200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) juga dikenali sebagai Abang Strawberry Pick Fresh dimana ia bukan sekadar restoran tetapi ia juga adalah ladang strawberry. Anda boleh memetik strawberry di sini.

Lokasinya adalah di Taman Sedia, Tanah Rata Cameron Highland. Strawberry disini sangat segar dan sedap rasanya. 

Imej via [rinazul]

Selain makan dan memetik strawberry, anda juga boleh membeli buah strawberry dan makanan berasaskan strawberry seperti jem, strawberry chocolate, kordial strawberry, teh tarik strawberry, choco jar strawberry, sambal strawberry dan banyak lagi di sini.

Imej via [abangstrawberry]

Menu Makanan Di 200 Seeds Cafe Abang Strawberry

Abang Strawberry terkenal dengan menu makanan sambal strawberry dimana anda boleh menikmati nasi lemak sambal strawberry serta nasi ayam golek dan juga boleh membeli sambal strawberry asli mereka. 

Sudah tentulah menu utama yang terkenal di sini adalah nasi lemak abang strawberry. Uniknya nasi lemak ini adalah nasinya berwarna pink. Padanlah dengan sambal strawberri tersebut. Tapi jangan salah faham, sambal strawberry tetap mempunyai rasa pedas sambal, bukannya manis strawberry sahaja. 

Imej via [jomjalan]

Tak dapat digambarkan rasanya, anda wajib cuba makanan di sini! 

Senarai Menu Abang Strawberry

Selain menu utama iaitu ayam golek, nasi ayam golek, nasi lemak bersambalkan strawberry, terdapat menu yang lain juga. Menu Western adalah seperti chicken chop, lasagna, pasta, meatballs, lamb chop, french fries, nugget, bubur, keropok lekor.

Dessert yang disediakan adalah seperti ais krim, split, scones dan kek yang berasaskan strawberry. Minuman juga sangat istimewa dengan harga yang berbaloi. Rugi kalau tak cuba makanan di sini. 

Anda boleh lihat menu di sini (MENU)

Imej via [fastly]

Petik Strawberry Di Ladang 200 Seeds Abang Strawberry

Bersebelahan dengan 200 Seeds Cafe, terdapat ladang kecil strawberry Abang Strawberry. Banyak buah-buah strawberry yang terdapat di sini boleh anda petik sendiri. Apa lagi, bolehlah bawa pulang untuk makan! 

Alang-alang menjamah hidangan menarik di cafe ini, anda wajib masuk ke ladang ini. Suasananya tidak panas, tetapi redup dan berangin sahaja. 

Tips Berkunjung Ke 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry)

Apa yang boleh dikatakan untuk anda berkunjung di sini adalah anda wajib menikmati hidangan berasaskan strawberry seperti nasi lemak ayam sambal strawberry, pancake dan roti strawberry jam, strawberry split, ais krim dan banyak lagi.

Imej via [facebook]

Jangan lupa untuk bawa duit lebih, bergembiralah memetik strawberry di ladang abang strawberry. Pastikan telefon bimbit anda penuh bateri untuk bergambar di sini. Ia akan jadi kenangan yang indah buat anda bersama keluarga atau rakan-rakan.

Parking agak susah jika ramai orang pada hujung minggu, disarankan untuk anda datang awal sebelum tengahari. Tahukah anda, Abang Strawberry juga menyediakan homestay berdekatan dengan kafenya khas untuk anda yang datang bercuti.

Lokasi :  27, Jalan Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi:  8 Pagi – 4.30 Petang

No Telefon :  019-4781700

Jom baca juga Restoran Sampan Seafood Shellout dan Shawarma Damascus Bukit Bintang 

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.