Restoran eatCabin Kuantan adalah tempat buat mereka yang mencari masakan kampung dari Pahang yang sedap dan asli. Mana tidaknya, semua menu menggunakan resepi yang diolah sendiri dan resepi dari turun-temurun.

Jika datang ke Pahang, pasti ramai yang mencari menu yang sinonim dengan negeri ini. Menu yang paling dicari semestinya masakan berasaskan tempoyak dan ikan patin. Tidak hairanlah jika ada pengunjung dari luar negeri yang datang ke Pahang semata-mata ingin merasai keenakan patin tempoyak.

Khas buat mereka yang mencari port ikan patin tempoyak atau masakan original Pahang di Kuantan, kami mengesyorkan anda untuk ke restoran eatCabin ini. Pelbagai makanan negeri Pahang khususnya makanan tradisional untuk makan tengahhari disediakan dengan harga dan kuantiti yang berbaloi.

Menu Terlaris

Imej via [ eatCabin ]

Menu paling laris semestinya Gulai Patin Woreh Kaih, Pais Patin Woreh Kaih dan Asam Pedas Belanga Pok Lan. Rasa gulai tempoyak dan pais patin pasti membuatkan anda menjilat jari kerana dihidangkan dengan secukup rasa manis, masam dan pedasnya.

Rasa tempoyak memang segar dan cukup rasanya memandangkan durian yang dikutip di kebun sendiri dan pesnya diawet dengan cara tersendiri. Kesemua menu dihidangkan dengan panas agar kesedapannya dapat dinikmati dengan lebih menyerlah.

Untuk menu asam pedas, pengunjung boleh memilih jenis ikan sama ada ikan merah, patin atau pari. Ada juga asam pedas kamping, seafood dan ayam. Menariknya menu patin dan asam pedas dihidangkan lengkap satu set bersama nasi dan salad untuk seorang.

Nak ajak keluarga atau rakan-rakan ke restoran eatCabin tetapi ada di kalangan mereka yang tidak makan makanan kampung terutama tempoyak? Jangan risau, anda masih boleh mengajak mereka untuk makan di sini kerana pihak restoran turut menyediakan pelbagai menu makanan barat.

Dari spageti, kambing atau ayam bakar, pemanis mulut semuanya ada. Antara menu barat yang perlu dicuba adalah set Grilled Portuguese, Ausie Lamb Grill dan Beef Bolognese Spaghetti. Dah kenyang makan makanan yang berat, jangan lupa pencuci mulut seperti Manggo Cheese Cake, Matcha and Chocolate Sofuto dan Nutella Cheesecake. Lembut, segar dan pasti cair di mulut.

Sebelum terlupa, restoran eatCabin turut menawarkan pelbagai jenis minuman unik dan menyegarkan. Minuman buah-buahan atau kopi, yang pasti ia dapat membuatkan anda segar dengan sekali hirupan.

Sudah cuba pasti nak lagi. Tak hairanlah sehingga ada yang menempah pelbagai menu di restoran eatCabin untuk dinikmati bersama seisi keluarga, rakan-rakan mahupun teman pejabat.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda turut ingin makan di restoran eatCabin bersama yang tersayang, apa kata buat tempahan awal kerana pihak eatCabin menyediakan tempat privasi yang selesa untuk majlis-majlis tertentu. Butiran-butirannya seperti berikut:

Lokasi: A1- Jalan Tanjung Lumpur 7, 26060 Kuantan, Pahang.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis | 11.30 pagi – 5.30 petang

No telefon: +6013-9335220 , +6013-8803934+6013-9803934

Website: eatCABIN

Facebook: Eatcabin

Tunggu apa lagi? Jom merasai masakan original negeri Pahang yang enak-enak belaka. Selamat mencuba!

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.