Kalau anda ke Kelantan, Restoran Yati Ayam Percik wajib anda singgahi.Tempat makan wajib di Kota Bharu bagi kami.Kami ingin berkongsikan satu pengalaman kami mengenai tempat makanan yang sedap-sedap di Kota Bharu yang di katakan oleh orang ramai seperti syurga makanan.

 

Restoran Yati Ayam Percik

Restoran-Yati-Ayam-Percik

 

Restoran-Yati-Ayam-Percik-2

 

Restoran Yati Ayam Percik adalah salah satu restoran yang patut dikunjungi. Restoran ini juga turut menyediakan nasi kerabu dan nasi putih dengan pelbagai jenis lauk pauk seperti ayam goreng kampung, gulai daging kawah, solok lada dan berbagai-bagai lagi.

Hidangan special di kedai ini sudah pasti ayam perciknya yang lembut dan lazat. Restoran Yati Ayam Percik ini terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu.

Restoran-Yati-Ayam-Percik-3

 

Restoran-Yati-Ayam-Percik-4

Hidangan makan malam biasanya dicadangkanadalah ialah nasi kerabu dan ayam percik. Pelanggan juga boleh memilih kuah ayam percik yang berwarna putih atau merah. Di sini juga terdapat banyak kuih-muih tradisional negeri Kelantan yang memang sedap belaka. Anda patut mencubanya kerana harganya juga memang berpatutan

Menurut CutiKelantan tentang tempat ini:

*Satu panggang ayam percik boleh dimakan 3 orang.

*Pada waktu cuti sekolah atau hujung mingu, disyorkan datang pada hari Jumaat kerana orang tidak seramai hari lain.

*Ada yang mengatakan harga di restoran ini agak mahal, bagi kami sebagai warga Kelantan, harga di sini boleh dikatakan munasabah dengan kelazatan ayam perciknya.

*Jika anda mendapati harga yang dikenakan tidak munasabah terutamanya jika anda sebagai outsider, sila semak harga semula kerana kami mendapati ada pelanggan yang kurang berpuas hati dengan layanan pekerja dan harga yang diberikan.

*Tidak sah kalau tidak makan di restoran ini bagi yang pertama kali datang ke Kota Bharu, Kelantan.

Jadi tunggu apa lagi.

Imej viaCutiKelantan

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.