Restoran Al Nafoura Kuala Lumpur mungkin agak asing kepada peminat makanan arab. Namun restoran yang mula beroperasi sejak Januari 2015 ini punya tarikannya yang tersendiri.

Menyajikan resepi asli dari Arab, tukang masak Al Nafoura didatangkan khas dari Yemen. Ini adalah untuk memberikan cita rasa sebenar dari Arab. Dimiliki oleh pasangan suami isteri, restoran ini menyediakan sajian segar yang dimasak setiap hari.

Restoran Al Nafoura Kuala Lumpur

Imej via Facebook

Menikmati roti mulawwah panas-panas dicicah bersama hummus pasti menyelerakan. Selain itu, terdapat pelbagai menu lagi yang menanti peminat makanan arab di sini.

Dari hidangan yang dicadangkan Chef kepada pembuka selera, roti Arab, tapas, hidangan utama dan hidangan pencuci mulut, Al Nafoura cuba membawa rasa asli makanan Yemen.  Makanan di sini juga dikatakan dipengaruhi oleh rasa Afrika, India dan Turki. Menu ini juga mempunyai pilihan vegetarian.

Menu Istimewa Restoran Al Nafoura Kuala Lumpur

Restoran yang terletak di Wangsa Maju ini di buka dari 11.30 pagi hingga 10 malam setiap hari. Namun setiap isnin minggu ke dua setiap bulan restoran akan di tutup.

Antara menu yang sering mendapat permintaan iaitu oqda, ful qabilah, madghout, saltah, fahsa, shakshouka dan mugagal. Selain itu, terdapat tiga jenis nasi mandy, kabsah dan haneeth.

Nasi mendy Menggunakan beras basmathi namun ketiga-tiga sajian ini berbeza rasa. Diberi pilihan sama ada ayam atau pun kambing.

madghout

Menu yang istimewa di sini iaitu Madghout, hanya di sediakan selepas menerima tempahan dari pelanggan. Ini kerana ia memerlukan masa selama 20 minit untuk disediakan.

Al Nafoura sentiasa memastikan hidangan kambing mereka penuh dengan kesempurnaan. Tidak dinafikan dalam hidangan ini berbeza daripada kambing Kabsa.

Kambing yang lembut mempunyai perisa rempah yang luar biasa dan diasap sempurna. Nasi sangat enak dan gebu juga. Gabungan dari kedua-duanya itu seimbang dan nikmat.

Menyediakan lebih 30 sajian yang pastinya mengujakan selera anda, bermula dengan pembuka selera hinggalah pencuci mulut.

Manisan melengkapkan hidangan seperti areeka, kunafe, cream caramel dan brownies menjadi pilihan.

Cream caramel with biscuit toppings

Segala-galanya dari dekorasi ke menu di Al Nafoura adalah idea bersama pemilik restoran. Hiasan yang minimalis dan ringkas namun suasana di sini mencerminkan budaya masakan.

deko

Warna dan pencahayaan yang dipilih membangkitkan rasa ketenangan kepada pengunjung.

alnafoura

 

AL NAFOURA

9-G, Plaza Wangsa Maju (Hedgeford Galleria),

Jalan Maju Ria 2,

Wangsa Maju, Section 10,

53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-4131 4886

Facebook: www.facebook.com/alnafourakl

Waktu Perniagaan:

Sabtu hingga Khamis 11.30am to 10pm

Jumaat        11.30am to 1pm | 2.15 to 10pm

Bagi peminat nasi Arab jangan lupa singgah di Restoran Al Nafoura Kuala Lumpur. Nanti kongsikan pengalaman anda bersama kami.

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.