Buat anda yang mencari resepi salad, jom tengok resepi yang kami kongsikan ini. Yang penting, kesemua resepi sangat mudah untuk dibuat dan rasanya sedap.
Sebut sahaja tentang menu diet, pasti salad merupakan salah satu bahan yang terlintas di fikiran anda. Makan begitu sahaja sudah sedap, apatah lagi makan bersama roti, telur mahupun nasi.
Tahukah anda salad mempunyai pelbagai khasiat? Antaranya adalah mata menjadi lebih sihat, menurunkan kolestrol, mengawal berat badan dan mencegah kanser.
Jika ada yang tak tahu, salad adalah menu yang mencampurkan pelbagai bahan berkhasiat seperti sayur, buah-buahan, kekacang, telur dan sebagainya. Oleh itu salad menjadi salah satu menu yang lengkap dengan nutrisi. Nak tahu menu salad yang mudah? Ikuti resepi-resepi di bawah.
Salad buah antara yang digemari ramai kerana rasanya yang masam-masam manis. Bagi penggemar buah yang nak diet, anda boleh cuba resepi dari Rozita Daud.
1. Potong dadu bahan yang bertanda *.
2. Letakkan semua buah-buahan ke dalam bekas.
3. Masukkan yogurt, mayonis dan biji selasih.
4. Masukkan susu cair.
5. Gaul kesemua bahan dan simpan di dalam peti ais selama dua jam agar salad menjadi pekat.
Jika anda mahukan menu diet yang lebih kenyang, jom cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di Facebook. Menu ini lengkap dengan sumber karbohidrat, serat dan protein.
1. Perap isi ayam dengan rempah perapan lalu grill dan hiris.
2. Campur kesemua bahan.
3. Tuangkan Kewpie dressing roasted sesame.
4. Tabur serbuk cili dan gaulkan hingga rata.
Menu ini juga mengenyangkan dan sesuai untuk seisi keluarga. Menu ini boleh buat anda kenyang dari pagi sampai ke petang. Ikuti resepi dari Zara Jane Qadry yang sangat mudah.
1. Lecek telur rebus sehingga hancur.
2. Gaulkan telur bersama semua bahan di atas.
3. Simpan dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Azwa Muhammad telah berkongsi resepi salad yang lebih sihat dan sedap. Hanya menggunakan lima bahan, anda boleh hasilkan menu ini dalam masa kurang 10 minit sahaja.
1. Letak bayam brazil, bawang dan telur ke dalam mangkuk.
2. Curahkan sos Thousand Island dan masukkan lada hitam .
3. Gaulkan dan siap untuk dimakan.
Lagi satu resepi salad menggunakan ayam yang boleh anda cuba telah dikongsikan oleh Noor Safila Mat Isa di Facebook. Ayam perlulah dipotong kecil-kecil dan di grilled dengan lada hitam. Anak-anak pasti suka menu ini.
1. Perap isi ayam bersama kesemua bahan A lalu grill kan bersama tomato cherry..
2. Potong bawang holland dan cili benggala dalam bentuk kiub.
3. Gaulkan kesemua bahan di atas dan letakkan di atas romaine lettuce.
Pasti anda pernah lihat menu diet yang pernah viral ini di TikTok. Menu ini menggunakan hirisan timun yang nipis. Rasa rangup crouton menambahkan lagi keenakan salad. Jika anda suka akan makanan yang masam, anda memang perlu cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Nor Atika Nazirah.
1.Gaul kesemua bahan di atas hingga sebati.
1. Oles-oleskan roti dengan olive oil.
2. Bakar roti dengan suhu 200 darjah selsius selama 10 minit. Jika nampak belum garing, bakar sekali lagi selama 1 atau 2 minit.
3. Tunggu roti sejuk dan rangup sebelum mencampurkannya bersama bahan lain.
Menu ini merupakan menu yang paling segar dan rangup apabila dimakan. Lebih sihat kerana semuanya dimakan secara mentah. Rasanya yang masam manis menjadi kegemaran ramai orang yang sedang berdiet. Ikuti resepi daripada Anees Farhana Rahim.
1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sampai sebati.
2. Tuang atas salad.
3. Renjiskan chilli flakes dan rosemary di atas salad.
Resepi salad ini lebih sedap kerana cukup dengan rasa masam, manis dan pedas. Sosnya ala-ala kuah pecal. Pasti ramai yang bertambah jika mencuba resepi yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar ini.
1. Kisar bahan-bahan sos hingga lumat.
2. Masak dengan api perlahan. Sekiranya sos pekat tambah sedikit air. Sos mesti ada rasa masam-masam manis dan pedas.
1. Gaul dada ayam dengan tepung bestari lalu goreng hingga kekuningan.
2. Celur sosej dan goreng fishball.
3. Hiris kesemua bahan salad dan susun dalam mangkuk.
4. Tuangkan sosnya dan gaul rata.
5. Siap untuk dihidangkan.
Lyyna Mohamad berkongsikan resepi diet yang sihat dan sesuai bukan sahaja untuk dewasa, malah anak-anak juga menyukainya. Menu ini juga mempunyai khaziat dan zat yang mencukupi sebagai menu seimbang. Ini resepinya yang anda perlu cuba!
1. Didihkan air dan letak sedikit minyak masak. Rebuskan pasta sehingga masak kemudian toskan.
2. Goreng atau panggang pepporoni sehingga masak. Kemudian potong kecil-kecil.
3. Campurkan semua bahan perasa di dalam mangkuk dan gaul sebati.
4. Di dalam mangkuk yang besar, campurkan pasta sayuran pepperoni.
5. Tuangkan sos atau bahan perasa.
6. Gaulkan kesemua bahan tadi.
7. Tuangkan keju parmesan untuk rasa yang lebih sedap.
8. Sedia untuk dihidangkan.
Resepi salad terakhir ini paling mudah untuk disediakan. Semua barang yang digunakan merupakan bahan asas yang pasti ada di rumah anda. Apa tunggu lagi? Jom cuba resepi dari Suhaila Jabarudin.
1. Potong potato dalam bentuk dadu besar dan rebus sampai empuk. Keluar dan sejukkan.
2. Rebus telur dan lenyekkan dalam mangkuk.
3. Masukkan mayonis dalam telur, lada sulah, garam, gula, secukup rasa dan jus lemon. Gaulkan sampai jadi paste yang sebati.
4. Masukkan paste tadi dan daun bawang. Gaul sampai semua potato bersalut. Kalau kurang moist boleh tambah mayonis.
5. Siap! Sejukkan dalam chiller.
Dah tahu resepi salad yang ingin dibuat untuk menu diet? Buat sahaja kesemuanya setiap hari. Siapa kata menu diet tak sedap? Tengok sahaja gambar-gambar di atas, memang buat ramai terliur.
Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati. Bukan sahaja menu sihat, malah dapat menjimatkan kos makan yang lain. Selamat mencuba!
Ada banyak lagi menu diet yang sihat dan sedap. Dah cuba resepi salad, cuba pula resepi di bawah ini: