Asam Laksa Cina, asam laksa yang paling sedap, paling digemari semua! Rasanya masam dan pedas, mampu menguji deria rasa kita semua. Kali ini kami bawakan resepi istimewa ini buat anda semua, jadi anda boleh cuba sendiri resepi ini!

Resepi Asam Laksa Cina ini perlulah diikuti dengan betul supaya dapat menghasilkan asam laksa yang sebenar. Selepas ini, bolehlah anda hidangkan asam laksa cina ini kepada tetamu anda!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ben Safwan dan telah mendapat banyak shares dan likes di laman Facebook beliau tau! Jom kita check!

Resepi Asam Laksa Cina

asam laksa cina

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan kisar:

  • 100 gram bawang merah besar India
  • 25 gram belacan
  • 12 tangkai cili padi hijau
  • 1 batang serai saiz sederhana
  • 300 gram nenas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas

Kuah Asam Laksa Cina:

  • Bahan kisar
  • Cili kisar
  • Asam keping
  • Air Asam Jawa
  • Belahan bunga kantan
  • Daun kesum
  • Daun pudina

Ulam Asam Laksa Cina:

  • Daun salad
  • Bawang merah besar India
  • Asam limau kasturi
  • Telur rebus
  • Timun
  • Cili Padi
  • Daun Pudina

Langkah – langkah memasak:

Asam Laksa Cina:

  1. Rebus ikan. Rebus juga telur sementara tunggu ikan siap.
  2. Kisarkan bahan lkisar dan hiris ulam – ulaman.
  3. Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai kegunaan.
  4. Apabila ikan rebus sudah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
  5. Kisarkan menggunakan air yang disukat dan masukkan kedalam bekas asing.
  6. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapiskan untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
  7. Di dalam periuk, masukan baki stok air kedalam periuk besar bersama isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama dengan bahan untuk kuah asam laksa tersebut. Masa yang diambil adalah dalam 20 – 30 minit untuk kuah mendidih.
  8. Tambahkan gula melaka hancur, garam serta serbuk perasa. Pastikan kuah manis  manis buah untuk seimbangkan rasa masam dan pedas kuah.
  9. Separuh isi ikan sardin Ayam Brand yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan kedalam kuah. Separuh lagi untuk dihidangkan bersama asam laksa cina nanti.
  10. Apabila sudah siap, tutup api dan terus keluarkan asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam. Keluarkan semua. Bolehlah dihidangkanbersama laksa beras atau laksa yang sudah siap!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba!

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.