Tercari cari-restoran makanan Indonesia di KL & Selangor? Restoran yang bukan sahaja menyediakan berbagai jenis menu, malah asli juga resepinya?

Tidak dinafikan, makanan Indonesia memang menjadi kegemaran ramai. Jika anda peminat tegar hidangan tersebut, tekak anda pasti mahu menikmati makanan Indonesia yang autentik.

Berikut kami senaraikan 12 restoran makanan Indonesia sekitar KL & Selangor yang wajib anda singgah. Terusan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

#1 Restoran Wong Solo

Alamat: No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 pagi – 11 malam

Restoran ini sudah tidak perlu lagi kami perkenalkan. Kami yakin pasti ramai di kalangan pembaca yang pernah terdengar tentang restoran Wong Solo, bukan?

Restoran ini mempunyai beberapa cawangan di KL & Selangor. Antaranya ialah di Kampung Baru, Shah Alam, Bangi dan Cyberjaya. Cawangan di Shah Alam merupakan antara yang top.

restoran makanan indonesia

Imej via Foursquare

Makanan Indonesia yang disajikan sememangnya enak dan keasliannya memang terjamin. Hal ini diakui sendiri oleh kebanyakan pelanggannya. Menu yang boleh dicuba ialah ayam bakar dan ayam penyet. Dijamin sedap!

#2 Warung Pojok

Alamat: Jalan PJS 8/12a, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 pagi – 11 malam

Di Bandar Sunway pula, Warung Pojok merupakan antara restoran makanan Indonesia paling popular. Bukan sahaja sedap dan asli, harga yang ditawarkan juga berpatutan.

warung pojok baru

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh dicuba ialah ayam penyet, puyuh goreng, tempe, pentol dan sup kambing. Sambal untuk ayam penyetnya menerima pujian ramai & tidak terlalu pedas.

Untuk minuman pula, anda wajib pesan dua minuman terlaris di sini – Extra Joss Anggur atau Mangga. Minuman ini juga menjadi kegemaran ramai, anda pasti akan turut menyukainya!

#3 Bumbu Bali

Alamat: 18 & 18-1, Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam

Restoran Bumbu Bali wajib anda terjah jika anda berada di Puchong. Restoran ini menyediakan makanan Indonesia, khususnya hidangan Bali yang asli resepinya.

nasii campur bumbu bali

Imej via Foursquare

Menu yang wajib anda cuba ialah nasi campur. Lauk-pauk yang boleh didapati ada berbagai, antaranya ialah seperti  udang bakar, ikan bakar, rendang ayam dan sate lilit.

Selain itu, cumi goreng atau sotong goreng di sini juga turut ‘laku keras’. Ianya dihidangkan bersama sos tartar dan sotongnya digoreng rangup. Enak dimakan begitu sahaja!

#4 Rumah Makan Cibiuk Shah Alam

Alamat:  Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam manakala Jumaat 3 petang – 11 malam

Rumah Makan Cibiuk ini juga mempunyai beberapa cawangan di Selangor. Jika anda berada di Shah Alam, singgah sahaja jika anda mengidam makanan Indonesia di sini.

rumah makan cibiuk

Imej via Foursquare

Menu yang wajib dicuba ialah nasi liwet. Nasi liwet ini merupakan nasi yang dimasak bersama santan, jadi rasanya lebih berlemak. Ianya dihidangkan dalam daun pisang yang menaikkan aroma harum nasi tersebut.

Sambal yang disediakan juga sangat sedap. Slogan restoran ini ialah “Rajanya sambal”, jelas menunjukkan yang sambalnya istimewa.

#5 Restaurant Rose

Alamat: 49a, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 12 tengah malam

Mengidam makanan Minang atau Padang? Jika anda berada sekitar Kuala Lumpur, lekaslah serbu Restoran Rose yang ada menyajikan kedua-dua hidangan tersebut!

Nasi Padang merupakan antara menu yang telah berjaya memikat hati pelanggan-pelanggan di sini. Ianya bukan sahaja sedap dan persis Nasi Padang di Indonesia, harganya juga tidak terlalu mencekik darah.

restoran makanan indonesia

Imej via Foursquare

Selain Nasi Padang, sate Minang juga wajib anda cuba. Kuah yang membanjiri sate memang sedap dan isi daging sate juga lembut. Rugi kalau tak cuba!

#6 Indobowl Kafe (HQ)

Alamat: 9165, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 11 pagi – 11 malam

Indomie merupakan street food Indonesia yang sangat popular dan sedap. Kalau dimakan kosong begitu sahaja pun enak, bayangkan jika dimakan bersama lauk lain. Memang bergandalah kelazatannya!

Untuk menikmati Indomie yang sedap, singgah sahaja di Indobowl Kafe. Restoran ini mempunyai beberapa cawangan sekitar KL & Selangor, jelas membuktikan yang ianya mendapat sambutan yang hangat.

restoran makanan indonesia

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh dicuba ialah Indomie Signature Sambal. Sambal untuk hidangan ini sangat digemari ramai pelanggannya, menjadikan menu ini signature menu di restoran ini.

