Semasa berdiet, semestinya anda ingin menikmati hidangan yang masih enak tanpa perlu memaksa tekak untuk menelan sayur-sayuran semata-mata. Tetapi, bolehkah makan sedap-sedap semasa diet?
Semestinya ya, jika kena dengan caranya. Untuk itu, berikut kami senaraikan 16 masakan diet yang sesuai untuk anda. Teruskan membaca!
#1 Overnight Oat
Oat memang cukup sinonim dengan diet. Kandungan serat yang tinggi juga menunjukkan yang ianya baik untuk sistem penghadaman. Resepi ini dikongsikan oleh Ida Adlina Salleh di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1/3 cawan rolled oats / muesli
1 sudu besar biji chia
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu besar mentega kacang
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan yogurt (asli atau berperisa)
Bahan topping:
1 sudu besar yogurt
1 sudu besar beri beku
Cara-cara:
Campurkan semua bahan kecuali bahan topping.
Bahagikan dalam botol dan pastikan setiap botol mendapat jumlah yang sama.
Untuk topping, masukkan yogurt (tak perlu kacau).
Letakkan beri beku.
Sejukkan dalam peti sejuk. Oat ini akan tahan selama 5 hari.
#2 Salad Ayam
Hidangan ini sesuai dinikmati sebagai menu tengah hari. Mengenyangkan dan cukup menyihatkan! Resepi ini dikongsikan oleh Nabihah Azhar di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Isi ayam (dipotong kecil)
Serbuk lada hitam
Serbuk Cajun
Serbuk paprika
Salad
Tomato ceri
Telur rebus
Kewpie Salad Dressing
Cara-cara:
Perapkan isi ayam dengan serbuk paprika, serbuk lada hitam dan serbuk cajun.
Panggang ayam. Jika mahu isi ayam lembap, boleh panggang sekejap. Jika mahu isi ayam yang garing, panggang sedikit lama.
Hidang ayam panggang tadi di atas salad.
Taburkan tomato ceri.
Letakkan telur rebus.
Tambahkan salad dressing.
Sedia untuk dihidang.
#3 Lempeng Oat
Antara resepi masakan diet yang boleh ada cuba ialah lempeng oat, sesuai dinikmati semasa sarapan. Resepi ini dikongsikan oleh Maya Homemade Dessert di laman Facebook.
Bahan-bahan:
50 g rolled oat (dikisar halus)
2 sudu besar tepung mil penuh
50 gram susu segar
2 biji telur
Secubit lada hitam
Secubit garam
Secubit serbuk cili
Kucai
Lobak merah (dihiris halus)
Baby spinach
Bawang holland
Cili Siam (dicincang)
Sedikit daun bawang
1 sudu minyak kelapa untuk menumis
Cara-cara:
Campurkan semua bahan kecuali minyak kelapa hingga sebati.
Gorengkan seperti membuat lempeng biasa.
Sedia untuk dihidang.
#4 Tortilla Ayam
Selain roti, tortila juga sesuai dijadikan pengganti bagi nasi sebagai sumber karbohidrat. Resepi ini dikongsikan oleh Fatien Zaini di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Tortilla
Isi ayam bahagian dada (dipotong kecil)
Salad
Tomato
Lobak (dihiris halus)
Timun (dihiris halus)
Kobis
Mayonis
Sos cili
Sos thousand island
Telur
Cara-cara:
Bakar tortilla menggunakan kuali.
Gaulkan isi ayam dengan garam dan celupkan dalam telur dan tepung serbaguna. Gorengkan.
Letakkan tortilla serta bahan-bahan lain dan gulungkan.
Sedia untuk dihidang.
#5 Murtabak Roti Mil Penuh
Teringin murtabak tetapi sedang berdiet? Jangan risau, cubalah resepi murtabak roti mil penuh ini. Resepi ini dikongsikan oleh Norasikin Mohmad Bakari di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Roti mil penuh
1 bij telur
Bawang putih
Bawang merah
Lada (ikut kepedasan)
Rempah BBQ Seasoning
Sedikit air
Cara-cara:
Kisarkan roti.
