Dah bosan makan masakan kampung di tempat yang sama, nak cari restoran beraneka lauk pauk untuk santapan tengah hari sekitar Puchong pula? Semestinya Restoran Anwar Roda Baru atau juga dikenali sebagai Restoran War Roda Baru adalah pilihan utama.

Harga berpatutan, sedap dan berbaloi, itulah yang dapat digambarkan tentang restoran Kelantan ini. Keistimewaan restoran ini adalah ia terletak pada lauk pauk bermacam aneka masakan kampung.

Imej via [food]

Menu Restoran Anwar Roda Baru

Pengunjung pasti rambang mata melihat puluhan lauk pauk dan masakan kampung yang disajikan. Memandangkan restoran ini beroperasi bermula dari 7 pagi hingga 7 malam, maka fokus mereka adalah menyediakan juadah pagi dan tengah hari berunsurkan kekampungan.

Bermula dengan makanan yang dibakar seperti ayam dan ikan bakar hinggalah kerabu serta ulam-ulaman. Antara makanan masakan kampung yang popular di sini adalah ayam kampung goreng, kari kepala ikan, gulai balitong, keli bakar, kerabu petai dan lain-lain aneka juadah lagi. Makanan tengah hari dihidangkan segar dan panas-panas sekitar jam 12.

Imej via [google]

Menu pada waktu pagi pula semisal roti canai, roti telur, roti pisang, roti sardin dan sebagainya turut menjadi pilihan pengunjung untuk bersarapan.

Menu Lain di Restoran Anwar Roda Baru

Jika anda tidak berminat dengan nasi putih bersama lauk-pauk, masih terdapat pelbagai menu lain untuk dinikmati. Misalnya anda boleh mencuba nasi ayam dan pulut kuning rendang yang sangat lazat. Begitu juga dengan masakan panas pelbagai variasi seperti nasi goreng, tomyam, mee, bihun dan koey teow juga terdapat di restoran kegemaran kebanyakkan penduduk berdekatan ini.

Kita pasti jarang menemukan restoran yang mempunyai kombinasi menu masakan kampung iaitu nasi campur melayu dan goreng-gorengan serta tomyam.

Imej via [facebook]

Meskipun restoran menggunakan sistem layan diri, namun staf dan pekerja di sini sangat ramah dan membantu. Restoran Anwar Roda Baru tak lekang daripada pelanggan setiap hari. Bukan sahaja pengunjung tetap yang berhampiran, malah mereka yang di luar Selangor juga turut datang demi merasai makanan enak yang disediakan.

Ramai yang memberikan feedback bahawa restoran masakan kampung ini baik dan sudah pasti menjamin restoran ini sebagai salah satu daripada  5 tempat makan tengah hari terbaik di Puchong!

Imej via [google]

Lokasi: Jalan BP 6/2, Bandar Bukit, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu, 7.30 pagi – 7.00 petang (Ahad tutup)

No Telefon: 0146231052 / 016-9689742

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.