#7 Restoran Garuda Baru

Alamat: 59, Jalan Raja Alang, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 24 jam

Di Kampung Baru, nama Restoran Garuda Baru memang sudah tidak asing lagi bagi penduduk di situ. Nasi Padang di restoran ini menjadi sebutan ramai.

restoran makanan indonesia

Imej via Foursquare

Ada berbagai jenis lauk yang boleh didapati di sini. Dendeng daging, ayam goreng, gulai ayam kampung dan ikan goreng balado merupakan antara yang wajib ada dalam pinggan anda.

Hidangan ini disajikan bersama daun pisang yang menaikkan aroma nasinya. Sambal hijau juga turut disukai ramai, ianya pelengkap rasa yang sedap dan tidak terlampau pedas.

#8 KOTAK Malaysia SS15

Alamat: 7, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi – 12 tengah malam

Sukakan makanan Indonesia yang pedas dan asli? Jika ya, pasti restoran KOTAK Malaysia SS15 ini cocok dengan citarasa anda! Tambahan pula jika anda peminat tegar makanan pedas, memang wajib singgah.

ayam geprek

Imej via Foursquare

Antara menu terlaris di restoran ini ialah nasi ayam geprek. Ayam geprek ini disajikan bersama sambal bajak yang bukan biasa-biasa pedasnya.

Lebih menarik lagi, anda boleh memilih tahap kepedasan yang anda mahukan. Jika anda kurang menggemari makanan pedas pun anda masih mampu menikmati hidangan ini tanpa perlu ‘menangis’.

#9 Dancing Fish

Alamat: Lot T120, 121 & 122 285, 3rd Floor, Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, 59000 Kuala Lumpur,

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 pagi – 10 malam

Restoran yang mula beroperasi sejak tahun 2010 ini merupakan antara restoran makanan Indonesia yang wajib anda serbu – restoran Dancing Fish! Agak-agak menu apa yang istimewa di sini?

restoran makanan Indonesia

Imej via Foursquare

Mengapa dancing fish ? Kerana cara ikan di sini digoreng seolah-olah ianya sedang menari. Memang unik! Di samping Dancing Fish, menu yang laku keras di sini ialah ayam panggang.

Selain itu, anda juga boleh mencuba cumi goreng, sate lilit dan emping sambal terasi. Untuk pencuci mulut pula, cubalah gelato di sini. Manis dan menyegarkan tekak!

#10 Restoran Padang Puti Bungsu Batam KL

Alamat: 18, Lorong Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Satu lagi restoran makanan Indonesia yang menyediakan nasi padang tersedap ialah Restoran Padang Puti Bungsu Batam KL. Restoran yang terletak di Kampung Baru ini sentiasa dibanjiri dengan pelanggan, memang terkenal!

restoran makanan indonesia

Imej via Foursquare

Lauk-pauk yang wajib anda cuba ialah ayam pop, gulai kilil dan daging salai. Lauk lain seperti tunjang, ikan bakar dan ayam goreng juga boleh dicuba.

Untuk minuman pula, anda boleh cuba jus alpukat. Ianya merupakan jus avokado coklat yang tidak terlampau manis. Kesegarannya bikin ramai pelanggan ketagih dengannya.

#11 Ayam Bakar Mas Mono

Alamat: 17, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 10 malam

Restoran ini pula terkenal dengan ayam bakarnya. Bila kami sebut ayam bakar, mungkin anda rasanya ianya hidangan biasa sahaja. Namun, jika anda mencubanya sendiri di sini, anda pasti akan menyukainya!

ayam bakar mas mono

Imej via Foursquare

Ayam bakarnya disajikan bersama sambal kicap yang merupakan keistimewaan utama menu ini. Isi ayamnya juga lembut dan juicy, jelas menunjukkan yang ianya dibakar dengan sempurna.

Selain ayam bakar, pisang goreng keju juga merupakan antara menu yang terlaris di sini. Kejunya juga banyak, memang memuaskan hati jika anda pencinta keju.

#12 Warung Leko

Alamat: Mutiara Damansara LB1, Level 1, The Curve Shopping Mall, No. 6, Jalan PJU 7/3, Petaling Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengah hari – 10 malam

Hidangan Surabaya yang enak-enak boleh dinikmati jika anda singgah di Warung Leko ini. Hidangan penyet mereka merupakan hidangan yang paling istimewa.

restoran makanan indonesia

Imej via Foursquare

Antara hidangan yang boleh anda cuba ialah iga penyet, tilapia goreng dan ayam penyet. Sup ekor lembu di sini juga merupakan antara menu yang paling banyak menerima pesanan.

Kunci utama hidangan ini begitu laris terletak pada sambal yang disediakan. Ianya buatan sendiri dan kepedasannya tidak dinafikan lagi.

Kesimpulan

Anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu serbu restoran makanan Indonesia yang kami senaraikan ini, bukan? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja sebelum rugi.

Kami juga ingin nasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai, kerana pada waktu kemuncak selalunya ramai pelanggan yang menyerbu. Takut nanti ruang dalam restoran dan ruang parkir penuh pula.

Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.