Jika anda peminat tegar nasi beriani dan berpeluang ke Batu Pahat, ada satu restoran yang wajib anda singgah untuk menikmati hidangan tersebut – Restoran BP Bariani Power!
Restoran ini memang sangat terkenal. Bukan sahaja di kalangan orang Batu Pahat, malah orang luar juga kerap singgah di sini. Pendek kata, tak pernah tak penuh ruang dalam restoran ini!
Agak-agaknya apa yang menarik di Restoran BP Bariani Power dan hidangan apa yang istimewa di sini? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Beriani gam merupakan masakan nasi beriani Melayu yang juga salah satu jenis nasi beriani. Beza beriani gam dengan beriani biasa terletak pada rasa rempahnya yang lebih banyak.
Di restoran ini, beriani gam merupakan nasi beriani yang paling laris. Rata-rata pengunjung yang pernah mencubanya meninggalkan ulasan yang positif-positif belaka tentangnya.
Keistimewaan utama hidangan ini terletak pada rasanya yang kaya dengan rempah. Ianya juga ada rasa lemak-lemak namun tidak pula memuakkan. Aroma rempahnya juga sangat memikat!
Ada tiga jenis beriani gam yang disediakan – beriani ayam, beriani daging dan beriani kambing. Pesan sahaja set yang anda berkenan, semuanya enak-enak belaka!
Tak sahlah kalau ambil satu jenis lauk sahaja untuk dimakan bersama nasi beriani. Restoran ini juga ada menyediakan lauk lain yang sangat dipuji keenakkannya.
Antara yang boleh anda cuba ialah ayam merah, kambing bariani, daging bariani dan ayam bariani. Saiz lauknya juga besar, kalau ambil sikit pun dah menjamin kekenyangan.
Anda juga boleh memesan menu tambahan seperti acar buah, telur pindang dan papadom bersama nasi beriani anda. Lebih banyak, lebih enak!
Tertanya-tanya bagaimana servis yang ditawarkan di restoran ini? Jangan bimbang, ramai pelanggan memuji servis yang ditawarkan dan kebersihannya yang terjaga.
Perkeja-pekerja di restoran ini dikatakan ramah dan tidak sombong. Hidangan yang dipesan juga tidak mengambil masa terlalu lama untuk sampai.
Dari segi harga pula, ianya tidak terlalu mencekik darah. Berpatutan dengan kualiti hidangan dan keenakkan yang dijanjikan.
Untuk minuman pula, kami cadangkan agar anda cuba sirap bandung atau lebih dikenali dengan nama Sirap Bandung Power di sini. Melihat gambarnya pun pasti sudah bikin anda terliur, bukan?
Berharga RM 4.50 segelas, ianya manis dan menyegarkan tekak. Memang sesuai dinikmati bersama beriani gam yang berempah, dijamin memuaskan hati!
Sudah tidak sabar-sabar mahu menikmati beriani gam di Restoran BP Bariani Power? Jika berpeluang ke Batu Pahat, lekaslah singgah sebelum terlepas peluang.
Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran ini. Singgah pada waktu yang sesuai ya, takut berebut ruang parkir dan ruang dalam restoran nanti.
Alamat: 18, Jalan Tukas 2, Taman Soga, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 pagi – 7 malam
Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Batu Pahat? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!
Tempat Makan Best di Batu Pahat