Mencari resepi lala untuk anda cuba?

Lala atau kepah merupakan jenis makanan laut yang sangat popular. Cara masakannya juga ada berbagai, pasti sesuai dinikmati semasa makan malam atau makan tengah hari.

Kekeringan idea mencari resepinya? Tidak mengapa, berikut kami senaraikan 10 resepi lala yang boleh anda cuba. Teruskan membaca!

#1 Lala Kam Heong

Imej via Facebook

Makanan laut seperti udang, ketam dan lala sering dimasak secara Kam Heong, jelas menunjukkan populariti cara masakan ini. Resepi ini dikongsikan oleh Keroroyz Royz di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 500 g lala (dibersihkan & tos)
  • ½ biji bawang besar (dihiris bulat kasar)
  • 5-6 biji cili padi merah (dihiris 2 atau cili kering dipotong kasar)
  • 1 biji cili merah (dihiris serong)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1½ sudu besar serbuk kari ikan
  • ½  cawan air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam & gula secukup rasa
  • Setangkai daun bawang (dihiris) *optional

Bahan kisar / tumbuk / cincang halus:

  • 1 sudu besar udang kering
  • 3 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia

Bahan sos:

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap manis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi (jika guna cili kering, masukkan sekali).
  2. Masukkan serbuk kari ikan bersama sedikit air supaya tak cepat hangit & kacau lagi.
  3. Setelah pecah minyak, masukan bahan sos, air, cili padi, cili merah & bawang besar.
  4. Besarkan api & setelah nmpk mendidih, masukkan lala & kacau rata.
  5. Setelah lala mula terbuka, masukan garam & gula. Seimbangkan.
  6. Kacau lagi selama 2 -3minit hingga lala masak & tutup api.
  7. Hiaskan dengan daun bawang.
  8. Sedia untuk dihidang.

#2 Lala Masam Manis

resepi lala
Imej via Facebook

Cara masakan ini cukup popular untuk lala – masam manis. Ianya cukup enak dinikmati untuk makan malam. Resepi ini dikongsikan oleh LeeNa ScHa di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Lala
  • 3 batang serai (ditumbuk)
  • Cili padi (dipotong kecil)
  • Pes cili kering
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Daun limau purut
  • Sos ikan
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Perasa
  • Cuka/lemon
  • Bunga kantan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis pes cili bersama bawang putih dan bawang merah hingga pecah minyak.
  2. Masukkan serai dan cili padi.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan sos tiram, sos ikan, sos tomato, sos cili, cuka dan bahan perasa.
  4. Masukkan daun limau purut dan bunga kantan.
  5. Masukkan lala.
  6. Setelah kelihatan masak, boleh angkat.
  7. Sedia untuk dihidang.

#3 Lala Masak Pedas

resepi lala
Imej via Facebook

Buat penggemar makanan pedas, memang rugi jika anda tak cuba resepi lala masak pedas ini. Ianya mudah untuk dicuba dan juga enak rasanya! Resepi ini dikongsikan oleh Cik Puan Sarah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Lala
  • Cili merah besar
  • Cili padi merah (boleh ditambah mengikut kesukaan)
  • Serai
  • Bawang merah
  • Perencah
  • Daun limau *optional
  • Sos tiram

Cara-cara:

  1. Kisarkan bawang merah, cili merah dan cili api.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis serai.
  3. Masukkan bahan kisar tadi dan kacaukan.
  4. Masukkan sos tiram.
  5. Perasakan dengan perencah.
  6. Setelah air nampak kering, masukkan lala dan kacau serata.
  7. Setelah lala terbuka dan kering, boleh angkat.
  8. Sedia untuk dihidang.

#4 Lala Goreng Simple

Imej via Facebook

Nama pun simple, jadi semestinya resepi lala goreng ini ringkas, Namun, rasanya tetap enak untuk anda nikmati. Resepi ini dikongsikan oleh Akma Halini di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Lala (dibasuh bersih)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Limau purut
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Cili kisar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak & tumis bawang dan serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar.
  3. Masukkan lala, sos cili, sos tiram, garam, perahkan asam limau dan masukkan sedikit air.
  4. Gaul dan tutupkan periuk sehingga masak.
  5. Sedia untuk dihidang.

#5 Lala Tumis Belacan Kangkung

Imej via Facebook

Jarang didengari, namun rasanya enak sekali. Itulah gambaran buat resepi laa tumis belacan kangkung ini, dijamin puuas hati! Resepi ini dikongsikan oleh Norfadilah Ibrahim di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Lala
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Sedikit air
  • Kangkung

Bahan tumbuk:

  • Cili api
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan air, kemudian masukkan lala.
  3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  4. Masukkan kangkung dan kacaukan.
  5. Sedia untuk dihidang.

