Sambal lada sangat sesuai disajikan bersama ayam, ikan mahupun daging. Sambal lada ini menjadi kegemaran ramai kerana ia sangat sesuai dimakan dengan pelbagai jenis makanan seperti nasi kerabu, nasi berlauk, bihun sup dan bermacam-macam lagi.

Terdapat pelbagai cara juga untuk membuat sambal lada ini. Sesetengah negeri mempunyai cara memasak sambal lada mengikut negeri masing-masing. Resepi ini merupakan cara membuat sambal lada daripada negeri Kelantan. Ia juga dikatakan mampu bertahan lama dimasukkan di dalam peti ais.

Bagi yang suka makanan pedas, tentu akan suka dengan resepi yang dikongsikan ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai orang. Mari kita cuba resepi ini!

Resepi Sambal Lada Kelantan

Resepi Sambal Lada Kelantan

Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar holand (bakar)
  • 3 ulas bawang putih (bakar)
  • 5-7 biji limau kasturi (belah 2 buang biji sahaja blender sekali kulit)
  • 10 biji cili api merah
  • 30 biji cili api hijau
  • 5 biji cili besar merah
  • Garam
  • Cuka makan
  • Nisan atau gula melaka (kalau tak ada masukkan gula pun boleh)

***Bahan2 tu pandai2 la anggaran sendiri ye.

Cara-cara:

  1. Bakar bawang besar dan bawang putih.
  2. Masukkan air masak. Blend kasar SEMUA bahan-bahan.
  3. Siap. Simpan dalam fridge tahan lama berbulan-bulan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kek Pandan Kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya!

Penulis: Nur Aisyah Ibrahim

Merupakan pelajar di UPM dan meminati bidang penulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.