Mencari resepi kuih yang sedap dan menarik?
Kali ini kami menulis resepi kuih yang mudah, sedap, mengenyangkan dan boleh dijadikan hidangan untuk majlis. Resepi yang kami kongsikan ialah kuih badak berendam. Kuih ini merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Kuih badak berendam hampir sama dengan kuih buah melaka, namun berbeza pada cara penyediaan inti dan kuahnya. Di mana, kuih buah melaka tidak pakai kuah santan namun pakai kelapa parut. Untuk inti pula, kuih buah melaka hanya menggunakan inti gula melaka sahaja. Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap kuih badak berendam sama dengan kuih sopang di Negeri Sembilan tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali dari segi proses dan juga rasa.
Kuih badak berendam terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur nisan (gula melaka). Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis. Kuih ini dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak.
Pada perkongsian kali ini, kami akan mengongsikan resepi kuih badak berendam yang sedap dan manis yang dibahagikan oleh Irhana Canella di Facebook. Sila mencuba resepi ini.
1. Uli tepung pulut, air kapur dan pewarna sampai jadi doh.
2. Bulat-bulatkan dan bubuh inti gula melaka.
3. Jadikan bebola kemudian susun dalam bekas.
4. Santan di bancuh dengan tepung beras sedikit dan bubuh garam sedikit untuk naik lemak. Bancuh jangan pekat jangan cair, sedang-sedang saja.
5. Setelah itu, masukkan sekali ke dalam bekas yang ada buah melaka tadi.
6. Akhir sekali kukus sampai masak dalam 15 minit. Siap.
Selain resepi Kuih Badak Berendam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.