#6 Lala Goreng Kicap Pedas

Imej via Facebook

Satu lagi resepi lala yang wajib dicuba oleh pencinta makanan pedas – lala goreng pedas. Resepinya juga mudah untuk anda cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Rarra Sakura di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 kg lala (dibasuh bersih)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dimayang bulat)
  • 6 biji cili padi (diketuk)
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu besar Kicap pedas Enaq
  • 2 sudu besar Kicap Lemak Masin Enaq
  • 2 sudu besar Kicap Lemak Manis Enaq

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sampai naik bau dan garing sedikit.
  2. Masukkan cili padi yg diketuk.
  3. Kemudian masukkan terus lala. Gunakan api kuat, kacau dengan cepat dan sebati.
  4. Masukkan kicap pedas, kicap manis dan kicap masin tadi.
  5. Perasakan dengan sedikit gula.
  6. Goreng sekejap kemudian angkat.
  7. Sedia untuk dihidang.

#7 Kepah Serai Lemon

Imej via Facebook

Hidangan ini bukan sahaja menyihatkan, malah ianya juga menyelerakan. Anda juga boleh mencuba resepinya yang mudah di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Hidayah Tmh di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Sedikit minyak
  • Lala
  • Halia
  • Bawang kisar
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 batang serai diketuk
  • 3 biji cili (dipotong)
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • Separuh air lemon
  • Daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Masukkan minyak.
  2. Masukkan semua bahan kecuali laa, air lemon da daun ketumbar. Kacau sebati.
  3. Masukkan kepah dan gaulkan.
  4. Masukkan air lemon.
  5. Letakkan daun ketubar.
  6. Setelah kepah masak, tutupkan api.
  7. Sedia untuk dihidang.

#8 Cucur Lala

Imej via Facebook

Biasanya kita menikmati cucur udang, apa kata kali ini anda cuba resepi cucur lala pula> Ianya cukup sedap kerana rasa lala yang segar memang enak digabungkan bersama cucur. Resepi ini dikongsikan oleh Anis Afliana di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Lala
  • Serai (diketuk)
  • Tepung
  • Bawang besar (dihiris)
  • 1 biji telur
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Air suam

Cara-cara:

  1. Masak lala bersama serai yang diketuk.
  2. Setelah masak, buangkan kulit dan ambil isi lala sahaja.
  3. Di dalam mangkuk lain, masukkan tepung, bawang besar, telur, serbuk kunyit dan garam.
  4. Masukkan isi lala dan air suam. Kacau sebati.
  5. Goreng hingga masak.
  6. Sedia untuk dihidang.

#9 Lala Masak Lemak Cili Api

Imej via Facebook

Ini merupakan menu ayng cukup popular di kebanyakan restoran yang menyajikan masakan kampung – lala masak lemak cili api. Anda juga boleh mencuba resepinya sendiri di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Shai Anne Ahemed di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Lala
  • Asam keping
  • Serai (diketuk)
  • Daun kunyit (dihiris halus) *optional
  • Santan
  • Garam
  • Gula

Bahan kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit hidup
  • Cili api merah/hijau
  • Belacan

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tambahkan sedikit air.
  2. Letakan serai dan asam keping. Kacau rata dan biar masak hingga mendidih.
  3. Masukkan lala dan daun kunyit (jika ada).
  4. Masukkan santan pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Tutup api dan masukkan cili api.
  7. Sedia untuk dihidang.

#10 Lala & Enoki Tumis Pedas

Imej via Facebook

Hidangan lala dan enoki tumis pedas ini pasti enak dimakan bersama nasi putih panas-panas! Resepinya juga agak mudah untuk dicuba. Resepi ini dikongsikan oleh Kunurfadzilah Kuabdlatiff laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 kg lala
  • 1 paket cendawan enoki
  • Daun ketumbar
  • 3 asam keping
  • 3 biji tomato ceri
  • Garam
  • Gula
  • 3 cawan air (mengikut kesukaan anda)
  • 3-4 sudu besar minyak

Bahan kisar kering:

  • 1 biji bawang merah saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia (sebesar jari)
  • 20 tangkai cili padi
  • Serai

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar kering dan tumis dengan minyak.
  1. Masukkan sekali asam keping .
  2. Setelah agak masak boleh masukkan lala dan gaul rata.
  3. Tuang air sedikit demi sedikit.
  4. Menggunakan api sederhana, masukkan tomato ceri jika mahu rasa yang lebih masam.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah dah agak merah semuakulit lala,  masukkan cendawan enoki.
  7. 30 saat sebelum menutup api, masukkan sedikit daun ketumbar.
  8. Kacau-kacaukan biar harum dan rasanya meresap ke dalam kuah.
  9. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi lala, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.