Dah bosan dengan makanan yang sama? Asyik-asyik nasi campur, western. Jom cuba makanan baru! Kali ini kami membawakan anda aneka juadah dari serata dunia.

Jom kenali beberapa restoran yang menyajikan menu asli dari negara seperti Jepun, Mesir, Mexico dan banyak lagi.

#1 Spiced Pumpkin Cafe

Spicy Pumpkin Cafe

Imej dari eatdrinkkl.blogspot.com

Spicy Pumpkin Cafe

Imej dari eatdrinkkl.blogspot.com

Jom jamu selera dengan menu Palestin. Kalau dah pernah rasa nasi maqluba, boleh cuba nasi bezella iaitu nasi yang dimasak dengan  rebusan rempah ratus dan kacang pis.

Amat sesuai dipadankan dengan milkshake ‘pumpkin and cinnamon’ yang unik. Akhiri juadah dengan pencuci mulut yang paling terkenal dekat sini iaitu kunafah. Lagi best kalau letak aiskrim.   

Alamat : 2.0 Kompleks KPPMS Lot, 291, Jalan RU 3/9a, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : Selasa hingga Jumaat : 12.00 tengah hari hingga 10.30 malam, Sabtu : 12.00 tengah hari hingga 11.00 malam. Ditutup pada Ahad dan Isnin.

#2 Omulab

Omulab

Imej dari Facebook

Omulab

Imej dari Facebook

Pasti geram kan tengok omurice dengan telur dadar lembut yang sangat gebu? Restoran pertama di Petaling Jaya yang menyajikan omurice kini dibuka untuk kunjungan ramai.

Kebanyakan makanan disertakan dengan telur, seperti omurice, mee soba, dan teriyaki ayam. Menu paling popular di sini ialah omurice yang diberi nama Mentaiko Guru. Matcha Burnt Cheesecake dekat sini pun boleh tahan sedap!

Alamat : No. 7, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi : 10.30 pagi hingga 10.15 malam. Ditutup pada Isnin.

#3 Banngkok Street Food

Banngkok Streetfood

Imej dari Banngkok Streetfood

Sekarang anda tak perlu tunggu Thai Food Fest diadakan untuk memuaskan ‘craving’ anda pada streetfoodnya. Seperti tagline restoran ini “ Anda tak perlu ke Bangkok, kami bawakan Bangkok untuk anda!”.

Restoran ini adalah satu-satunya tempat anda boleh menikmati streetfood Thailand seperti Pad Thai, penkek Thai, Mieng Kham, teh ais Thai dan aiskrim kelapa. Bermacam-macam hidangan lain seperti Tomyum,mee ala-ala ‘boat noodle’, dan somtam pun ada!

Alamat : 56-G Platinum Walk, Setapak, 53000, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Isnin hingga Khamis:  12 tengah hari hingga 12.00 tengah malam, Jumaat : 2.00 malam hingga 2.00 pagi, Sabtu & Ahad : 1.00 petang hingga 1.00 pagi.

#4 Cor Blimey

Cor Blimey

Imej dari Facebook

Cor Blimey

Imej dari Facebook

Di sini saja anda boleh menikmati Fish & Chip asli gaya British! Memang sangat ‘recommended!’. Fish & Chip digoreng dengan rangup dengan isi ikan lembut dan segar di dalam.

Boleh pilih jenis ikan dan batter berperisa mengikut selera masing-masing.  Fish burger dia pun boleh tahan sedap. Jangan lupa untuk pesan pencuci mulut istimewa British seperti Apple & Berry Crumble dan Fried Mars Bars yang cukup lazat!

Alamat : No. 23, Jalan SS15/4, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi :  Selasa hingga Khamis : 5.00 petang hingga  10.00 malam,

Jumaat hingga Ahad :  12.00 tengah hari hingga 10.00 malam. Ditutup pada Isnin.

