Brownies kedut sering dijual kerana rasanya yang lazat, dan permintaan yang tinggi daripada orang sekeliling. Pastinya, brownies kedut ini amat laku. Mesti ada diantara kita yang tertanya – tanya bagaimanakah cara pembuatan brownies kedut ini bukan?

Tahukah anda, brownies sebenarnya merupakan kek bantat. Ianya terjadi apabila seorang pembuat kek terlupa memasukkan serbuk penaik ke dalam adunannya. Jadinya, kek tersebut bantat, dan dipanggil sebagai brownies. Nama brownies diambil daripada the deep brown colour of cookies. Rupanya seharusnya berpori, lembut dan naik seperti kek, tetapi lebih kepada sedikit kenyal dan lembap. Brownies mula dikomersialkan di Amerika Syarikat pada tahun 1897 dan sejak daripada itu, telah menjadi diantara pencuci mulut kegemaran, lagi – lagi apabila digabungkan bersama dengan aiskrim vanilla. Wah, lazatnya. Pasti sudah terliur kan?

Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi yang amat mudah yang telah dikongsikan oleh Saripah Hashim dan telah menjadi viral di Facebook sehingga mendapat perkongsian sebanyak 2.5 ribu!

Resepi Brownies Kedut Viral

brownies kedut

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 400gm coklat masakan.(guna dark berryl’s).
  • 150gm buttercup block.
  • 100gm tepung naik sendiri.(bluekey)
  • 100gm gula perang @ gula castor.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 4 biji telur gred A.

Cara – cara memasak:

1. Double boiler coklat masakan dan butter sehingga cair. Gaul rata.Biarkan sejuk.Tips untuk dapatkan kedut.(A)

2. Pukul telur bersama gula perang, esen vanila. (B) pukul sederhana hingga sebati sahaja.

3. Dalam bekas lain ayak tepung naik sendiri. (C)

4. Masukkan (A) ke dalam (B). Kacau rata. Kemudian masukkan (C) sedikit demi sedikit ke dalam adunan (A)dan (B). Gaul rata.

5. Alas acuan 10’x10′ dengan kertas baking dan oleskan dengan butter. Tuang adunan brownies ke dalam acuan.

6. Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 160 C selama 30-40 minit.

7.Selepas masak renggangkan sedikit pintu oven untuk mendapatkan kedut yang menarik.

Saya telah olah dari resepi asal, Inilah resepi saya.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi brownies kedut ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba untu variasikan hidangan anda. Jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.