bihun goreng juga turut disajikan.
Alamat: Bangunan Kwsp, Lot 444, Jalan Padang Garong, Kelantan, 15000 Kota Bharu
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 10.30 pm
Jika anda berkunjung ke Kelantan, memang tidak sah jika anda tak cuba hidangan ini – nasi air. Untuk itu, singgah sahaja di restoran Nasi Air Hidang Pok Sen.
Berlainan dengan bubur, tekstur nasi air ini lebih pejal. Ianya juga sesuai dinikmati semasa sarapan.
Nasi air di sini disajikan dengan ikan bilis, daun bawang dan bawang goreng. Untuk yang special pula, anda akan disajikan dengan daging.
Alamat: Jalan Tengku Mohd Maasum, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 3 pm, Jumaat 8 am – 1 pm, Sabtu 8 am – 3.30 pm
Kami yakin anda pasti sudah terbiasa terdengar nama hidangan ini – Nasi Kak Wok. Ianya merupakan nasi berlauk yang berasal dari Kota Bharu.
Inilah restoran yang utama untuk hidangan tersebut. Dibuka seawal 8 pagi, restoran ini boleh dikatakan kerap dibanjiri pelanggan.
Yang istimewa tentang nasi berlauk di sini ialah jumlah ayam gorengnya banyak dan kuahnya juga cukup enak. Rugi jika anda tak cuba!
Alamat: Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 24 jam
Sambil bersiar-siar di Wakaf Che Yeh, apa kata anda singgah bersarapan di restoran ini – D’Klasik Kopitiam.
Restoran ini bukan sahaja terkenal dengan hidangan tempatan yang disajikan, malah kopinya juga turut mendapat sambutan.
Antara menu yang menarik di sini ialah nasi lemak, roti titab, roti sarang burung dan roti bakar.
Untuk kopi, anda boleh pesan White Coffee, Capuccino, Mochacino dan Mozel Coffee. Pekat dan tidak terlampau manis, sangat padu.
Alamat: Jalan Long Yunus, Kampung Paya Bemban, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 11 pm
Lokasi sarapan yang murah bukan mudah untuk dicari, namun tidak mustahil juga.
Di Kota Bharu, antara restoran yang menawarkan harga yang cukup murah untuk buffet sarapan ialah HAK TEGOH Catering & Restaurant.
Dengan hanya RM 5, anda boleh menikmati hidangan buffet seperti nasi lemak, nasi berlauk, nasi kerabu, lontong, nasi khomok, roti bakar dan banyak lagi.
Alamat: 1963-A, Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 7.15 am – 4.30 pm manakala Jumaat 7.30 – 11.22 am
Ini merupakan antara restoran yang paling legend di Kelantan kerana ianya dibuka sejak tahun 1960-an lagi – Restaurant Hover.
Menyajikan hidangan Indonesia dan Pantai Timur, anda boleh cuba nasi dagang, pulut dan nasi Sumatera untuk sarapan.
Untuk hidangan Indonesia, nasi padang merupakan menu yang patut dicuba. Lauk seperti ayam goreng sentiasa menjadi pilihan ramai.
Sudah jumpa tempat makan sarapan di Kota Bharu yang ingin diserbu? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu kerana semuanya menarik.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!