Makan Santai Sambil Beramal, itulah tagline Rumah Cafe Seberang Jaya. Ramai juga yang tertanya-tanya tentang tagline tersebut. Sebenarnya Rumah Cafe ini ditubuhkan bertujuan untuk menjana dana kewangan operasi bulanan Maahad Tahfiz Sirajul Quran (MTSQ).  100% keuntungan bersih iaitu apabila anda makan disini, anda telah menyumbang kepada mereka. Semuanya akan digunakan bagi menampung kos operasi maahad ini.

Di samping itu menyediakan hidangan yang pastinya akan menarik hati para pelanggan. Rumah Cafe mempunyai ramai pengunjung hanya kerana keunikan dan kesedapan makanan di restoran western ini.

rumah cafe seberang jaya

 Semua Imej via Facebook

Konsep Hipster Rumah Cafe Seberang Jaya

Berkonsepkan cafe ala-ala hipster di mana suasananya yang meriah, romantik dan sesuai untuk anda sekeluarga dan kawan-kawan datang beramai-ramai. Cafe ini menyajikan pelbagai jenis menu timur dan barat seperti Nasi Mendy Ayam dan Kambing.

Terdapat juga makanan masakan panas, pelbagai jenis menu Ala-carte, pasta, burger, grill meat dan sizzling. Tidak dilupakan hidangan sampingan dan pelbagai jenis minuman panas dan sejuk.  Hidangan yang disediakan ala hotel ini menawarkan harga yang sangat berpatutan dan murah berbanding restoran western yang lain.

Saiz makanan yang dihidangkan pun banyak dan menarik.  Anda pasti akan kekenyangan dan akan datang lagi pada masa akan datang.

Dengan harga yang murah dan berpatutan, anda boleh memesan apa sahaja menu yang berkenan dihati anda. Ramai yang telah mencuba hidangan lazat di Rumah Cafe dan mereka amat berpuas hati dengan semua menu yang disediakan.

set mendy

Kalau datang bersama keluarga jangan lupa untuk memesan Set Talam Nasi Mendy Ayam atau Set Talam Nasi Mendy Lamb. Nasi yang dimasak sempurna dan daging yang lembut pasti menaikkan selera anda.

sizzling lamb chop

Sizzling Lamb chop disini juga sering menjadi pilihan pengunjung. Daging kambing dihidang panas-panas pasti membuat anda nak pesan berkali-kali. Tak pun boleh cuba Lamb Cut. Memang terliur.

lamb cut

Selain itu buat penggemar ikan boleh memesan Grilled Dory Fish. Kepingan Ikan Dory Dipanggang Dan Dihidangkan Bersama Kentang Goreng Wedges, Salad Segar dan Sos Cream Lemon.

dory

Rumah Cafe juga  membolehkan anda menempah meja awal atau boleh terus walk in. Di sini juga sesuai untuk mengadakan makan-makan seperti jamuan, makanan bersama rakan pejabat dan sebagainya.

Anda boleh juga mengadakan majlis di sini. Pastikan anda menempah awal sebelum kecewa kerana ramai yang suka datang ke sini.

Nak ke Rumah Cafe?

hidangan nasi

Lokasi:

Lorong Lampam, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. (sila masuk ikut bahagian belakang rumah ATAU masuk lorong Persiaran Tenggiri)

Waktu Operasi: 5.00 petang – 11.00 malam (10.30 malam last order)

Hari Operasi: Selasa – Ahad (Tutup setiap hari Isnin)

Facebook: Rumah Cafe

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.