Masukkan bahan-bahan lain seperti bawang, telur, lada dan sedikit air ke dalam pengisar. Kisarkan.
Masukkan BBQ Seasoning dan sambung kisar.
Letakkan adunan di atas kuali tanpa minyak. Pastikan murtabak masak pada kedua-dua belah.
Sedia untuk dihidang.
#6 Salad Buah-Buahan
Tadi kita cuba salad sayur-sayuran, apa kata kali ini anda cuba salad buah-buahan pula? Resepi ini dikongsikan oleh Rozita Daud di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 biji buah pelam
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
Kismis hitam (jumlah ikut kesukaan)
Anggur
½ tin susu cair
1 yogurt rendah lemak perisa strawberi
5/6sudu mayonis buah-buahan
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sebati.
Sedia untuk dihidang.
#7 Chicken Patty
Satu lagi resepi masakan diet yang boleh anda cuba ialah chicken patty. Resepi ini dikongsikan oleh Abrani Yunus di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Lada hitam
Ketumbar
Halia
Bawang putih
Bawang besar
Isi ayam (dipotong dadu)
Bahan lain:
Daun bawang (dihiris)
Cara-cara:
Kisar kering semua bahan kisar hingga lumat.
Hiriskan daun bawang dan gaul dengan bahan kisar tadi.
Panggang menggunakan pemanggang ajaib menggunakan api sederhana untuk beberapa minit.
Sedia untuk dihidang.
#8 Puding Roti Sos Vanila
Bunyi macam mustahil, namun anda juga masih boleh menikmati puding roti semasa berdiet. Ianya tidaklah semanis puding roti biasa, namun masih sedap. Resepi ini dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan puding:
Roti mil menuh 2 keping (dipotong kecil-kecil)
200 ml susu segar
1 biji telur
Madu atau stevia
Kismis, kranberi kering atau kekacang
Bahan sos vanila:
200 ml susu segar
1 biji telur
Sedikit madu atau stevia
Sedikit esen vanila
Cara-cara:
Untuk bahan puding, kacau semua bahan kecuali roti.
Kemudian, curahkan ke atas roti.
Taburkan kismis, kranberi kering atau kekacang.
Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
Untuk sos vanilla, masak semua bahan atas api hingga sedikit pekat.
Sejukkan sebelum dihidang.
Sedia untuk dihidang.
#9 Nasi Kobis Bunga
Nasi kobis bunga merupakan alternatif bagi nasi yang sangat menyihatkan. Enak juga jika dinikmati dengan daging masak lada hitam dan sayur tumis! Resepi ini dikongsikan oleh Eddie Anak Mat Salleh di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan daging masak lada hitam:
Minyak masak sayur
Bawang putih (dihiris halus)
Bawang merah (dipotong dadu)
Halia (dipotong halus)
Daging lembu
Kicap masin
Sos tiram
Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Bahan sayur tumis:
Minyak masak sayur
Bawang besar kisar
Bawang putih kisar
Sos tiram
Lobak (dihiris bulat)
Cendawan (dihiris)
Brokoli
Garam secukup rasa
Bahan nasi kobis bunga:
Minyak zaitun atau minyak melapa
Bawang putih kisar
Halia kisar atau tumbuk
Cili padi (dihiris) (bagi yang suka pedas)
Kobis bunga (dikisar atau diparut)
Kelapa parut
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
Untuk daging masak lada hitam, masukkan bahan-bahannya mengikut turutan bahan.
Untuk sayur tumis,masukkan bahan-bahan mengikut turutan.
Sama juga seperti yang lain, masukkan bahan-bahan nasi kobis bunga mengikut turutan.
Sedia untuk dihidang.
#10 Mihun Ladna
Sukakan mihun? Anda juga boleh menikmati mihun, jadi cubalah resepi masakan diet berasaskan mihun ini. Resepi ini dikongsikan oleh Emee Sham di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Mihun (direndam seketika hingga lembut dan ditoskan)
Sedikit minyak untuk menggoreng
Kicap
Sedikit minyak bijan
Bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (diketuk)
Udang (dikuoas kulitnya)
Isi ayam
Air rebusan kulit dan kepala udang
Lobak
Jagung muda
Bunga kobis
Sos ikan
Sedikit sos tiram
Cili api (diketuk)
Bawang Holland (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Kailan
5 sudu tepung gandum + air
2 titis minyak bijan
Sedikit perahan limau nipis
Lada sulah
Cara-cara:
Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
Masukkan mihun dan gaul rata bersama kicap dan sedikit minyak bijan. Ketepikan dan letak di atas pinggan.