#5 DubuYo

Dubuyo

Imej dari Instagram DubuYo

Sundubu Jigae, Bibimbap, Spicy Seafood Ramyeon dan Jajangmyeon adalah antara menu mesti cuba dekat sini. Streetfood seperti toppokki, kimbap, ayam goreng dan penkek pun ada.

Kalau nak lagi jimat, boleh pesan set untuk hidangan 2 ke 4 orang. Macam-macam boleh dapat dengan harga yang lebih murah. Cawangannya merata tempat antaranya di NU Sentral, Sogo, Mid Valley, IOI City Mall dan banyak lagi.

Alamat : LG.048, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

6. Thyme Out

Thyme Out

Imej dari Facebook Thyme Out

Hidangan Mexico sesuai untuk anda yang mahukan sesuatu yang lebih ringkas dengan rasa padat. Thyme Out memang cukup terkenal dengan menu seperti burrito, quesadila, fajitas, dan tacos dengan resepi asli. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba snek seperti  nachos, churros dan chilli fries yang memang padu!

Alamat : 66, Jalan PJS 11/7, Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 10.00 malam

#7 Karnivor Malaya

Karnivor Malaya

Imej dari Karnivor Malaya

Kini anda boleh cuba ‘smoked beef’ pertama gaya Texas di Karnivor Malaya. Pemilik restoran amat menitikberatkan cara penyediaan daripada suhu, pilihan daging hingga ke kayu api bagi mendapatkan rasa istimewa untuk santapan pelanggan.

Antara menu paling popular termasuk smoked beef brisket, smoked chicken, dan rusuk burger. Dagingnya sungguh berjus dengan rasa salai yang memang lain daripada yang lain!

Alamat : No. J-G-95, Courtyard Plaza Jelutong, 5C, Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : Isnin hingga Khamis : 4.00 petang hingga 10.00 malam, Jumaat hingga Ahad 4.00 petang hingga 12.00 malam, DItutup pada Rabu.

#8 Tut’s Egyptian Eatery

Tut's Egyptian Eatery

Imej dari Instagram Tut’s Egyptian Eatery

Selamat datang ke Mesir! Semua ramuan dalam hidangan Tut’s Egyptian Eatery  didatangkan dari negara tersebut memberikan setiap hidangan rasa berbeza berbanding masakan timur tengah yang biasa kita makan.

Kunjungan anda di sini tidak lengkap jika anda tidak mencuba Koshari Mixed Grain Bowl, Hawaoshi Baked Meat Foldover dan Biram Fatta Layered Meat Dish iaitu nasi claypot daging versi Mesir. Pencuci mulut Roz B Laban Creamy Delight iaitu puding nasi versi Mesir pula sangat berkrim dan lazat.

Alamat : LG 333A, One Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

#9 Super Saigon

Super Saigon

Imej dari Instagram Super Saigon

Kini kita ke Vietnam pula. Makanan Vietnam digemari kerana lebih sihat dan banyak menggunakan sayuran segar. Ramai yang menyarankan untuk mencuba beberapa streetfood terkemuka seperti Mixed Cold Cuts Bahn Mi iaitu sandwic , Pho iaitu mee sup daging, dan tentunya popia Vietnam.

Hidangan nasi Grilled Lemongrass Chicken pun boleh tahan sedap. Pekena pula menu-menu ni dengan kopi Vietnam. Memang terangkat!

Alamat : 34 Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat : 11:30 pagi hingga 10:30 malam.
Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 10 pagi hingga 10:30 malam

Jom Terjah Restoran Menu Serata Dunia

Kalau dah bosan dengan makanan sama, kita kena berani mencuba makanan baru. Barulah lebih ‘adventurous’ dan menarik. Sekarang tak perlu ‘travel’ jauh untuk merasa makanan negara lain. Berdekatan KL dan Shah Alam pun dah banyak restoran makanan citarasa antarabangsa. Semuanya ‘recommended’ belaka!

Penulis: Nazirah Hassan

Penulis yang gemar 'travel' dan mencuba tempat makan baru.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.