Siapa di sini peminat putu bambu? Jika ada, dimanakah tempat makan putu bambu yang terbaik anda pernah makan?
Post ini ingin berkongsi sebuah tempat makan untuk peminat putu bambu. Tempat yang dimaksudkana dalah Putu Bambu Special Juriah Ayer Hitam.
Putu Bambu Special Juriah Ayer Hitam ini sememangnya sangat terkenal di Ayer Itam. Ramai yang mengatakan bahawa tempat yang wajib singgah apabila mereka datang ke kawasan sini. Tidak kisahlah sama ada balik kampung, ataupun datang untuk mencuba.
Imej:Foursquare
Tempat makan ini tidak asing untuk orang Johor, terutamanya warga Ayer Itam. Untuk mereka yang inginkan alamat penuh, kedai ini terletak di Jalan Ayer Hitam Kluang Ayer Hitam, Johor 83000. Anda boleh telefon di nombor ini juga 017-7473550/017-7583609
Apabila tiba di sini, anda dapat lihat ramai yang beratur. Sudah tentu anda dapat menganggak betapa terkenalnya gerai makan ini di sini.Orang cakap, yang beratur panjang tu yang sedap. Jadi, nak tak nak, kenalah beratur bukan?
Sedap sangat ke putu bambu ini? Ataupun ianya sama sahaja dengan yang lain? Ramai yang memuji keenakkan putu bambu di sini. Kata mereka, ianya sangat ebrebza dengan apa yang mereka pernah makan.
Anda pernah makan di sini? Jika ya, tinggalkan pendapat anda di bawah. Ataupun andda ada tempat lain yang menjual putu bambu yang ingin dicadangkan?