Untuk kuah, panaskann sedikit minyak.
Masukkan bawang putih, udang dan isi ayam. Kacau rata dan biarkan seketika.
Masukkan air rebusan kulit dan kepala udang. Kacau rata.
Masukkan lobak, jagung muda dan bunga kobis. Biarkan seketika.
Masukkan sos ikan dan sedikit sos ikan. Kacau rata.
Masukkan cilia pi, bawang Holland dan cili merah.
Masukkan bancuhan tepung gandum.
Masukkan sayur kalian, minyak bijan, perahan limau nipis dan lada sulah.
Setelah kuah likat dan secukup rasa, matikan api. Tuangkan kuah pada mihun.
Sedia untuk dihidang.
#11 Sandwic Wanpaku Avokado
Buah avokado memang terkenal sebagai buah yang mengandungi kandungan karbohidrat yang rendah, sesuai untuk diet. Resepi ini dikongsikan oleh Maya Homemade Dessert di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 keping Canadian purple wheat
1 sudu kecil mayonis Kewpie (merah jambu)
1 sudu kecil sambal eat clean
1 sudu besar yogurt Greek
Salad dua warna (hijau dan maroon)
Lobak
Telur mata
Kobis ungu
Avokado
Cara-cara:
Sebatikan bahan salutan iaitu mayonis, sambal dan yogurt. Sapu pada kedua-dua belah roti.
Letakkan bahan sayuran pula di atas sebelah roti dan tutup dengan sekeping lagi roti.
Ulang langkah 1-2.
Menggunakan pembalut plastik, bungkus padat bahagian kiri, kanan, atas dan bawah dengan kemas.
Potongkan sandwich menggunakan pisau yang tajam dan jangan tekan (potong seperti cara mengguna gergaji).
Sedia untuk dihidang.
#12 Sup Ikan Jenahak
Omega 3 merupakan zat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Antara jenis ikan yang kaya dengan zat ini ialah ikan jenahak. Jadi, cubalah resepi sup ikan jenahak ini! Resepi ini dikongsikan oleh Norfadilah Ibrahim di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bawang kecil (dihiris/ditumbuk)
Bawang putih (dihiris/ditumbuk)
Halia (dihiris/ditumbuk)
Sedikit minyak
Rempah 4 sekawan
Rempah sup
Air
Garam
Serbuk perasa
Ikan jenahak (disapukan dengan garam)
Lada besar
Daun bawang
Tomato ceri
Cara-cara:
Panaskan minyak dan masukkan rempah 4 sekawan.
Masukkan bahan yang dihiris tadi.
Masukkan rempah suo.
Masukkan air, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
Masukkan ikan yang telah disapukan dengan garam. Renehkan sup sekejap.
Masukkan ada besar dan taburkan daun bawang.
Akhir sekali, masukkan tomato ceri.
#13 Vietnamese Roll
Antara resepi masakan diet yang mengandungi kandungan kolestrol yang rendah ialah Vietnamese Roll. Resepi ini dikongsikan oleh Noor Liyana di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Lobak (dihiris)
Timun (dihiris)
Daun salad
Daun ketumbar (dicincang)
Daun kucai *optional
Su’un (direbus dan ditoskan)
Udang
Isi ketam (dibelah dua)
Vietnam rice paper
Bahan sos:
Sos pencicah Thai
Daun ketumbar (dicincang)
Cili padi (dicincang)
Sedikit garam
Cara-cara:
Bentangkan rice paper dan letakkan bahan-bahan roll seperti lobak, timun, daun salad, daun ketumbar, daun kucai, su’un, udang da nisi ketam.
Balutkan roll tersebut dan ulang hingga bahan popia habis.
Untuk sosnya, gaulkan semua bahan sos hingga sebati.
