Rojak mamak antara makan riadah untuk orang Malaysia. Kuih adalah perkara biasa untuk orang Melayu atau orang Malaysia makan di waktu petang. Begitu juga rojak mamak. Rojak mamak yang ala-ala ‘pasembur’.

Kali ini kami ingin kongsikan salah sebuah gerai rojak mamak yang menarik di Petaling Jaya. Pernah dengar Hasan Rojak? Rojak mamak yang diusahakan dengan meggunakan van sahaja yang terkenal di sini.

Hasan Rojak

Alamat: Jalan 21/17 & Jalan 21/22, Seapark,46300 Petaling Jaya, Selangor

Untuk lebih tepat lagi boleh guna GPS. Alamat GPSnya adalah GPS3.110142, 101.621673 . Waktu operasi pula daripada tengah hari ke petang. Jangan risau halal punya untuk iputan Saji.my .Gerai ini sama sahaja dengan gerai mamak rojak yang lain. Panorama yang sama kita nampak di gerai rojak mamak yang lain.

Lokasi gerai ini adalah bertentang dengan pasar basah PJ SeaPark. Ataupun dibelakang Kedai Kopi Khong. Antara benda yang boleh dijadikan ‘landmark’ di sini adalah kedai Ayamas. Betul-betul tidak jauh sahaja daripada situ.

rojak hassan pj
rojak hasan pj

rojak hasan pj

Rojak di sini mempunyai 2 versi. Versi normal dan juga yang bersama sotong.Harganya adalah RM3.70 untuk yang biasa. Manakala RM5 untuk yang mempunyai sotong. Sudah tentu kebiasaannya ada sotong menjadi pilihan ramai.

Kedai ini juga menyediakan asi kacang. Jadi kalau terpingin ais kacang, bolehlah cuba pesan lain kali. Jom Saji di sini, Gerai Hasan Rojak.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.