Sedia untuk dihidang.
#14 Salmon ala Ikea
Ada yang menggemari Salmon Garlic Butter di Ikea? Anda juga boleh menikmati hidangan ini semasa berdiet, tetapi lebihkan sayur ya! Resepi ini dikongsikan oleh Irabella Munira di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ikan salmon
Bahan perapan salmon:
Garam
Lada hitam
Bawang putih (dicincang halus) / garlic powder
Bahan sos:
Mentega
2 ulas bawang putih
2 sudu tepung gandum
Secubit lada hitam
Secubit serbuk parsley
Kiub pati ayam
Susu
Cara-cara:
Perapkan salmon dengan bahan perapan, kemudian panggang hingga masak.
Untuk sos, campurkan semua bahan dan masakkan.
Tuangkan sos ke atas salmon yang dipanggang tadi.
Sedia untuk dihidang.
#15Spaghetti Carbonara
Mahu menikmati pasta semasa diet? Bunyi seperti mustahil, namun boleh sahaja! Resepi ini dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan sos:
½ sudu besar garlic butter
Sedikit daging kisar
1 tin sos pasta carbonara
2 sudu besar susu tepung + ¾ tin air suam
Potongan kecil cendawan butang
1 keping keju
½ sudu kecil garam bukit
Bahan ayam panggang:
½ sudu besar garlic butter
½ sudu kecil lada sulah
2 sudu besar sos lada hitam
½ sudu kecil garam bukit
½ sudu kecil mixed herbs
(diperap selama satu jam)
Bahan sayuran:
Brokoli
Tomato ceri
Lada benggala
Bahan pasta:
Pasta gandum penuh
Sedikit minyak jagung
½ sudu kecil garam bukit
Minyak lebihan ayam panggang
Serbuk parsley
Cara-cara:
Panaskan garlic butter.
Masukkan daging kisar. Buang lebihan minyak yang terhasil.
Masukkan sos pasta.
Masukkan susu tepung dan air suam selepas sos pasta tadi.
Untuk memekatkan sos, masukan cendawan butang, keju dan garam bukit mengikut citarasa sendiri.
Setelah kuah sedikit mendidih, matikan api. Ketepikan sos pasta.
Untuk ayam panggang, panggangkan ayam setelah diperap dengan bahan perapan selama 1 jam. Ketepikan.
Boleh panggangkan tomato ceri dan lada benggala dalam lebohan minyak. Ketepikan/
Untuk pasta, rebus pasta sehingga lembut.
Tambahkan sedikit minyak jagung dan garam bukit. Toskan.
Gunakan lebihan minyak ayam panggang untuk ditambah dalam pasta dan tambahkan serbuk parsley.
Tambahkan ayam panggang, brokoli dan sayuran lain. Sedia untuk dihidang.
#16 Wholemeal Cake
Siapa kata tak boleh makan kek semasa berdiet? Cubalah resepi masakan diet ini – kek mil penuh. Resepi ini dikongsikan oleh Keroroyz Royz di laman Facebook.
Bahan-bahan:
200 g tepung mil penuh
90 g gula perang
4 sudu besar minyak zaitun
120 g susu badam
120 g jus oren
2 sudu besar yogurt asli
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh serbuk kayu manis *optional
Secubit garam
Kepingan raspberi dan badam sebagai hiasan
Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 180°C. Gris dan Alaskan loyang bersaiz 7/8 inci.
Di dalam mangkuk adunan, pukul minyak zaitun, gula & yogurt hingga sebati
Masukkan pula esen vanila, susu badam & jus oren. Pukul lagi hingga sebati (tak perlu hingga kembang).
Kemudian, masukkan kesemua bahan kering iaitu tepung mil penuh, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk kayu manis & garam. Pukul lagi hingga adunan sebati & rata. Jangan terlebih pukul, dikhuatiri kek akan menjadi keras.
Masukkan kedalam loyang dan taburkan kepingan badam dan raspberi di atasnya.
Bakar selama 25-30 minit hingga keperangan & masak, ikut oven masing-masing.
Sedia untuk dihidang.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi masakan diet, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!